Nazwan Properties
Kita Tetap Kita..
Dalam menjalani kehidupan yang penuh dengan liku-liku yang penuh cabaran.
Kita tidak lepas dari ujian, kita tidak lepas dari cacian, ada yang menanggung kesusahan yang berpanjangan, ada yang mengemjs sepanjang perjalanan, ada yang terluka, ada yang merana, ada yang tidak mengapai cita-cita..
Kawan, jangan meratapi kesedihan terlalu lama, jangan mengemis terlalu lama, jangan merempat terlalu lama. Ya, kata-kata tidak semudah alam nyata, lidah lembut dan mudah ketika bicara, akan tetapi mahu atau tidak mahu jalani kehidupan terpaksa diteroka. Jalan saja, hadapi saja, berdoa saja, berusaha saja, bangkit saja, jangan perduli jangan berhenti..
Akan kamu terima apa yang kamu usaha, akan kamu terima berita gembira selagi kamu bergantung kepada yang Maha Esa..
Ingat, kita manusia biasa, terluka itu pastu, sedih itu pasti, up and down itu pasti, but jangan mengambil masa yang lama, jangan terlena begitu lama..
BANGKIT..
Mohd Nazwan Bin Fadzil
29/11/2022
Dari Lelaki kepada Lelaki.
Ada yang sudah lepas, selesa! ada yang tengah keras, merana! Dihenyak hidup yang keras kadang rasa lemas, cukup masa mesej masuk kirim beras.
Bisikan datang puas dah kau tangkis, berhenti tepi tak perasan minyak habis. Kadang ada yang atas motor pun boleh menangis. Puas dah tahan tak nak anak nampak kau menangis.
Kadang sakit buat tak perasan. Bangkit anak jantan. Perjuangan belum habis! Kau anak jantan buat apa menangis!
Henyak kederat tambah pendapatan. Perah otak keluarkan kebijaksanaan. Pergi keluar bina kawan yang mampu buat kau melawan bukan berkumpul main GAME lawan-lawan. Tinggalkan mereka yang s**a jadi lawan. Biasalah mula-mula kau pasti akan ditertawakan.
Makan di pinggan minum di cawan, usah selesa tunggu yang hujung bulan. Usaha lagi sampai sawan, biar tak ramai kawan asal keluarga kau cukup makan.
Tugas lelaki bukan sekadar pergi pasar beli cili, 24 jam teman isteri tiap pagi sapu minyak yuyi. Tugas utama lelaki membangun ekonomi. Ya kau akan kurang di sana namun lebih di sini. Itu hakikat dunia realiti. Sampai masa satu hari nanti kau akan menang sapu semua sekali.
Hujan panas mencari rezeki kadang terlelap tengahari sekali dengan mimpi bila terjaga rupanya ini realiti. Menjadi lelaki kena berani melawan diri teguh berdiri kerana lelaki adalah pemimpin sebuah organisasi. Bukan dimaki bukan dicaci, bangkit mencipta legasi moga jadi inspirasi pedoman untuk anak dan isteri.
Usah kau iri dan usah dengki memerhati mereka yang sedang berlari. Kalau kau betul lelaki bangkit melawan buat sampai jadi selagi belum mati.
Malam ini kerja lagi, esok hari belum tentu cuti waktu pagi cicah roti kuah kari ada kambing terselit di gigi. Aku Azri wakil lelaki, sekali pekik boleh buat kau mimpi ngeri. Kalau tak puas hati meh datang sini kita buat sama-sama sampai jadi!
Jumpa nanti 3 Disember 2022
Isbah Kingdom.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Alor Setar