IFix Express Alor Setar - Repair Phone Face to Face
26/05/2026
📢 NOTIS CUTI HARI RAYA AIDILADHA 📢
Assalamualaikum & salam sejahtera pelanggan iFixExpress 😊
Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, semua cawangan iFixExpress akan bercuti pada 27 Mei 2026 (Rabu).
📍 Kecuali cawangan iFixExpress Pendang yang akan beroperasi seperti biasa.
Terima kasih atas sokongan anda yang sentiasa mempercayai iFixExpress untuk servis dan repair device anda 🔧📱
✨ Kami dari seluruh warga iFixExpress ingin mengucapkan:
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha
Semoga hari yang mulia ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan keselamatan buat anda sekeluarga ❤️
17/02/2026
🧧 SELAMAT TAHUN BARU CINA 🧧
Gong Xi Fa Cai!
Tahun baru mai dengan rezeki baru ✨
Phone jangan bagi rosak time nak ambik gambar family, buat video reunion, atau nak online angpow 😜
iFix Express standby macam biasa 💪
Sepanjang musim perayaan ni, SEMUA 5 CAWANGAN BEROPERASI seperti biasa!
Screen pecah?
Battery cepat kong?
Phone tiba-tiba gelap?
Mai ja, kami settle 30 minit siap ⚡
Repair depan mata, guna sparepart original ready stock.
Alor Setar
Changloon
Pendang
Pokok Sena
Balik Pulau
📲 linktr.ee/ifixexpress
📲 linktr.ee/ifixexpress
📲 linktr.ee/ifixexpress
15/02/2026
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Apabila datang bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka.”
(HR. al-Bukhari & Muslim)
Hadis ini membawa khabar gembira buat setiap hati yang ingin kembali kepada Allah. Ramadan bukan sekadar perubahan waktu makan, tetapi peluang besar untuk memperbaiki diri, menghidupkan ibadah, dan mendekatkan hati kepada-Nya.
Pintu-pintu syurga dibuka
ruang untuk doa diterima,
ruang untuk taubat disambut,
ruang untuk rahmat dicurahkan.
Pintu-pintu neraka ditutup
tanda kasih sayang Allah kepada hamba-hamba-Nya
yang berusaha memperbaiki diri walaupun dengan langkah kecil.
Marilah kita manfaatkan Ramadan ini sebaiknya.
Isi hari-harinya dengan amal,
hidupkan malam-malamnya dengan doa,
dan hiasi setiap detiknya dengan keikhlasan.
🌙 Ramadan Kareem
Semoga Ramadan kali ini membawa keampunan, ketenangan
dan keberkatan buat kita semua.
14/02/2026
Ramadan bukan tentang melakukan segalanya dengan sempurna,
tetapi tentang memulakan kebaikan dan berusaha mengekalkannya —
walaupun sedikit,
walaupun perlahan.
Satu doa setiap hari.
Satu ayat al-Quran yang dibaca dengan hati.
Satu kebaikan yang dilakukan dengan ikhlas.
Itulah amalan kecil yang dicintai Allah.
Semoga Ramadan kali ini bukan sekadar hadir,
tetapi meninggalkan kesan dalam hidup kita —
membentuk hati yang lebih dekat dengan Allah,
dan amalan yang terus hidup walaupun Ramadan berlalu.
12/02/2026
Tinggal 5 hari lagi sebelum kita memasuki bulan yang mengajar kita erti kasih sayang, empati dan persaudaraan.
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.”
(HR. al-Bukhari & Muslim)
Hadis ini mengingatkan kita bahawa iman bukan hanya hubungan antara hamba dan Tuhan,
tetapi juga bagaimana kita memperlakukan sesama manusia.
Mencintai saudara bukan sekadar dengan kata-kata,
tetapi dengan sikap memahami,
tidak mudah menghukum,
dan sentiasa mendoakan kebaikan walaupun ketika berbeza pandangan.
Menjelang Ramadan ini,
marilah kita bermuhasabah —
adakah kita telah cukup berlapang dada?
adakah kita lebih cepat menyalahkan daripada memaafkan?
adakah kita benar-benar menginginkan kebaikan untuk orang lain sebagaimana kita menginginkannya untuk diri sendiri?
Ramadan adalah masa untuk melembutkan hati,
memperbaiki hubungan,
dan menanam kasih sayang yang tulus kerana Allah.
10/02/2026
Tinggal 7 hari lagi sebelum Ramadan hadir sebagai tetamu mulia.
Bulan yang bukan hanya mengajar kita menahan lapar dan dahaga,
tetapi mendidik hati, lisan, dan perbuatan.
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Orang Muslim itu ialah orang yang kaum Muslimin selamat daripada lisan dan tangannya.”
(HR. al-Bukhari & Muslim)
Hadis ini mengingatkan kita bahawa keindahan Islam bukan sekadar pada ibadah yang dilakukan,
tetapi pada akhlak yang dipamerkan.
Lisan yang dijaga,
tangan yang tidak menyakiti,
dan hati yang sentiasa memilih kebaikan.
Menjelang Ramadan ini,
marilah kita muhasabah diri —
adakah kata-kata kita menenangkan atau melukakan?
adakah tindakan kita membantu atau menyusahkan?
Ramadan adalah madrasah akhlak.
Tempat kita belajar menjadi insan yang lebih lembut tutur katanya,
lebih berhati-hati perbuatannya,
dan lebih prihatin terhadap sesama manusia.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Address
Lot G44 & 45 Ground Floor City Plaza, Jalan Tunku Ibrahim
Alor Setar
05000
Opening Hours
| Monday | 10:00 - 21:30 |
| Tuesday | 10:00 - 21:30 |
| Wednesday | 10:00 - 21:30 |
| Thursday | 10:00 - 21:30 |
| Friday | 10:00 - 13:00 |
| 15:00 - 21:30 | |
| Saturday | 10:00 - 21:30 |
| Sunday | 10:00 - 21:30 |