ALOR SETAR - Better City
16/11/2025
HEBAHAN | KEMPEN PENGURANGAN KOMPAUN PARKIR MBAS SEBANYAK 60% SEMPENA ULANG TAHUN KE-22 MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR
Majlis Bandaraya Alor Setar akan mengadakan Kempen Pengurangan Kompaun Parkir sempena Ulang Tahun ke-22 Majlis Bandaraya Alor Setar bemula 28 November 2025 hingga 30 Disember 2025.
Pengurangan sebanyak 60% untuk semua jenis kompaun parkir tidak termasuk kompaun parkir yang dikeluarkan pada hari pertama dan kadar minimum RM10.00.
Bayaran kompaun boleh dibuat secara walk-in di kaunter hasil MBAS atau secara atas talian menggunakan aplikasi Flexi Parking.
Muat turun Aplikasi βFlexi Parkingβ di pautan berikut:
https://www.flexi-parking.com/
Untuk maklumat lanjut sila hubungi talian 04-7304351 (Unit Tempat Letak Kereta, MBAS).
13/11/2025
β οΈ ππππ! ππππππ πππππ πππππππ πππππ πΆ
Rabies ialah penyakit sistem saraf yang disebabkan oleh jangkitan virus melalui gigitan haiwan, terutamanya anjing yang dijangkiti.
Virus ini menyerang otak dan sistem saraf manusia sehingga menyebabkan gejala seperti perubahan tingkah laku, kekeliruan, ketakutan terhadap air dan akhirnya lumpuh. Tanpa rawatan awal, Rabies hampir pasti membawa maut.
π DAPATKAN RAWATAN SEGERA JIKA DIGIGIT HAIWAN
Sekiranya digigit haiwan, segera cuci luka dengan sabun dan air yang banyak selama sekurang-kurangnya 15 minit.
Dapatkan rawatan di klinik kesihatan atau hospital berhampiran untuk suntikan vaksin anti-rabies mengikut arahan doktor.
Tindakan pantas amat penting kerana simptom Rabies biasanya hanya muncul selepas 20 hingga 60 hari gigitan berlaku.
π CEGAH PENULARAN RABIES
Pastikan anjing peliharaan diberi vaksin anti-rabies secara berkala. Elakkan memberi makan atau mendekati haiwan liar, dan pastikan bekas sampah sentiasa bertutup bagi mengelakkan kehadiran haiwan tersebut.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Telephone
Website
Address
Jalan Sultan Muhammad Jiwa
Alor Setar
05050