YB Rashidi Razak

YB Rashidi Razak

Share

11/05/2026

TUISYEN RAKYAT SEJAHTERA SPM 2026 DUN ANAK BUKIT

Pendaftaran kini dibuka!
Khas buat pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM 2026 bagi kawasan DUN Anak Bukit.

Program Tuisyen Rakyat Sejahtera merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Negeri Kedah bagi membantu meningkatkan prestasi akademik serta kecemerlangan para pelajar melalui kelas bimbingan yang lebih tersusun, berfokus dan berkesan.

✨ PERCUMA

📚 Subjek yang ditawarkan:
📒 Bahasa Melayu
📒 Bahasa Inggeris
📒 Matematik
📒 Sejarah

Tarikh tutup pendaftaran:
25 Mei 2026

📞 Untuk pendaftaran & pertanyaan, sila hubungi:
Ramli Shafie – 017-4262270
PKWR Anak Bukit – 011-26161548

Photos from YB Rashidi Razak's post 06/05/2026

Bantuan Beras Sejahtera : Kebajikan Terus Menjadi Keutamaan.

Petang ini, turun padang ke Kampung Kota Rentang bagi menyantuni penduduk setempat. Dalam suasana santai, YB berkesempatan berdialog dan mendengar sendiri pelbagai isu semasa yang dibangkitkan oleh penduduk.

Dalam kunjungan tersebut, YB turut menyempurnakan penyerahan sumbangan Bantuan Beras Sejahtera kepada penerima yang memerlukan. Program ini telah diadakan di kediaman Pengerusi MKK Kota Rentang, Saudara Mohd Khairul Nizam bin Mustafa.

Turut hadir ialah Setiausaha MKK Kota Rentang, Saudara Mohd Badrol Nizam bin Ishak serta Imam Masjid Kota Rentang.

Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban dan memberi manfaat kepada penduduk setempat.

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Pejabat MTD Anak Bukit, KM 8, Kampung Alor Pial, Mukim Gunung
Alor Setar
05400