MetalheadHijrah.Channel

MetalheadHijrah.Channel

Share

Photos from MetalheadHijrah.Channel's post 11/05/2024

MERAPATKAN SHAF DALAM SHOLAT BERJAMAAH

Merapatkan Kaki Dengan Kaki Orang Sebelah Dalam Solat Jemaah
Merapatkan kaki kita dengan kaki orang sebelah di dalam saf, namanya ILZAQ. Hukum ilzaq ada khilaf. Menurut MAJORITI para alim ulama zaman berzaman sejak dulu hingga kini, ia TIDAK termasuk dalam sunnah. Sebahagian kecil ulama sahaja menganggap ia sunnah.
Sedih dan kesal dengan tindakan netizen yang menuduh pakcik baju kuning dalam post viral tu sebagai jahil murakkab. Sedangkan dia (budak muda dalam cerita post tu) sendiri ada salahnya. Iya, pakcik tu memang salah juga bila berkasar camtu. Cuma, haram juga menyakiti hati orang lain dek kerana kita sendiri tak faham agama dan tak faqih bab fiqh aulawiyat.
Kenapa majoriti ulama Ahlus Sunnah wal Jamaah kata ia tidak termasuk sunnah?:

1. Hadis Nu'man bin Basyir riwayat Abu Daud tu, Nu'man berkata yang Nabi suruh rapatkan saf, dan Nu'man nampak ADA SEORANG LELAKI menempelkan/melekatkan kakinya dengan kaki orang sebelah dan bahu dengan bahu.
2. Hadis Anas bin Malik riwayat Bukhari, Anas berkata beliau nampak SEORANG DIANTARA KAMI menempelkan/melekatkan bahunya dengan bahu sebelah, dan kakinya dengan kaki sebelah.
3. Dalam kitab Al Ihkam Fi Usul Al Ahkam Saifuddin Al Amidi mengatakan, "Apa yang terlihat dari perbuatan para sahabat Nabi saw (tanpa taqrir/pengakuan dari Nabi) memang dijadikan sebagai hujjah. Namun yang dijadikan hujjah hanya perbuatan yang dilakukan oleh seluruh (atau majoriti) para sahabat. Maka perbuatan sebahagian sahabat tidak dapat dijadikan hujjah ke atas sebahagian sahabat yang lain dan juga tidak dijadikan hujjah bagi selain sahabat (kerana tiada taqrir/pengakuan dari Nabi saw)".
4. Jadi para ulama kata, dua hadis di atas tak boleh menjadi hujjah untuk membantah perbuatan sahabat lain, kerana menurut dua hadis tadi, hanya ada seorang dua je sahabat yang melakukan perbuatan itu, dan tiada taqrir/pengakuan dari Nabi saw yang memberi indikator ia adalah digalakkan. "Diam"nya Nabi dalam hadis ini tidak dikira taqrir kerana bukan Nabi yang nampak perbuatan sahabat yang menempel kaki dengan kaki sebelah tu. Para sahabat lain yang lebih ramai, tak melekatkan pun kaki mereka dengan kaki orang sebelah.
5. Maka para ulama ini menyimpulkan bahawa dua hadis di atas memaknakan ILZAQ dengan erti majazi (bukan erti hakiki) iaitu sebagai hiperbola yakni sebagai penegasan sahaja untuk meluruskan dan merapatkan saf.
6. Ibnu Hajar Al-Asqalani dalam kitab Fathul Bari menyatakan kalimah "menempelkan bahu pada bahu lainnya dan kaki pada kaki lainnya" membawa maksud yang sebenar-benar ialah saf itu perlu diluruskan dan ruang dicelah saf hendaklah ditutup. Kalimah ini dipanggil kalimah mubalaghah.
7. Syeikh Abu Zaid di dalam kitab La Jadida fi Ahkam as Solat mengatakan "Merapatkan bahu dengan bahu pada setiap kali qiyam adalah memberatkan yang nyata dan merapatkan lutut dengan lutut adalah mustahil dan merapatkan buku lali dengan buku lali adalah hal yang susah dilakukan (kerana tiap orang berbeza saiz dan bentuk badan, ada yang perlu mengangkang kaki, ada yang bahu besar, etc). Maknanya yang betul ialah menggalakkan kelurusan saf dan beri perhatian pada setiap rakaat untuk menyamakan semula saf. Maka inilah fahaman para sahabat pada menyamakan saf iaitu membetulkan barisan dan menutup ruang kosong, bukannya merapatkan dan menyentuhkan tumit dengan tumit. Maka yang zahir dikehendaki ialah menggalakkan menutup kekosongan saf dan membetulkan saf dan menyamakan kelurusan saf, bukan sehingga bergesel dan bersentuh".
8. Pada 30 Julai 2020, Ustaz Azhar Idrus telah menghantar satu posting bertajuk "Tidak wajib tumit bertemu tumit dalam solat berjemaah" menjelaskan hukum berkaitan perkara ini.
9. Kalau anda beraliran manhaj salafi dan tidak mahu terima hujjah para ulama kami, saya bawakan hujjah ulama salafi sendiri iaitu Syaikh Salih Ibnu Uthaimin:
"Yang tepat dan betul, saf yang lurus adalah saf yang sesama tumit itu lurus. Bukan sesama hujung jari. Tubuh badan kita selari dengan tumit. Jari-jari kita semua berbeza, sesuai dengan bentuk dan saiz tapak kaki. Ada orang tapak kakinya panjang dan tapak kakinya pendek, sehingga keduanya mustahil hendak dibuat sama lurus (lurus saf ikut hujung jari ialah mustahil). Yang boleh dibuat untuk meluruskan saf ialah berpandukan tumit kaki.

