Hartatanah Utara

Hartatanah  Utara

Share

17/12/2023

Resepi ayam goreng seringgit ๐Ÿ˜‹

Ayam sekor potong 22-24
Bawang putih 5 ulas
Bawang besar saiz kecik (1)
Halia 1 inci
Lada hitam 1 sudu kecil
Lada putih 1 sudu kecil
Serbuk kari 1 sudu besar
Garam dan serbuk perasa adabi

Kisar semua bahan sampai halus.
Perap pada ayam.

Resepi tepung salut;
1 cawan tepung bestari pedas
2 cawan tepung gandum (saya pakai jenama Ros sbb ayam akan lebih garing dan rangup)
1 sudu tepung ubi/beras

Cara-caranya;
1.Sediakan 1 bekas untuk gaul ayam. Tuang sedikit tepung..
2.Masukkan ayam dalam 5-6 ketul
3.Sendukkan tepung salut ke atas ayam
4.Gaul tepung pada ayam (ramas sedikit)
5.Bila tepung dah salut elok, gorengkan ayam pada minyak yg sederhana panas.
*boleh salut 2x untuk kesan lebih rangup.
6.Goreng ayam dalam minyak yg banyak, ayam tenggelam ye(utk jimat minyak boleh pakai periuk kecik)
7.Tutup periuk semasa goreng ayam dan buka penutup diminit terakhir sebelum ayam masak,cara ni akan buat ayam rangup diluar dan berjus didalam.
8.Hidangkan panas-panas..
9.Makannn๐Ÿ˜‚๐Ÿ™Š

lebih senang..boleh je pakai tepung bestari tanpa ada campuran tepung lain.. tapi sebab saya cuma meniaga ayam goreng seringgit.. saya kena kreatif utk jimatkan kos (ayam mahal weh๐Ÿ˜‚)
jugak pakai tepung bestari tak pedas atau apa-apa tepung goreng yg lain.

Tepung goreng keluaran Bumiputra
https://shope.ee/9UbWUDMzoL

Tepung Ayam goreng kerinting
https://shope.ee/8f2ZN7pUG1

Dulu setiap kali masak ayam goreng tepung kat rumah.. Anak-anak mesti cakap "sedaplah mama..boleh jual.."
Dulu saya gelak je kalau anak cakap macamtu.. tapi dari situ saya dapat idea dan keyakinan..
Alhamdulillah sekarang memang saya dah jadi peniaga ayam goreng pun๐Ÿ™‹๐Ÿ™Š

Kredit Resepi : murni rahmat

Want your business to be the top-listed Realtor/realty Service in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Alor Setar
06250