MUDAH LOAN RUMAH
26/06/2022
JOHOR SEDANG BERUSAHA MENDAPATKAN KELULUSAN KERAJAAN PUSAT UNTUK PEMBINAAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH (HSA) 2 MEMBABITKAN KOS SEBANYAK RM500 JUTA DI KEMPAS - LING TIAN SOON
Johor sedang berusaha untuk mendapatkan kelulusan daripada kerajaan Persekutuan bagi pembinaan Hospital Sultanah Aminah (HSA) 2 membabitkan kos sebanyak RM500 juta. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri Ling Tian Soon berkata projek pembinaan hospital baharu itu diharapkan tersenarai dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dan dijangka dapat dimulakan pada 2024 sekiranya mendapat kelulusan.
Beliau berkata hospital yang akan dibina di tanah berkeluasan 207.55 hektar di Kempas itu turut mendapat sokongan daripada Kementerian Kesihatan (KKM).
" Seluruh Bangsa Johor mengimpikan untuk mendapat hospital baharu, iaitu HSA 2 dan kami sedang berusaha untuk mendapatkan kelulusan supaya hospital tersebut dapat tersenarai dalam Rolling Plan ketiga RMK12.
" Johor meletakkan projek ini sebagai keutamaan dan kita juga dapat sokongan KKM. Setakat yang saya tahu, kementerian telah mencadangkan kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) membabitkan peruntukan RM500 juta untuk projek ini," katanya kepada pemberita di luar Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di sini hari ini
Menurut beliau hospital berkenaan bakal dilengkapi dengan pelbagai fasiliti dengan reka bentuk moden serta kapasiti parkir yang banyak.
" Bukan hospital sahaja, kita akan buat Pejabat Kesihatan negeri di dalam kawasan itu dan pelbagai fasiliti lain, tetapi bagi fasa pertama kita akan mendirikan bangunan hospital dengan kapasiti 350 katil dengan klinik-klinik pakar yang ada," katanya.
23/05/2022
Rumah teres dua tingkat musnah! Pemaju diarah henti pembinaan, mesti kemuka cadangan jangka panjang atasi masalah - Semasa | mStar KELUARGA di kawasan perumahan terlibat diarah berpindah, kos ditanggung pemaju.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Website
Address
Cisaat