Adapun merapatkan kedua tumit dengan jemaah sebelah, hadis tentang hal ini ada dibuat oleh sahabat radhiyallahu 'anhum. Dahulu mereka meluruskan saf dengan merapatkan tumit antara satu sama lain. Namun tujuannya adalah untuk menjadikan saf itu lurus.

YANG DIMAKSUDKAN RAPAT/MENEMPEL DI SINI BUKANLAH HARUS BETUL-BETUL RAPAT DAN MENJAGANYA SAMPAI AKHIR SOLAT. Yang sebenarnya ialah merapatkan tumit pada awal ketika berdiri mahu solat sahaja, untuk meluruskan saf. (Bila saf dah lurus, boleh jarakkan kaki kita dengan kaki orang sebelah).
Ibnu Uthaimin berkata lagi: SEBAHAGIAN ORANG MELAKUKAN TINDAKAN EKSTRIM DENGAN MERAPATKAN TUMITNYA DENGAN TUMIT TEMAN NYA

31/03/2024

Persiapkan diri dengan amal, hidupkan amalan rumah supaya isteri & para wanita dalam rumah kita di ikat dengan amal, disibukkan dengan amal, jangan bagi ruang kelalaian.

Allah letakkan lelaki sebagai wali mereka, Allah tetapkan kewajiban keatas isteri mentaati suami mereka, sekali pun mereka langsung tiada wali, mereka tetap perlukan wali hakim (lelaki)
Lelaki kena bimbing rohani mereka, para wanita ini lemah dalam mengawal diri mereka, kerana itu Allah jadikan Nabi/Rasul dari kalangan lelaki, Allah ciptakan lelaki dengan akal & rohani yang mampu membimbing lebih dari seorang wanita.

Mudahkan urusan lelaki, taat suami, taat ketua keluarga adalah taat Allah, taat kepada Rasulullah ‎ﷺ‎‬ adalah taat kepada Allah. Taatlah selagimana perintah itu tidak haram disisi Allah.

Apabila Dajjal keluar kelak para wanita paling ramai mengikuti Dajjal, siapa yang ikut Dajjal akan mati dihadapan Dajjal dalam keadaan kafir.
Ingat sebelum Dajjal keluar nanti kita semua dalam keadaan lapar & dahaga dalam keadaan berharap & berhajatkan bantuan, kita berhadapan dengan pilihan hidup atau pun mati, ramainya para lelaki gagal mempertahankan keluarga mereka kerana pujuk rayu para wanita & anak-anak yang merayu kelaparan & nazak.

Anggap sahaja apa yang berlaku digaza bakal berlaku pada seluruh orang beriman.

Mana lebih berat? Hidupkan amalan rumah atau berhadapan dengan Dajjal?

Anggap sahaja hari ini adalah peluang terakhir bagi kita siap siaga dengan persiapan amal.

AMALAN RUMAH RASULULLAH ‎ﷺ‎‬ ,PARA SAHABAT رضي اللّٰه عنه & ORANG MUKMIN

Setiap rumah orang mukmin itu adalah madrasah pertama. Salah faham umat ini keatas maksud hidup mereka didunia, dapat dibetulkan dengan usaha tarbiah keatas iman & amal melalui amal rumah, hari ini rata rata umat telah meletakkan yakin mereka pada yakin yang salah, ikhtiar mereka pada ikhtiar yang salah.

Apabila yakin & amalan telah bercanggah dengan fikir & risau Rasulullah ‎ﷺ‎‬ umat ini mampu hafal karya hiburan tetapi tidak mampu menghafal sabdaan Rasulullah ‎ﷺ‎‬ & firman Allah. Umat ini mampu berjaga sepanjang panjang malam untuk smartphone game,drama dan sebagainya tapi berat untuk ikhtiqaf, tahajud, bacaan quran & telaah kitab.

