THB Wanderers FC
19/02/2026
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐧 𝐀𝐥-𝐌𝐮𝐛𝐚𝐫𝐚𝐤 ✨🌙
Bulan Ramadan yang mulia kini kembali menemui kita, bukan sekadar tempoh menahan lapar dan dahaga, tetapi madrasah terbaik untuk menyucikan jiwa, melatih kesabaran, memperkukuh disiplin diri, serta menanam rasa empati dan kasih sayang terhadap sesama insan.
Pengurusan dan seluruh pemain THB Wanderers FC dengan penuh barakah ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh muslimin dan muslimat di mana sahaja berada.
Semoga kehadiran bulan suci ini:
🌿 Membawa ketenangan jiwa dan hati yang damai
🌿 Dilimpahi rahmat dan keberkatan yang melimpah
🌿 Menguatkan ukhwah dan kasih sayang sesama kita
Mari kita jadikan Ramadan ini peluang untuk mempertingkatkan amal ibadah, mengeratkan silaturrahim, dan menyemai kebaikan dalam setiap tindakan.
Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak
THB WANDERERS FC
Selamat Tahun Baru 2026 ⚽🎉
Semoga tahun 2026 membawa semangat juang yang lebih kental, kesatuan pasukan yang utuh dan kejayaan demi kejayaan di setiap perlawanan.
Terus berlari, berjuang dan mencipta kemenangan bersama.
THB Wanderers FC
Satu Pasukan, Satu Matlamat 💪⚽
https://vt.tiktok.com/ZS5jEGLvJ/
06/09/2025
ADDHA DARI THB WANDERERS FC DIPILIH PEMAIN TERBAIK PERLAWANAN SUKU AKHIR 4
Tahniah buat MUHAMMAD ADDHA NAZMAN dari THB Wanderers FC, walaupun pasukannya tewas di Suku Akhir, tetapi aksi beliau mendapat perhatian panel pemilihan petang ini.
Beliau menerima wang tunai RM100 tajaan Nelis Burger yang disampaikan oleh AJK Teknikal PBMK, Encik Maulud dan Setiausaha Kehormat PBMK, Encik Abu.
Tahniah!
SUKU AKHIR PBMK KEDAH LEAGUE 2025
SUKU AKHIR 3️⃣
Masa penuh AET:
BINTONG FC II 2-1 THB WANDERERS FC
Stadium Arena MPKP Jitra
06/09/2025
⚽️ Suku Akhir PBMK Kedah League 2025
Arena MPKP Jitra
🔴 Bintong FC II 2-1 THB Wanderers FC (AET)
Kami sudah berikan segalanya di atas padang 💪. Perlawanan sengit, terikat 1-1 hingga 90 minit, sebelum lawan menjaringkan gol kemenangan di masa tambahan.
👏 THB Wanderers FC menerima kekalahan dengan penuh profesional.
Terima kasih atas sokongan padu penyokong setia kami! ❤️🖤
Perjalanan musim ini jadi pengalaman berharga. Kita bangkit lebih kuat selepas ini! 🔥
Credit Persatuan Bola Sepak Melayu Kedah
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Alor Setar
05400