AkmalRizal_Nasir

AkmalRizal_Nasir

Share

30/06/2021

PERKARA PENTING SEBELUM NAK BATALKAN POLISI TAKAFUL


Walaupun pelan takaful amat penting untuk menjamin kestabilan kewangan anda sekiranya sesuatu berlaku, ada ketikanya seseorang itu terpaksa membatalkan polisi takaful yang dimilikinya.

Pelbagai sebab membuatkan seseorang itu terpaksa membatalkan polisi takaful seperti faktor kewangan ataupun polisi yang sudah tidak sesuai.

Sebelum mengambil keputusan untuk membatalkan polisi takaful, anda perlu memberi perhatian kepada perkara di bawah.

1. Cara Membuat Pembatalan

Terdapat dua cara untuk membatalkan pelan takaful anda. Pertama, beritahu sahaja syarikat takaful kemudian isi borang yang disediakan mereka sekiranya perlu.
Cara kedua p**a ialah anda cuma perlu biarkan sahaja premium takaful anda itu luput dengan cara tidak membayar premium takaful tersebut.
Tetapi cara ini agak berisiko kerana ia akan menjejaskan rekod sekaligus menyukarkan anda jika ingin memohon polisi lain di masa hadapan.

2. Jangan Wujudkan Jurang

Maksudnya jangan biarkan anda bebas daripada sebarang polisi takaful setelah pelan takaful yang lama dibatalkan. Jangan ambil risiko kerana kita tidak tahu bila kita akan ditimpa musibah.
Mungkin hari ini anda batalkan pelan takaful kemudian minggu hadapan anda kemalangan, bagaimana?
Jadi seeloknya pastikan anda telah mempunyai polisi takaful baru sebelum membatalkan polisi takaful yang lama.

3. Penalti

Sebelum membatalkan polisi takaful, jangan lupa untuk bertanyakan kepada ejen sama ada anda akan dikenakan penalti sekiranya anda membatalkan polisi sebelum tamat tempoh.
Jika ada, minta ejen anda untuk menjelaskan jika ada cara untuk menamatkan polisi tersebut tanpa dikenakan penalti.

Anda juga boleh tanyakan kepada ejen anda itu sama ada premium yang tidak digunakan dapat dip**angkan kepada anda atau tidak.

4. Pastikan Ianya Telah Dibatalkan

Jangan lupa untuk melakukan follow-up. Pastikan polisi takaful tersebut benar-benar telah dibatalkan. Manalah tahu sekiranya terdapat masalah teknikal di antara ejen dan juga syarikat takaful.
Jika anda melakukan pembayaran secara auto debit, jangan lupa untuk membatalkan arahan auto debit tersebut.

5. Berbaloi?

Bagi anda yang ingin membatalkan takaful perubatan dan takaful keluarga, pelbagai perkara perlu diambil kira.
Ini kerana jika anda membatalkan polisi takaful ini, anda mungkin akan dikenakan cas yang lebih mahal sekiranya anda ingin membeli polisi takaful yang sama daripada syarikat takaful yang lain.

Ini kerana harga premium bagi kedua-dua jenis takaful ini dipengaruhi oleh beberapa faktor, di antaranya adalah faktor umur dan tahap kesihatan.

6. Pilihan Yang Lebih Baik

Jika anda ingin membatalkan polisi sedia ada untuk mencuba pelan takaful yang baru, lebih baik anda mengkaji terlebih dahulu pro dan kontra sebelum membuat sebarang keputusan.
Ini bagi mengelakkan anda menyesal jika pelan takaful yang baru itu lebih banyak kekurangan berbanding kebaikan.
Jadi anda perlu meneliti setiap aspek sebelum bertindak membatalkan premium takaful anda. Ini bagi mengelakkan anda mengalami kerugian di kemudian hari.

Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah, rujuk kepada ejen takaful anda atau boleh saja hubungi saya di www.wasap.my/61075945118 serta boleh layari laman web www.ejentakaful.com/jitra

15/06/2021

Konsep tabarru' hapus sikap keakuan

Sistem kewangan Islam dilihat semakin berkembang malah kehadirannya kian dirasai semua ahli masyarakat. Jika sebelum ini kita telah dibesarkan dengan sistem konvensional, namun hari ini masyarakat mempunyai pilihan atau inisiatif lain yang ditawarkan institusi kewangan Islam.