Apabila umat ini telah tinggalkan amal rumah & amal masjid, mereka mampu menangis untuk manusia yang kehilangan harta, keluarga, mereka mampu menangis melihat orang lain dalam kefakiran tetapi tidak mampu menangis pada kefakiran agama, kejahilan ilmu, kerosakan iman yang berlaku pada umat.

Hari ni umat telah jauh daripada agama, usaha mereka, bersengkang malam mereka, susah payah & pengorbanan mereka hanya pada dunia, nafsu, syahwat, isi keinginan perut & penuhi tuntutan sifat takabbur (sombong diri)

Apabila kita tidak mampu menangis pada pekara agama menandakan hati kita telah rosak, fikiran kita dalam kelalaian, kerisauan kita hanya pada nafsu.

AMALAN RUMAH ORANG MUKMIN
Itu terdiri daripada:

5 AMALAN RUMAH
✅ Mesyuarah
✅ Hidupkan Bacaan Taklim
✅ Halaqah Tajwid
✅ Muzakarah Sifat Sahabat
✅ Taskil

Rasulullah ‎ﷺ‎‬ tidak memulakan harinya tanpa mesyuarat, setiap tindakan akan diputuskan melalui mesyuarat. Pastikan setiap rumah orang islam miliki 2 kitab, pertama Quran & kedua Taklim (Himpunan Hadis Fadhilat)

Buat bacaan taklim di rumah sekurang kurangnya 30minit sehari, pastikan setiap hari rumah itu ada 2 majlis (halaqah quran & muzakarah sifat sahabat رضي اللّٰه عنه)

Tujuan halaqah quran bagi membina kesedaran perbaiki bacaan, serta hadirkan perasaan cinta & memuliakan Quran, dari sini akan lahirkan hafiz, alim & ulama bermula dari rumah.

Muzakarah sifat-sifat Sahabat رضي اللّٰه عنه akan melahirkan sifat serta perbaharui semula iman & yakin yang lemah/salah, dari sini akan wujud perbualan agama serta membangkitkan suasana agama dalam rumah.

Dan yang terakhir adalah taskil.
Isteri akan tanya bila nisab bulanan suami, nisab tahunan suami (khuruj dakwah)
Anak anak akan ingatkan mak ayah tentang solat, mak ayah akan ingatkan anak anak tentang solat.

Contoh taskil:
•Mak dah solat? Kalau belum boleh kita solat jemaah sama.
•Ayah nak pergi kemasjid? Adik nak ikut.
•Esok siapa sedia baca taklim?
•Abang dah habiskan zikir pagi?
Ini semua contoh suasana taskil dalam rumah, rumah tanpa amalan akan mewujudkan taskil taskil dunia.

insyaallah.....

Photos from MetalheadHijrah.Channel's post 09/03/2024

📘✍️

TANGAN DI ATAS LEBIH BAIK

Dari Abu Hurairah, ia berkata bahwa Rasul shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لأَنْ يَحْتَطِبَ أَحَدُكُمْ حُزْمَةً عَلَى ظَهْرِهِ خَيْرٌ مِنْ أَنْ يَسْأَلَ أَحَدًا ، فَيُعْطِيَهُ أَوْ يَمْنَعَهُ

“Lebih baik seseorang bekerja dengan mengumpulkan seikat kayu bakar di punggungnya dibanding dengan seseorang yang meminta-minta (mengemis) lantas ada yang memberi atau enggan memberi sesuatu padanya.”
(HR. Bukhari no. 2074)

Bekerja keras dengan menggunakan tangan, itu adalah salah satu pekerjaan terbaik bahkan inilah cara kerja para nabi ‘alaihimush shalaatu wa salaam. Dari Al Miqdam, dari Rasul shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda,

مَا أَكَلَ أَحَدٌ طَعَامًا قَطُّ خَيْرًا مِنْ أَنْ يَأْكُلَ مِنْ عَمَلِ يَدِهِ ، وَإِنَّ نَبِىَّ اللَّهِ دَاوُدَ – عَلَيْهِ السَّلاَمُ – كَانَ يَأْكُلُ مِنْ عَمَلِ يَدِهِ

“Tidak ada seseorang memakan suatu makanan yang lebih baik dari makanan hasil kerja keras tangannya sendiri. Dan Nabi Daud ‘alaihis salam makan dari hasil kerja keras tangannya.”
(HR. Bukhari no. 2072)

