Pakar Takaful & Hibah by Inas

Pakar Takaful & Hibah by Inas

Share

06/12/2025

“Orang kata takaful ni rugi. Sampai hari kena masuk wad, baru kita sedar… rugi sebenarnya bila tak ada perlindungan.”

Ini cerita pelanggan abang yang dah lalui sendiri 2019–2025. Ambil takaful bukan sebab nak masuk wad. Tak sakit, memang takkan masuk wad.
Dan sakit bukan benda boleh dijangka.

Tapi bila sakit betul-betul datang, beliau 2 kali masuk ICU, berulang kali kena pergi rawatan susulan (follow-up), berkali-kali buat tuntutan bil hospital, elaun wad, rawatan, ubat, pemeriksaan.

Setahun sahaja (08/24–08/25), jumlah tuntutannya lebih RM80,000.

RM80,000 tu bukan sikit.
Kalau tak ada takaful⁉️

Bayangkan berapa banyak simpanan hilang.
Berapa ramai terpaksa jual barang, tarik duit anak, pinjam keluarga. Semua ini hanya satu tak bersedia ‼️

Yang paling menyentuh hati,
bila dia kata:

“Pengalaman ICU buat saya insaf.
ALLAH je tahu masa tu apa saya fikir. Mujur ada perlindungan, saya hanya fokus nak sembuh.”

Pilihan di atas tangan kita sendiri. Kita yang tentukan.

Sarinas Binti Abdul Salam
017-649 8859
Prudential BSN Takaful

30/11/2025

SEDIH MEMANG PEDIH.
Tapi lebih pedih bila dengar…

Ramai pesakit kanser bukan tak sempat dirawat,
tapi tak mampu nak tanggung kos perubatan.

Kepedihan terbesar pesakit kanser sering kali bukan datang daripada penyakit itu sendiri, tetapi daripada beban kos perubatan yang tidak tertanggung. Ramai terpaksa melepaskan peluang rawatan kerana kekangan kewangan.

Kita selalu fikir “nanti lah… bila ada duit baru ambil takaful.”
Hakikatnya, kemampuan nak apply takaful biasanya muncul bila kita dah sakit.
Dan waktu tu… segala persediaan dah tak berguna lagi.

Jadikan pengalaman orang lain sebagai peringatan.
Sediakan payung sebelum ribut.
Bukan lepas banjir.

28/11/2025

Bayar 9 tahun, tak pernah claim, lepas surrender dapat RM3.5k. Insurans scam!

Bro… kalau macam tu logiknya, kereta kau tak pernah accident 9 tahun — itu pun scam lah?

Ini masalah ramai orang:

ambil perlindungan, tapi expect simpanan.
Ambil takaful nak perlindungan, tapi harap p**angan macam ASB.

Lepas tu bila surrender dapat sikit →
“Scam! Rugi!”

Sedangkan dari hari pertama sign, agent dah explain:

✔ Medical card = perlindungan
✔ Contribution = bayar risiko
✔ Surrender value = baki kecil
✔ Claim = ratus ribu – jutaan ringgit

Kalau tak pernah claim selama 9 tahun — itu bukan rugi. Itu maksudnya Allah tengah bagi diskaun hidup sihat.

Yang rugi sebenarnya:
Orang yang sihat hari ini,
rasa dia akan sihat selamanya.

Sampai la satu hari dia kena:
• Accident → bil RM28,000
• Appendicitis → bil RM12,000
• Heart attack → RM80,000
• Cancer → RM250,000 ke atas

Masa tu la baru faham kenapa orang
“bayar tiap bulan, tapi tak rasa rugi”.

Sebab takaful bukan untuk orang yang sihat.
Takaful untuk orang yang tak tahu hari esok.

Want your business to be the top-listed Finance Company in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


NO 70 C, LEBUHRAYA DARULAMAN, ALOR SETAR
Alor Setar
05100

Opening Hours

Tuesday 01:00 - 00:00
Sunday 01:00 - 00:00