Property Rumah Kedah
09/03/2021
RUMAH MAMPU MILIK POKOK SENA!!
Taman Bandar Sejahtera, Pokok Sena
RM 360K Nego 🔥🔥🔥
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saya :
https://wa.me/60175059948
SHAHRUL AZMAN
017 5059948
Perunding Hartanah Berdaftar
AS Properties ( N ) Sdn Bhd
VE (1) 0362/1
08/03/2021
BUAT RUMAH DIKAMPUNG?
1. Zaman bersara buat rumah dikampung mungkin dah tak sesuai lagi kini.
2. Jika bersara baru nak buat rumah, sanggupkah kita kekal terus menyewa hingga bersara?
Menyewa tidaklah salah, ada yang tak kena kalau menyewa sampai bersara.
3. Jika kita meninggal, apakah kita akan wariskan rumah yang kita sewa pada anak isteri kita?
4. Mengapa mesti bina rumah besar bila bersara? Bukankah kos selengara telan semua duit simpanan kita?
5. Mengapa perlu bunglow 8 bilik, sedangkan anak kita semua bukan pulang serentak hanya waktu raya.
6. Barang di kampung tidak murah lagi macam dulu kala, sama mahal macam pasaraya lain juga.
7. Jemaah surau disini, semua dah kenal kita siapa. Tak datang kesurau mereka tahu sihat atau tidak kita. Mengapa masih nak kekampung juga?.
8. Kenapa tak kekal rumah kecil sahaja, semakin bertingkat. Makin malas naik keatas nantinya.
Zaman beli tanah mula kerja dan bina rumah bila bersara mungkin telah berakhir kini.
Bersaralah dengan kediaman kecil dan selesa agar kita boleh travel kemana mana lihat dunia yang Maha Esa.
Credit: Azizul Azli Ahmad
SHAHRUL AZMAN
0175059948
semak kelayakan
jua/ beli rumah
Real Estate Negotiator
07/03/2021
Nak beli rumah "direct owner"?
Boleh, tapi sebelum itu teliti dulu 11 perkara yang perlu dijadikan panduan ini.
"Sorry lah, saya tak jadi beli rumah melalui Encik Syakir sebab saya BERJAYA dapat rumah yang "direct owner"? - pembeli.
Tiada masalah. Selaku pembeli, anda ada hak untuk beli mana-mana rumah, daripada siapa-siapa pun, melalui siapa-siapa pun, atau tanpa melalui siapa-siapa pun.
Namun begitu, hakikat "berjaya" membeli rumah secara terus kepada pemilik belum tentu bertukar menjadi satu kejayaan kepada anda kerana sebenarnya anda telah meletakkan diri anda dalam beberapa risiko besar melainkan anda benar-benar arif dan berpengalaman dalam urusan jual-beli rumah.
Ada banyak perkara yang perlu anda kenalpasti dan teliti sebelum berurusan terus dengan pemilik rumah tersebut.
Cuba semak 11 perkara yang saya senaraikan di bawah sebagai panduan sebelum anda meneruskan urusan pembelian rumah secara bersendiri:
1️⃣ Sudahkah anda semak status pegangan hartanah tersebut? Adakah geran sudah keluar? Sekiranya belum, adakah pemaju masih beroperasi? Sekiranya tidak, adakah liquidator sudah dilantik?
2️⃣ Sudahkah anda semak dengan siapa sebenarnya anda berurusan? Benarkah individu yang sedang anda berurusniaga itu pemilik sebenar? Adakah namanya tertera di dalam geran/SPA? Adakah wujud penama lain di dalam geran? Sekiranya ada, sudahkah anda mendapat pengesahan setuju jual daripada kesemua mereka?
3️⃣ Sudahkah anda semak status muflis pemilik? Tahukah anda, sekiranya pemilik berstatus muflis, anda perlukan kebenaran daripada Jabatan Insolvensi sebelum rumah tersebut boleh dipindahmilik dengan harga yang dipersetujui mereka?
4️⃣ Sudahkah anda semak status cagaran rumah tersebut? Adakah ianya bebas daripada sebarang bentuk kaveat? Adakah rumah tersebut sudah tersenarai dalam senarai lelongan?
5️⃣ Sudahkah anda semak status pesaka rumah tersebut sekiranya ia dijual oleh waris? Adakah urusan pesaka seperti faraid atau hibah sudah disempurnakan? Tahukah anda, urusan pesaka boleh memakan masa yang sangat panjang?
6️⃣ Kepada siapakah anda membayar wang deposit? Adakah terus kepada poket penjual? Tahukah anda bahawa wang deposit hanya boleh diterima oleh "stakeholder" samada agensi hartanah atau peguam sahaja? Apa jaminan wang anda akan dikembalikan sekiranya berlaku sebarang kerumitan?
7️⃣ Sudahkah anda menandatangani surat tawaran sebelum menyerahkan wang booking/deposit? Sudahkah surat tawaran itu ditandatangani oleh kesemua penama sebelum anda menyerahkan wang tersebut? Apakah terma dan syarat yang termaktub di dalam surat tawaran tersebut?
8️⃣ Adakah anda mendatangani perjanjian jual beli (SPA) sebelum anda mendapatkan pembiayaan? Tahukah anda, wang deposit anda boleh hangus sekiranya anda gagal mendapatkan pembiayaan setelah SPA ditandatangani? Adakah pemilik mendesak anda supaya segera menandatangani SPA sebelum anda mendapatkan pembiayaan?
9️⃣ Sudahkah anda melantik peguam sebelum kesemua urusan di atas dilakukan? Atau anda pandai-pandai berurusan sendiri saja tanpa melalui peguam? Adakah penjual memujuk anda supaya tidak melakukan urusan pindahmilik tanpa peguam dengan alasan mahu jimatkan kos?
1️⃣0️⃣ Siapakah peguam yang anda lantik? Adakah peguam tersebut pilihan anda sendiri? Atau adakah anda dipujuk oleh pemilik untuk menggunapakai khidmat peguam lantikannya?
1️⃣1️⃣ Tahukah anda bahawa anda tidak perlu bayar sepuluh sen pun kepada perunding hartanah berdaftar untuk menguruskan proses pembelian rumah? Jadi kenapa pilih untuk tidak?
Kredit
Shahrul Azman
0175059948
Real Estate Negotiator
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Alor Setar