RAXDI - Digital Solutions
31/05/2026
Bisnes Baru Perlu Ke Google Ads?
=====
Ramai pemilik bisnes baru tertanya-tanya:
“Perlu ke terus buat Google Ads?”
“Atau tunggu bisnes stabil dulu?”
Jawapannya… bergantung pada matlamat bisnes. Kalau nak orang mula kenal bisnes dengan lebih cepat, Google Ads boleh jadi salah satu cara paling pantas untuk dapatkan visibility di Google.
Bayangkan pelanggan sedang search:
• “kedai printing”
• “servis aircond”
• “catering area sini”
Dan bisnes kita terus muncul di bahagian atas carian. Itulah fungsi Google Ads.
No.1: Google Ads Bantu Bisnes Baru Cepat Dikenali
===
Untuk bisnes baru, cabaran paling besar ialah orang belum kenal kita. SEO memang bagus, tetapi biasanya ambil masa.
Google Ads p**a boleh bantu website atau servis kita muncul lebih awal sementara jenama sedang dibina.
No.2: Sesuai Untuk Tarik Prospek Yang Memang Mencari
===
Berbeza dengan sesetengah platform lain, Google Ads target orang yang memang sedang mencari servis atau produk tertentu.
Maksudnya, peluang untuk dapat prospek yang lebih berkualiti juga lebih tinggi.
No.3: Tapi Jangan Terus Jalankan Iklan Tanpa Persediaan
===
Ramai ingat tekan “Start Campaign” terus dapat jualan. Hakikatnya, sebelum buat Google Ads, pastikan:
• Website atau landing page siap
• Servis & pricing jelas
• Ada CTA yang mudah difahami
• Target keyword sesuai
Kalau asas tidak kuat, iklan mungkin jalan… tapi hasil kurang.
Bisnes baru memang boleh guna Google Ads, malah ia boleh bantu cepatkan pertumbuhan. Tetapi Google Ads bukan “magic button”.
Ia akan jadi lebih efektif bila digabungkan dengan strategi, setup dan positioning yang betul. Bila pelanggan search, pastikan bisnes kita ada di depan mata mereka.
24/05/2026
Apa itu “Update” Di Google Business Profile
====
Bisnes online sudah menjadi platform baru untuk pelbagai bisnes dan masih terdapat salah konsep yang bisnes memerlukan wang yang banyak untuk melepasi pesaing.
Mungkin ada benarnya tapi tidak semestinya jika sudah ada sumber percuma seperti Google Business Profile (GBP) yang boleh bantu kita capai visibility lebih efektif dan berpatutan.
Malah beberapa widget dalam GBP boleh memaksimumkan potensi penyenaraian untuk muncul dalam carian. Jadi artikel ini akan melihat kegunaan “Update” GBP untuk bisnes kita.
No.1: GBP Ini Apa?
====
Google Business Profile (GBP) ialah profil rasmi bisnes kita di Google. Bila pelanggan cari nama bisnes atau servis tertentu, profil inilah yang biasanya muncul di Google Search dan Google Maps.
Dalam profil ini, pelanggan boleh lihat:
• Lokasi bisnes
• Waktu operasi
• Nombor telefon
• Website
• Gambar & review pelanggan
Pendek kata, GBP membantu pelanggan kenal dan hubungi bisnes kita dengan lebih mudah.
No.2: Apa Maksud “Update” Dalam GBP?
====
“Update” ialah fungsi posting dalam GBP. Ia membolehkan kita berkongsi:
• Promosi terkini
• Produk baru
• Event atau announcement
• Perubahan waktu operasi
• Tips atau info berkaitan bisnes
Fungsi ini lebih kurang seperti membuat posting di media sosial, tetapi ia dipaparkan terus di profil Google kita.
No.3: Kenapa “Update” Ini Penting?
====
Ramai tidak sedar bahawa profil yang aktif lebih mudah mendapat perhatian Google dan pelanggan.
Bila kita rajin buat update, profil nampak lebih hidup, pelanggan lebih yakin dan juga peluang untuk muncul dalam carian tempatan lebih tinggi.
Selain itu, pelanggan juga boleh nampak bahawa bisnes kita masih aktif beroperasi dan sentiasa dikemaskini.
No.4: Apa Patut Dipost?