Ancaman Bagi Pengemis
Dari ‘Abdullah bin ‘Umar, ia berkata bahwa Rasul shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَا يَزَالُ الرَّجُلُ يَسْأَلُ النَّاسَ حَتَّى يَأْتِىَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لَيْسَ فِى وَجْهِهِ مُزْعَةُ لَحْمٍ

“Jika seseorang meminta-minta (mengemis) pada manusia, ia akan datang pada hari kiamat tanpa memiliki sekerat daging di wajahnya.”
(HR. Bukhari no. 1474 dan Muslim no. 1040)

Dari Hubsyi bin Junadah, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ سَأَلَ مِنْ غَيْرِ فَقْرٍ فَكَأَنَّمَا يَأْكُلُ الْجَمْرَ

“Barangsiapa meminta-minta padahal dirinya tidaklah fakir, maka ia seakan-akan memakan bara api.”
(HR. Ahmad)

والله اعلم بالصواب

06/03/2024

Bismillah.....

*KAPAN PUASA RAMADHAN 2024*
===========================

*5 Maret, 2024*

Hitungan Mundur Menuju Bulan Suci 1445 H

Bulan-bulan bergulir tak terasa, dan pertanyaan "Berapa hari lagi puasa Ramadhan..?" sudah mulai berkumandang di seanterota. Ya, bagi umat muslim, Ramadhan bagaikan magnet yang senantiasa menarik hati untuk bersahur dan berbuka bersama, khusyuk di masjid, serta memanjatkan doa sepanjang malam.

Meski kalender cetak mencantumkan tanggal 1 Ramadhan 1445 H - 11 Maret 2024, kita masih menanti detak jantung penantian yang sesungguhnya: ketetapan resmi dari pemerintah RI melalui Menteri Agama RI. Sidang Isbat, momen sakral penentuan awal puasa, menjadi penanda dimulainya hitungan mundur yang sebenarnya.

Tapi, tak ada salahnya kita memompa semangat Ramadhan dari sekarang, kan..?

Mari gunakan jeda ini untuk mempersiapkan diri. Ibarat pelari maraton, bulan-bulan sebelum Ramadhan adalah masa latihan yang menentukan kelancaran langkah kita selama puasa.

*✅ PERTAMA, ASAH KEPEKAAN SPIRITUAL.*
Perbanyak tadarus, perdalam kajian Al-Quran, ta'lim wa ta'lum, dzikir, ibadah dan 2stengah jam dekatkan diri dengan amalan-amalan sunnah. Biarkan hati disirami cahaya hidayah agar dahaga Ramadhan terasa nikmat.

*✅ KE-DUA, TEGUHKAN NIAT DAN TEKAD.*
Berjanjilah pada diri sendiri untuk menuntaskan ibadah puasa dengan sempurna. Ingatlah betapa pahala Ramadhan berlimpah-ruah, dan jadikan motivasi itu sebagai pendorong semangat ibadah.

*✅ KE-TIGA, CEK PERBEKALAN FISIK DAN MENTAL.*
Atur pola makan dan tidur, perbanyak olah raga ringan, dan jaga kesehatan. Puasa fisik itu penting, tapi jangan lupa puasa mental lebih penting agar bekal mental berupa kesabaran, keikhlasan, dan keteguhan hati semakin kuat setelah ramadhan.

*✅ KE-EMPAT, SUSUN RENCANA KEBAIKAN.*
Ramadhan bukan sekadar menahan lapar dan haus, tapi juga ajang mengasah kepekaan sosial. Rencanakan aksi-aksi kebaikan, mulai dari bersedekah, berbagi makanan pada sesama, hingga berpartisipasi dalam kegiatan sosial di lingkungan kita dan umum nya.

Dengan persiapan yang matang, hitungan mundur menuju Ramadhan tak lagi terasa cemas, tapi berdebar penuh harap menanti kehadirannya. Mari persiapkan diri, sambut Ramadhan dengan hati lapang dan jiwa yang siap berlari kencang di arena ibadah. Karena pada akhirnya, Ramadhan bukan sekadar perhitungan hari, tapi perlombaan amal kebaikan yang berujung pada KEMENANGAN HATI DAN RIDHA ILAHI.

Jadi, bukan berapa hari lagi puasa Ramadhan 2024 akan tetapi persiapkanlah untuk menyambut tamu yang istimewa ini dengan bekal amal yang istiqomah...?

Mari menyambut bulan suci dengan semangat dan jiwa yang berkobar..!

*Semoga bermanfaat*

*Alhamdulillahi Jazakumullohu khoiro*

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Tangerang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Jalan Drive Setiabudi Kebon Manggis, Parungserab, Ciledug Tangerang
Tangerang
1552