APM KOTA SETAR Pages

APM KOTA SETAR Pages

Share

Photos from APM KOTA SETAR Pages's post 12/05/2026

𝐓𝐎𝐔𝐑𝐍𝐀𝐌𝐄𝐍𝐓 𝐁𝐀𝐃𝐌𝐈𝐍𝐓𝐎𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐀𝐏𝐌 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐓𝐀𝐑 🏸

10 Februari 2026, Kota Setar - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kota Setar telah menganjurkan 1 program pertandingan sukan badminton yang yang melibatkan penyertaan pegawai dan anggota bagi memupuk semangat kesukanan, disiplin serta kerjasama berpasukan dalam kalangan warga kerja APM Daerah Kota Setar.

Penganjuran program ini bukan sahaja bertujuan menggalakkan amalan gaya hidup sihat dan aktif, malah menjadi medium untuk mengeratkan hubungan silaturrahim serta memperkukuhkan semangat kekeluargaan antara pegawai dan anggota di luar tugasan operasi harian.

Program ini juga dilaksanakan selaras dengan Program 1 Bulan 1 Sukan yang merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Kedah dalam membudayakan gaya hidup sihat dengan menggalakkan rakyat menyertai dan mencuba pelbagai aktiviti sukan secara santai, aktif dan berperingkat. Inisiatif ini secara tidak langsung mampu melahirkan masyarakat yang lebih cergas, sihat dan berdaya saing melalui penglibatan berterusan dalam aktiviti riadah dan sukan.

Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan tournament ini. Tahniah juga kepada semua peserta dan pemenang yang telah memberikan persembahan terbaik sepanjang pertandingan berlangsung.

Want your organization to be the top-listed Government Service in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Lot 1, Jln. Taman Aman, Anak Bukit
Alor Setar
06550