====
Tidak perlu terlalu kompleks. Antara content yang sesuai:
✔️ Promo atau diskaun
✔️ Produk terbaru
✔️ Gambar suasana kedai
✔️ Testimoni pelanggan
✔️ Tips berkaitan servis atau produk
Yang penting, konsisten dan relevan dengan bisnes kita.
Ramai fokus pada iklan semata-mata, tetapi lupa bahawa GBP juga boleh menjadi “senjata” penting untuk tarik pelanggan secara organik.
Dengan fungsi “Update”, bisnes kita bukan sahaja lebih mudah dijumpai, malah nampak lebih aktif, profesional dan dipercayai.
Kadang-kadang, pelanggan pilih bisnes bukan sebab paling murah… tetapi sebab profilnya nampak lebih yakin dan aktif.
3 Sebab Perlu Rebrand
Sales makin slow walaupun produk masih sama?
Mungkin masalahnya bukan produk… tapi brand anda dah tidak resonate dengan audience sekarang.
Kalau brand nampak outdated, orang akan assume bisnes pun sama.
Sebab itu rebrand penting untuk kekal relevan dan dipercayai.
Rebrand bukan sekadar tukar logo… Tonton untuk tahu lebih lanjut.
Perlukan servis digital? DM untuk tahu lebih lanjut
05/05/2026
5 Cara Kenalpasti Jika Website Bermasalah
=====
Bisnes sudah semakin banyak membina website sendiri untuk mudah berurusan terus dengan pelanggan walaupun tidak bersemuka.
Website sepatutnya bantu tarik pelanggan dan jana jualan. Tapi kalau website ada masalah, ia boleh jadi punca trafik ada tapi hasil tiada.
Jadi, macam mana nak tahu website bermsalah? Perhatikan tanda-tanda ini.
No.1: Loading Lama Sangat
====
Sekarang ini semua nak cepat, jika website ambil masa lebih dari beberapa saat untuk dibuka, alamatnya ramai pelawat akan terus keluar sebab ingat page tidak wujud.
Website yang lambat bukan sahaja ganggu pengalaman pengguna, malah boleh menjejaskan ranking di Google.
No.2: Traffic Ada, Tapi Tiada Conversion
====
Kita lihat data ramai pelawat masuk, tapi tiada pembelian atau pertanyaan. Kenapa?
Ini mungkin berpunca daripada:
• Mesej tidak jelas
• Tiada CTA yang kuat
• Susun atur yang mengelirukan
Website bukan sekadar untuk dilihat, tetapi untuk mendorong tindakan. Jika tindakan tidak jelas macam mana nak convert?
No.3: Tidak Mesra Mobile
====
Kemudahan untuk akses internet di mana jua menyebabkan majoriti pengguna melayari website melalui telefon.
Jika website susah dibaca, butang kecil atau layout lari, website yang sepatutnya menarik pelawat menjadi penghalau pelanggan yang berpotensi.
No.4: Kadar Bounce Tinggi
====
Satu lagi, jika kita lihat pelawat masuk dan keluar dalam masa singkat, ini tanda mereka tidak jumpa apa yang dicari.
Mungkin kandungan website tidak relevan atau pengalaman pengguna kurang baik. Mungkin juga pelawat masuk cari produk yang diiklankan tapi sukar jumpa atau tiada CTA jelas ‘pimpin’ mereka untuk check out produk.
No.5: Maklumat Tidak Lengkap atau Lapuk
====
Sekarang ramai orang layari internet untuk tahu maklumat sah sesuatu bisnes. Jadi alamat, nombor telefon atau info servis yang tidak dikemas kini boleh mengurangkan kepercayaan pelanggan.
Malah lebih teruk, jika website kita nampak “terbiar” ia akan memberi imej negatif kepada bisnes.
Website yang bermasalah bukan sekadar isu teknikal, tetapi boleh menjejaskan kepercayaan dan jualan.
Jika anda nampak tanda-tanda ini, mungkin sudah tiba masanya untuk audit dan baiki website supaya ia benar-benar berfungsi sebagai alat pemasaran yang efektif.
Nak bina website mesra pelawat dan Google? DM kami.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
170A, Tingkat 1, Perindustrian Kristal Fasa II
Alor Setar
05150