Namun, kesedaran masyarakat berkenaan kepentingan sistem kewangan Islam berada pada tahap mendukacitakan. Masih ramai dalam kalangan umat Islam hari ini terbabit dengan urusan insurans konvensional, ada yang tidak tahu wujud produk takaful di pasaran.

Ada berpendapat produk ditawarkan pengendali takaful tidak komprehensif, mahal serta tidak berdaya saing. Seolah-olah mereka mencipta seribu satu alasan untuk 'menutup' ruang dan peluang kepada sistem takaful.

Seharusnya kita sedar kepentingan utama masyarakat khususnya umat Islam menyertai takaful adalah demi kebaikan diri serta mengelakkan unsur riba, gharar (ketidakpastian) dan maisir (perjudian).

Sebagai seorang Muslim yang beriman, sudah pasti kita sentiasa ingin memastikan apa juga dilakukan seharian selari dengan kehendak dan prinsip Islam. Sebaiknya kita menjauhi muamalah yang mendedahkan kita dengan dosa riba.

Perangi riba

Amalan riba telah dinyatakan secara terang menjadi satu dosa pada pengamalnya malah Allah SWT dan rasul-Nya juga mengisytiharkan perang terhadap orang terbabit dengan riba sama ada pemberi, penerima, penulis perjanjian berkaitan riba dan sebagainya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidak meninggalkannya, isytiharkanlah perang dengan Allah dan rasul-Nya." (Surah al-Baqarah, ayat 278)

Setiap manusia mempunyai kehormatan diri yang sangat tinggi termasuklah dalam soal harta. Adalah tidak wajar mencabuli harta yang dimiliki kerana ia dikira mencabul kehormatan harta itu. Riba adalah satu bentuk pencerobohan terhadap harta secara batil.

Contohnya, dalam pinjaman pertambahan kepada nilai pokok yang diberikan dianggap sebagai mendapatkan habuan tanpa ada susah payah, malah diperoleh atas kesusahan orang lain. Islam mengharamkan riba untuk menjaga maruah seseorang daripada dicerobohi.

Sistem tolong menolong

Sistem takaful adalah satu sistem berteraskan prinsip syariah yang menjamin 'ketelusan dan keadilan' demi memastikan semua pihak tidak merasa tertindas. Prinsip utama takaful ialah semua pihak dapat berasa manfaat dan tidak terasa sebarang keraguan atau tertipu.

Contohnya, seperti membayar sesuatu dengan harga mahal tetapi tidak mendapat barang yang dikehendaki, atau pun barang itu hanya dijanjikan jika berlaku sesuatu musibah ke atas diri atau hartanya.

Kontrak takaful berasaskan tabarru' (derma) dan taawun (tolong-menolong), di mana semua peserta yang memilih atau menyertai pelan takaful bersetuju untuk saling menolong, jamin menjamin antara mereka ketika ditimpa musibah.

Maksudnya, semua peserta menyumbang dengan ikhlas untuk saling membantu jika ditimpa musibah. Dengan konsep tabarru' dan ta'awun itu, maka akan terhapus sikap keakuan, serta menyemarakkan rasa kasih sayang.

Aktiviti sistem takaful dikawal selia oleh jawatankuasa syariah bagi memastikan semua produk, pelaburan dan pengurusan selaras prinsip syariah. Demi memastikan segala maklumat produk dan pelan diketahui umum, pengendali takaful turut melantik ejen sebagai dai atau wakil.

Mereka dilantik untuk mempromosikan produk dan pelan perlindungan takaful kepada masyarakat. Justeru, ejen takaful bertanggungjawab memberikan maklumat jelas dan tepat berkenaan pelan takaful diambil.

Empat kriteria penting yang perlu ada pada ejen takaful yang ingin melaksanakan jihad ekonomi ialah sidiq (menyampaikan), amanah, tabligh (menyampaikan) dan fatonah (bijaksana).

Semua masyarakat khususnya umat Islam hendaklah mempunyai kesedaran tinggi untuk mengambil perlindungan takaful supaya diri dan keluarga sentiasa dilindungi jika ditimpa musibah atau kesusahan.

Hubungi www.wasap.my/60175945118 untuk sebarang soalan berkenaan takaful

Atau layari saja laman web www.ejentakaful.com/jitra

Want your business to be the top-listed Finance Company in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Alor Setar