Khalifah.com
03/11/2020
BODOH TAK SOMBONG😊
Apa yg terpenting kepada kita untuk meneruskan kehidupan? di dunia mahupun akhirat?
ILMU. Ya, semua benda memerlukan ilmu. Dari sekecil-kecil benda yg kita lakukan, hinggalah sebesar-besar perkara.
Tapi, apa yg lebih penting dari ilmu adalah akhlak kita.
Ya, akhlak mengatasi segalanya. Sehingga Rasulullah SAW ada bersabda:
"Sesungguhnya Aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak"(HR:Al-Baihaqi)
Sebagaimana kita tahu, Rasulullah diutuskan di zaman masyarakat Jahiliyyah. Yg mana hidup tanpa batas dan sempadan.
Saat itu, akhlak masyarakat amatlah biadap. Penyembahan berhala, agungkan manusia, pembunuhan bayi dan sebagainya.
Disebabkan itulah antara tujuan nabi diutuskan adalah memperbetulkan akhlak. Walaupun zaman berbeza, namun tiada sebab untuk tidak contohi akhlak nabi.
Ya, Rasulullah lah contoh yg terbaik dan manusia yg paling baik akhlaknya. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al-Qalam ayat 4:
“Dan sesungguhnya kamu benar-benar mempunyai akhlak yang agung.”
Sepasang pakaian yg cantik tidak akan kelihatan cantik. Jika tidak disertai dengan senyuman oleh orang yg memakainya.
Begitulah juga hubungan antara ilmu dan akhlak. Ilmu tidak akan bermakna apa-apa jika tidak diiringi oleh akhlak yang baik.
Orang yang tinggi akhlaknya, walaupun rendah ilmunya. Adalah lebih mulia dari orang yang banyak ilmunya tapi kurang akhlaknya.
Akhlak yg baik akan menjadikan kita di sukai manusia. Dan ketahuilah, hubungan kita dengan manusia juga memainkan peranan penting.
Tidak guna hidup kalau dibenci manusia kan. Dek kerana akhlak kita yg buruk. Jadi, jagalah akhlak kita, supaya ilmu yg kita ada, jadi lebih bernilai.
Ikhlas,
Admin
Khalifah.com
27/10/2020
PENGALAMAN LALU KEJAYAAN SEKARANG? 🥰
Otak ini merupakan cara pemikiran yang disebut mindset. Kebanyakan dari kita mempunyai cara pemikiran yang berbeza.
Setiap apa yang kita buat, reaksi kita terhadap sesuatu. Perkara serta tindakan kita juga merupakan keputusan untuk bertindak balas.
Apa yang orang kata, apa yang pernah kita rasa dan apa yang kita lihat di masa lampau. Semua akan mempengaruhi cara kita berfikir di masa hadapan. Ia juga dikenali sebagai pengalaman lalu.
Berdasarkan daripada laporan Research Gate(1995). Dalam otak kita ada satu bahagian namanya "Limbic Brain". Fungsinya untuk menyimpan semua memori kita.
Pengalaman lalu kejayaan sekarang. Jangan pernah lupa kejayaan seseorang itu juga dipengaruhi oleh otak yang positif. Yang mengawal untuk melakukan sikap dan tingkah laku yang lebih baik.
Otak juga mempunyai kepentingan yang sendiri. Bukan sahaja kepada orang yang lebih berumur tetapi kepada golongan yang lebih muda iaitu anak-anak.
Kebanyakan ibubapa akan melihat pengalaman lalu mereka. Dan dibandingkan dengan sekarang. Ini menyebabkan mereka akan berusaha membantu anak mereka.
Oleh itu, anak-anak terutamanya yang bergelar pelajar akan disuruh untuk belajar dan berjaya. Supaya tidak menjadi seperti masa lalu mereka.😊
Dengan usaha dan rawatan kepada anak, bukan sahaja dapat membantu otak anak tersebut. Ia juga dapat meningkatkan keberkesanan mindset yang lebih positif.
Otak yang cerdas, akan akan melahirkan pemikiran yang positif. Terutamanya dari segi tingkah laku dan sikap. Yang akan menjamin kejayaan seseorang.
Oleh itu, kita sebagai manusia hendaklah berfikiran positif. Untuk mencapai kejayaan pada masa hadapan.
''You are never too old to set another goal or to dream a NEW DREAM."
~C.S. Lewis
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Cisaat