GEMA
01/03/2025
JUMAAT | 21 FEB 2025
5:00pm-7:00pm | Z768
HOSP. SULTANAH AMINAH JOHOR BAHRU
********************************************
Alhamdulillaah jutaan TerimaKasih para Dermawan dan Penyumbang di atas kepercayaan dan amanah yang diberikan kepada GEMA ;
▪️AirZamZam sumbangan HambaAllaah dari Kg. Pasir Johor Bahru
▪️ Kurma Ajwa dan Kismis pekSHIFA hasil derma anda semua buat pesakit yang sempat kita ziarah.
▪️Pelbagai biskut dan AirKotak sumbangan HambaAllaah dari Kg Melayu Majidee JB
Alhamdulillaah kita berkesempatan ziarahDOA ke 11 buah wad di HSAJB. Termasuk DOA berjemaah bersama waris2 pesakit di ruangan menunggu wad ICU HSAJB.
TerimaKasih pihak pengurusan HSA, PRO, matron, Sister dan misi² yang banyak membantu serta ANDA semua yang mengiringi DOA² baik dari jauh maupun dekat juga TerimaKasih Sahabat Yang Berusaha Kak Ngah Julia bagi kelancaran dan pengurusan.
Semoga mereka yang sedang diUji-Nya dengan sakit dipermudahkan-Nya dalam rawatan dan diberi-Nya kesembuhan segera yang tidak meninggalkan sebarang penyakit yang lain.
Aaminn Ya Rabbal’alaminn 💞
28/02/2025
ISNIN | 10 FEBRUARI 2025 (1)
KEMBALI KE SEKOLAH 2025
Hospital PERMAI Johor Bahru
******************************
Alhamdulillah berkah DOA dan SOKONGAN anda semua yang menyumbang dan mengamanahkan melalui kami.
GEMA sekali lagi turut bersama meraikan 50 orang penerima sumbangan Tunai daripada golongan kurang berkemampuan yang terdiri daripada pesakit Kanak-kanak atau IbuBapa mereka.
Bagi persediaan kembali ke Sekolah anjuran Jab. Kerja Sosial Perubatan Hospital Permai Johor Bahru.
Hari ini merupakan hari pertama serahan sumbangan seterusnya menyantuni penerima di rumah mereka sekitar Johor Bahru, Skudai dan Pontian.
TerimaKasih dan Tahniah Pihak pengurusan, Tuan Pengarah, Jab. Kerja Sosial Perubatan H. Permai dan para penyumbang budiman. Terutama Sahabat YangBerusaha Ahmad Shukri bagi pengurusan dan kelancaran seterusnya mewakili GEMA.
Semoga kita semua dipermudahkanNya dalam memberi manfaat.. InsyaAllah 💞
03/02/2025
Waqaf KATIL HOSPITAL GEMA
AHAD | 2 FEB 2025
[WKHG(r) #008/02/25/001]
FLAT TAMAN CENDANA P.GUDANG JOHOR
********************************************
Alhamdulillah katil #008 telah selamat sampai ke rumah seorang pesakit lelaki warga emas di Blok 15 Flat Taman Cendana Pasir Gudang.
Terimakasih PeWAQAF sekeluarga dari Taman Suria Johor Bahru di atas kepercayaan dan amanah untuk GEMA uruskan bagi kelancaran, pengangkutan dan pengurusan dan anda semua yang menDOAkan baik dari jauh maupun dekat.
Semoga pesakit dipermudahkanNya dan diberiNya kesembuhan segera dan asbab pahala berpanjangan buat arwah bonda peWAQAF sekeluarga serta segala kebaikan di dunia dan Akhirat untuk semua.. Aaminn.. 💞
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the practice
Telephone
Website
Address
Cisaat
Opening Hours
| Friday | 16:30 - 19:00 |
| Sunday | 16:30 - 19:00 |