PJI UITM Melaka - FB Rasmi

PJI UITM Melaka - FB Rasmi

Share

Photos from PJI UITM Melaka - FB Rasmi's post 22/05/2026

TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH!

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada barisan penyelidik UiTM Cawangan Melaka atas penganugerahan Geran Komuniti TEJA 2026.

Semoga kecemerlangan ini dapat menjadi pemangkin kepada kita semua.

Photos from PJI UITM Melaka - FB Rasmi's post 22/05/2026

TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH!

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada barisan penyelidik UiTM Cawangan Melaka atas penganugerahan Geran Sepadan TEJA 2026.

Semoga kecemerlangan ini dapat menjadi pemangkin kepada kita semua.

Photos from PJI UITM Melaka - FB Rasmi's post 29/04/2026

Sorotan Jelajah CEO@Faculty FGV-UiTM 2026: Melahirkan Graduan Berdaya Saing

ALOR GAJAH, 27 April 2026 - Program Jelajah CEO@Faculty (Zon Selatan) bersama FGV Holdings Berhad yang bertema “Industry Perspective: Opportunities and Challenges for New Workforce” telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Taming Sari, UiTM Cawangan Melaka (UiTMCM) Kampus Alor Gajah.

Program anjuran bersama ICAN, Bahagian Penyelidikan & Jaringan Industri (PJI) serta Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Shah Alam ini bertujuan merapatkan jurang antara dunia akademia dan realiti industri, sekaligus memperkukuh sinergi strategik antara kedua-dua pihak.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Profesor Dr. Muhammad Hussain Ismail, Pengarah Pusat Jaringan Industri dan Kerajaan. Antara pengisian utama termasuk sesi CEO@Faculty Talk yang disampaikan oleh Encik Zulkifli Othman, Pengarah Kumpulan Oils & Fats Division FGV merangkap alumni UiTM. Beliau telah berkongsi pandangan mengenai peluang dan cabaran tenaga kerja baharu dalam landskap industri semasa kepada para pelajar yang menghadiri program.

Selain itu, sesi Tips Kerjaya oleh Encik Wan Nong Khairol, Head of Group Industrial Relations (IR) turut memberi penekanan terhadap kepentingan kemahiran insaniah dan kriteria bukan akademik yang menjadi nilai tambah kepada graduan masa kini, di samping memberikan inspirasi kepada para pelajar dalam menghadapi dunia kerjaya.

Pada sesi petang, program ini turut diperkaya dengan pelaksanaan Mock Interview dan Resume Clinic yang melibatkan proses saringan serta pemurnian curriculum vitae (CV) para pelajar, di samping memberi peluang untuk meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran komunikasi sebagai persediaan menghadapi alam pekerjaan. Seramai 12 panel daripada FGV telah terlibat secara langsung bersama pelajar yang bakal menamatkan pengajian dalam masa terdekat, dengan memberikan bimbingan serta penilaian bagi memperkukuh kualiti curriculum vitae (CV) mereka.

Seramai 200 pelajar terpilih daripada 9 fakulti di Kampus Alor Gajah, Kampus Bandaraya Melaka dan Kampus Jasin telah menyertai program ini, termasuk sesi interaktif Coffee Talk bersama Encik Zulkifli Othman untuk mengasah bakat serta persediaan mental sebelum melangkah ke alam kerjaya.

Turut hadir Profesor Ts. Dr. Janudin Sardi, Dekan Akademi Pengajian Bahasa, Dr. Mohd Halim bin Mahphoth, Timbalan Rektor PJI UiTMCM, Prof. Madya Dr. Mohamad Nor Afandi bin Ibrahim, Timbalan Rektor HEA UiTMCM, barisan pengurusan pentadbiran daripada FGV, APB, ICAN, UiTMCM, serta pensyarah.

Program ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan graduan yang lebih kompeten, berdaya saing dan bersedia memenuhi keperluan industri semasa. Penghargaan turut dizahirkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.


UiTM
UiTM
UiTM


Pej. Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni ICAN, UiTM
UiTM Cawangan Melaka - FB Rasmi

24/04/2026

We are excited to invite both students and staff to the Jelajah CEO@Faculty featuring an invaluable industry session with FGV Holdings Berhad.

Our guest speaker will be diving into "Industry Perspective: Opportunities and Challenges for New Workforce," offering a unique look at how the professional landscape is shifting and what it means for the next generation of talent.
This event is organized in partnership with the ICAN, PJI UiTM Cawangan Melaka & Academy of Language Studies (APB).

📌 Event Details:
🗓 Date: Monday, 27 April 2026
🕗 Time: 8:30 AM – 4:30 PM
Venue: Dewan Taming Sari, Kampus Alor Gajah
🎤 Guest Speaker: En Zulkifli Othman Group Director (Oils & Fats Division), FGV Holdings Berhad.

What’s in it for you?
This program is designed to benefit everyone—from students preparing for their first roles to staff looking to align academic outcomes with current industry standards.
We encourage faculty members to attend, engage, and network with one of Malaysia’s top industry leaders. Don’t miss out on this opportunity to connect academia with the corporate world! 👍
We look forward to seeing you there! 🙌

UiTM Cawangan Melaka - FB Rasmi
Pej. Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni ICAN, UiTM

Photos from PJI UITM Melaka - FB Rasmi's post 12/02/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Bestari 2025 (Kategori Jaringan), yang meliputi:

1. ANUGERAH PROJEK UNIVERSITY SOCIAL RESPONSIBILITY (USR) BERTARAF 3 BINTANG TAHUN 2025
2.ANUGERAH PROJEK KOMUNITI BERTARAF GOLD 2025
(PENARAFAN 4 BINTANG)
3.ANUGERAH PROJEK KOMUNITI BERTARAF PLATINUM 2025
(PENARAFAN 5 BINTANG)
4.ANUGERAH PENGGERAK PROJEK KOMUNITI TERBILANG 2025
5.ANUGERAH PROJEK PEMINDAHAN ILMU TERBAIK UNTUK TAHUN 2025
6.ANUGERAH PROJEK ZERO POVERTY TERBAIK UNTUK TAHUN 2025
7.ANUGERAH PROJEK JARINGAN INDUSTRI TERBAIK 2025
8.ANUGERAH PROJEK JARINGAN ALUMNI TERBAIK 2025
9.SIJIL PENGHARGAAN KHAS

UiTM Cawangan Melaka - FB Rasmi

Want your university to be the top-listed University in Alor Gajah?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah
Alor Gajah
78000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00