CoffeeTea Mug
28/06/2021
Faedah Makanan Tenusu
Produk tenusu adalah salah satu makanan yang mempunyai reputasi terbaik. Manfaat yang paling terkenal adalah manfaat kalsium yang tinggi, yang sangat menguntungkan bagi semua peringkat umur. Tetapi, sebagai tambahan, produk tenusu mempunyai lebih banyak faedah kerana ia merupakan sumber protein penting.
Jadi apakah faedah produk tenusu?
1. Mengurangkan tekanan darah
Pada tahun 1999, satu kajian dijalankan di mana hubungan antara penggunaan produk tenusu dan tekanan darah telah ditubuhkan. Oleh itu, dengan kesimpulan ditubuhkan yang memakan tiga hidangan setiap hari bagi produk susu keseluruhan, digabungkan dengan penggunaan buah-buahan dan sayur-sayuran, mengurangkan tekanan darah dalam kedua-dua hipertensi dan kumpulan normotif.
2. Kawalan tahap kolesterol
Telah ditunjukkan bahawa pengambilan harian produk tenusu mengurangkan sebanyak 40% peluang menderita sindrom metabolik, iaitu, dari tahap kolesterol tinggi dan glukosa terutamanya.
3. Meningkatkan sistem kekebalan tubuh
Secara umumnya, produk tenusu mempunyai kesan antibakteria yang hebat. Dengan cara ini, mereka adalah insentif yang hebat untuk meningkatkan pertahanan semula jadi badan.
4. Kegelisahan
Fakta menjelaskan bahawa segelas susu dapat mengurangkan tekanan.
S**a dengan tips saya?
Follow, Like dan Share (https://m.facebook.com/mugbyshaa)
27/06/2021
Kebaikan Air Masak Kepada Badan Kita.
Kita biasanya disarankan agar minum sekurang-kurangnya 8 gelas air masak setiap hari. Namun bergantung kepada keadaan dan situasi juga. Terdapat beberapa kebaikan air masak kepada badan dan kesihatan secara umum.
1. Air Masak Boleh Meningkatkan Prestasi Fizikal.
2. Kekal Hidrat Dengan Air Masak Memberikan Kesan Positif Kepada Pemikiran & Otak
S**a dengan tips saya?
Follow, Like dan Share CoffeeTea Mug (https://m.facebook.com/mugbyshaa)
26/06/2021
Say no to SELEKEH.
Bak kata orang, “first impression” penting. Ini kerana, sebelum seseorang mengenali hati budi kita, orang akan lekas membuat tanggapan ringkas menerusi penampilan luaran kita dan adalah amat mustahak untuk kita sentiasa bersedia dalam keadaan apa pun iaitu menjaga penampilan diri supaya aura positif diri itu sentiasa terpancar buat semua yang melihat.
Tidak susah mana pun hendak menjaga penampilan diri, biar pakai pakaian yang tidak berjenama asalkan kelihatan rapi dan kemas. Untuk pengetahuan semua, CoffeeTea Mug kongsikan panduan bagaimana hendak kelihatan sempurna dengan mengelak empat gaya ini jika tidak mahu dilabel sebagai selekeh.
1. Elak Pakai Pakaian Lusuh.
Helaian fesyen warna hitam memang bisa buat penampilan sesiapa sahaja kelihatan anggun dan bersesuaian. Namun, jangan cari pasal dengan mengenakan pakaian hitam yang warnanya boleh dikategorikan sebagai lusuh. Jika mahu pakai hitam, cari warna pakaian yang betul-betul ‘hitam legam’ dan bukannya tona hitam yang samar-samar kerana warna ini kelihatan lusuh.
2. Elak Pakai Pakaian “Tidak Putih”.
Sama seperti pakaian hitam di atas, jika hendak pakai pakaian putih, cari warna putih yang benar-benar putih. Bukannya putih kekuningan atau warna putih yang nampak lebam.
3. Jangan Senseng Lengan Tanpa Berlipat
Kalau ye pun anda sedang moody dan malas, jangan sesekali menolak lengan baju ke atas tanpa melipatnya terlebih dahulu. Jika benar mahu senseng lengan, lipat ia dengan rapi agar tampak sempurna dan kemas. Dengan cara itu, anda tidak akan kelihatan selekeh.
4. Janggut Tidak Terurus
Lelaki selalu fikir yang mereka akan jadi lebih maskulin apabila membela janggut dan jambang yang tebal walhal, itu sebenarnya menampakkan seolah mereka seorang yang malas menjaga keterampilan diri. Untuk itu, setiap hujung minggu sila rajinkan diri untuk trim jambang dan janggut supaya kemas senantiasa. Jangan tunggu hujung bulan, bila dah nampak berserabut baru hendak buang
S**a dengan tips saya?
Follow, Like and Share CoffeeTea Mug (https://m.facebook.com/mugbyshaa)
21/06/2021
Tips untuk mendapatkan Kulit CANTIK dan Tiada JERAWAT.
Bila jerawat mula timbul di muka, risau bukan. Kalau boleh kita nak picit dan hilangkannya. Ada masa kita juga cemburu bila lihat kulit muka kawan lebih bersih dan nampak berseri tanpa ada cacat cela.
Kalau korang nak kulit cantik, bersih, tak nampak kusam dan cantik tanpa jerawat senang je sebenarnya. Ini ada beberapa tips bagaimana untuk mendapatkan kulit bersih
1. Minum air putih sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Air adalah agen kulit terbaik!
2. Kurangkan makanan manis seperti dessert, minuman soda, minuman instant 3in1 dan dairy-rich food. Kandungan gula yang tinggi dalam darah adalah antara punca pencetus hormonal acne. Jangan hairan kenapa dah tua pun masih naik jerawat.
3. Apabila ingin membeli kosmetik, pilih yang tertera noncomedogenic atau nonacnegenic.
4. Kerap tukar sarung bantal. Cuba fikir berapa kerap kita tukar sarung bantal kita. Sebulan sekali? Seminggu sekali? Kulit wajah kita melekap pada sarung bantal pada waktu yang lama semasa tidur dan ia adalah antara tempat yang banyak bakteria membiak.
5. Rajin dan disiplin diri buat rutin asas skincare 1-2-3 : 1-cuci, 2-toner, 3-pelembap/sunblock
S**a dengan tips saya?
Follow, Like dan Share Mug (https://m.facebook.com/mugbyshaa)
21/06/2021
Em boleh lah kan pagi nie..?? Makan buah star sahaja. Untuk shaa seorang.
Dah 3 hari pening kepala. Banyak fikir mungkin. Pening yang teramat sangat, tak boleh berjalan kalau tak rasa nak pitam. Letih dan lemah terus telan Pil Panadol dan tidur. Itu je solusi yang ada.
Semalam hanya makan 2 keping roti dan 1 Mug Halia Panas.
Ini cara Shaa bila pening kepala datang.. Anda bagaimana?
Jom kongsi cerita..🥰
Whatsapp:
📲: 017-9736798
Cliquez ici pour réclamer votre Listage Commercial.
Contacter l'entreprise
Site Web
Adresse
LOT 585 GUCHIL 7
Abidjan
18000