Dapo Auni Wafiq

Dapo Auni Wafiq

Share

14/03/2026

✨ Cornflakes Madu by Dapo Auni Wafiq 🍯

Kadang rezeki datang dalam bentuk yang simple…sekeping cornflakes yang rangup dan manis madu. Dari jauh nampak biasa saja.
Tapi bila masuk mulut…
Krup… krap… krup…

Terus faham kenapa kuih ni selalu jadi yang paling cepat habis atas meja. Rangup cornflakes yang disalut madu dan mentega, ditambah p**a dengan bijian pilihan yang bagi rasa lemak dan tekstur lebih padu.

Yang bahaya bukan apa…
Bila ambil satu, tangan tu macam automatik capai lagi satu. 😆 Inilah antara kudapan wajib musim Raya dan juga teman terbaik minum kopi waktu malam.
🍯 Rangup
🍯 Manis madu cukup rasa
🍯 Tekstur crunchy yang buat ketagih

Cornflakes Madu by Dapo Auni Wafiq
Kuih kecil… tapi buat ramai tersenyum.
Kalau depan mata ada satu tray macam ni…
boleh berhenti satu je tak? 😁

11/03/2026

SAGU GULA MELAKA 🤍

Sagu lembut kenyal…
Santan lemak berkrim…
Gula Melaka asli pekat manis.
Simple tapi rasa dia buat orang teringat zaman dulu-dulu.
Lagi-lagi makan sejuk dengan ais…
Memang nikmat sampai tutup mata. 🤤
Kalau tiba-tiba teringin dessert macam ni sekarang…
Komen je “NAK”
Saya tengok berapa ramai peminat Sagu Gula Melaka kat sini 👇
Kalau sambutan padu…
Kita buka order special hari ni.
Homemade by ❤️
Dapo Auni Wafiq

22/02/2026

Penggemar Kek Coklat sila masuk...
Sekali makan pasti ketagih.
Tahun 2026, kami buka slot untuk Raya.
Cepat booking slot anda sebelum penuh.

Kek Coklat Lembab @ Chocolate Moist Cake.

Photos from Dapo Auni Wafiq's post 17/12/2025

Tekstur lembut, rasa lemak manis seimbang.
Sekali rasa, memang susah nak berhenti.
Puding calit homemade—dibuat dengan penuh kasih ❤️

📩 PM untuk tempahan

Want your business to be the top-listed Food & Beverage Service in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Alor Setar
06650