KLINIK ANNUR

KLINIK ANNUR

Share

21/04/2021

KAEDAH PENGENDALIAN DATA COVID-19 DI KKM

Setiap negara perlu memastikan semua data seharian COVID-19 dan data klinikal kes COVID-19 adalah tepat dan sahih. Oleh itu, sistem pengurusan data yang digunakan perlulah telus dan mempunyai integriti.

Semua keputusan ujian yang dijalankan sama ada di klinik kesihatan kerajaan, hospital, mahupun fasiliti perkhidmatan kesihatan swasta adalah wajib dimuatnaik ke dalam Sistem Informasi Makmal Kesihatan Awam (SIMKA). Sistem ini sentiasa dipantau oleh KKM melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) bagi memastikan tindakan susulan sewajarnya dapat diambil.

Data dari semua negeri diterima selewat-lewatnya pada jam 12 tengah hari oleh pasukan pengurusan data di CPRC Kebangsaan. Seterusnya data ini dianalisa dan diverifikasi sebelum ianya didaftarkan.

Semakan terhadap semua data akan dilaksanakan oleh pegawai-pegawai di CPRC KKM. Data yang telah didaftarkan sebagai data harian Malaysia kemudiannya akan digunapakai untuk Analisa epidemiologi situasi COVID-19 di Malaysia termasuk tren kes, kadar kebolehjangkitan, kluster-kluster COVID-19, kapasiti hospital dan makmal serta keberkesanan tindakan pencegahan dan kawalan.

Kesemua maklumat yang telah disemak ini kemudiannya akan disunting untuk penyediaan Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan dan perlu mendapat pengesahan akhir oleh Ketua Pengarah Kesihatan.

Proses yang sama ini dijalankan setiap hari oleh petugas-petugas di lapangan serta di Bilik Gerakan Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan Kesihatan Negeri dan juga CPRC Kebangsaan. Semua anggota kesihatan yang terlibat dalam pengurusan data di peringkat daerah sehingga ke peringkat kebangsaan adalah tertakluk kepada undang-undang berkaitan dan diwajibkan untuk menjaga kerahsiaan data pesakit-pesakit COVID-19. Oleh itu tidak timbul sebarang kesangsian terhadap sistem pengurusan data COVID-19 dan juga data harian yang dikongsikan KKM kepada umum.

Sumber daripada FB Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, 20 April 2021

21/04/2021

Info buat anda berikut merupakan 5 tahap jangkitan COVID-19. Jika anda menghadapi gejala yang tertera, segera dapatkan rawatan.

Want your practice to be the top-listed Clinic in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


17, Taman Enggang, Bandar
Alor Setar
05460

Opening Hours

Monday 08:00 - 22:00
Tuesday 08:00 - 22:00
Wednesday 08:00 - 22:00
Thursday 08:00 - 22:00
Saturday 08:00 - 22:00
Sunday 08:00 - 22:00