SMK SULTANAH ASMA
04/06/2026
Sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada pasukan debat sekolah atas kejayaan cemerlang dalam Pertandingan Debat Generasi Madani Piala Menteri Pendidikan (Kategori Bahasa Inggeris) Sekolah Menengah 2026.
๐SMK Sultanah Asma telah dinobatkan sebagai JOHAN ๐๐ป๐๐ป
Antara pencapaian lain ialah :
๐ Pencapaian Individu
๐บ Pembahas Terbaik Pusingan Pertama( Suhailah Binti Abdus Samad )
๐บ Pembahas Terbaik Pusingan Kedua( Sharifah Nur Zahirah Binti Syed Zulkiflee )
๐บ Pembahas Terbaik Separuh Akhir ( Zara Ho Na Min )
๐บ Pembahas Terbaik Keseluruhan:
๐ฅ Sharifah Nur Zahirah Binti Syed Zulkiflee
๐ Kejayaan ini membuktikan komitmen, kecemerlangan serta semangat kerja berpasukan yang tinggi dalam mengharumkan nama sekolah. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.
04/06/2026
Sekalung tahniah diucapkan kepada pelajar SMK Sultanah Asma, Nurnisa Zulaikha Binti Muhd Rushdi atas kejayaan cemerlang meraih Tempat Pertama (1st Place) dalam Poster Competition (High School Category) sempena UTM IBCExโ26 menerusi hasil poster inovatif bertajuk โBanLeaf EcoPackโ.
๐ Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan dan membuktikan bahawa pelajar ASMA mampu bersaing serta menyerlah di peringkat yang lebih tinggi melalui kreativiti, inovasi dan semangat daya saing yang tinggi.
๐ Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang.
26/05/2026
Salam Aidiladha 1447H | 2026M
Semoga semangat pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan yang terpahat dalam peristiwa Aidiladha terus menyuburkan nilai murni dalam kehidupan kita.
Ikhlas daripada
Warga SMK Sultanah Asma.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Jalan Langgar
Alor Setar
05460