Maktab Mahmud Alor Setar - RASMI

Maktab Mahmud Alor Setar - RASMI

Share

26/05/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha Al-Mubarak 1447H kepada seluruh warga Maktab Mahmud, para guru, kakitangan, pelajar, ibu bapa, alumni serta seluruh umat Islam di mana jua anda berada. โญ๏ธ๐ŸŒ™

Semoga ibadah korban dan semangat pengorbanan yang dihayati pada Aidiladha ini akan mendidik jiwa kita untuk terus memperkukuh keimanan, keikhlasan serta kesatuan dalam mendidik generasi ummah yang cemerlang. ๐ŸŒŽ
โ€œูƒู„ ุนุงู… ูˆุฃู†ุชู… ุฅู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุฃู‚ุฑุจโ€
Semoga kita sentiasa dekat dengan rahmat dan keredaan Allah SWT. ๐Ÿ•Œ

โœจ๏ธ
๐Ÿ

Photos from Maktab Mahmud Alor Setar - RASMI's post 25/05/2026

KEM REMAJAKU SEJAHTERA 3.0 โœจ

Tempat : Kompleks Angkatan Pertahanan Awam (APM), Alor Setar
Tarikh : 23 & 24 Mei 2026

Alhamdulillah , seramai lapan orang pelajar Maktab Mahmud Alor Setar telah diberi kepercayaan untuk menjadi fasilitator dalam Kem Remajaku Sejahtera anjuran Sekretariat Pembangunan Insan Kedah (S**K )

Fasilitator Lelaki :
1. Faiz Iqbal bin Mohd. Fikri
2. โ Muhammad Amrullah bin Azhari
3. โ Muhammad Nasrullah bin Mohd. Nabil

Fasilitator Perempuan :

1. Nur Aqilah Izzati binti Mohd Fikri
2. Nur Zulaikha Balqis binti Muhammad
3. Nursyifak binti Salakhuddin
4. Maryam Fasihah binti Mohamad Hayazi
5. Nurul Auni binti Azizi

Program ini melibatkan peserta berumur 13 hingga 16 tahun bertujuan membentuk keperibadian peserta yang unggul menepati konsep 'Ahsanu Taqwim' ๐Ÿ’ซ

Sepanjang dua hari pelaksanaan program, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat seperti tadabbur alam, explorace, night walk, serta sesi motivasi.

Sekalung tahniah dan syabas kepada semua barisan fasilitator atas semangat serta komitmen yang tinggi dalam menjayakan program ini

Semoga pengalaman ini menjadi medan latihan kepimpinan dan dakwah yang bermanfaat buat semua. ๐Ÿ’ช๐Ÿป

โœจ๏ธ

Photos from Maktab Mahmud Alor Setar - RASMI's post 23/05/2026

MAJLIS PENUTUP KEJOHANAN SUKAN MAKTAB MAHMUD (KESUMAM) KALI KE-21 TAHUN 2026โœจ๐Ÿ’ช

Kejohanan Sukan Maktab Mahmud Kali Ke-21 (KESUMAM) 2026, telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Hj. Muhammad Radhi bin Mat Din, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan & Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan) ๐Ÿ”ฐ.

Alhamdulillah, MMAS telah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan KESUMAM 2026 dengan pencapaian 7 pingat emas dan 1 gangsa. Pencapaian paling bersejarah dan terbaik sepanjang kejohanan yang bermula semenjak edisi kejohanan 21 tahun yang lalu.

Acara yang memenangi pingat emas adalah : ๐Ÿฅ‡
โšฝ Bola Sepak
๐Ÿงถ Sepak Takraw
๐Ÿ Bola Tampar Lelaki
๐Ÿ Bola Tampar Perempuan
๐Ÿธ Badminton Lelaki (Perseorangan)
๐Ÿธ Badminton Perempuan (Beregu)
๐Ÿ“ Ping Pong Perempuan (Beregu)

Acara yang memenangi pingat gangsa adalah : ๐Ÿฅ‰
๐Ÿธ Badminton Perempuan (Perseorangan)

Lebih manis, kontinjen MMAS turut diumumkan sebagai Johan bagi acara : ๐ŸŽ–
๐Ÿ† Perarakan Kontinjen๐Ÿฅ‡

Tahniah dan syabas kepada semua atlet dan peserta, guru pembimbing, jurulatih, pihak pengurusan sekolah dan ibu bapa waris yang turut menyumbang kepada kejayaan ini. Semoga kejayaan dapat dikekalkan pada tahun berikutnya.๐Ÿ’ช

Want your school to be the top-listed School/college in Alor Setar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


Persiaran Sultan Abdul Hamid
Alor Setar
05050

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00