Institut Kajian Rantau Teluk - INTEL

Institut Kajian Rantau Teluk - INTEL

Share

27/04/2023

Segmen Dialek Arab Khaliji (GCC) 101 #10

Perkataan 'fee/mafee' lebih pop**ar di kebanyakan negara Arab, namun di Iraq dan Kuwait khususnya, mereka lebih kerap menggunakan istilah 'aku/maku'.

Menurut para pengkaji bahasa, istilah aku atau ako berasal dari bahasa Swahili yang mana para penutur bahasa tersebut suatu ketika dahulu kerap berlayar dan berhijrah kesana atas pelbag*i tujuan.

18/04/2023

Segmen Dialek Arab Khaliji (GCC) 101 #9

Dalam bahasa Arab fusha, bagi perkataan fe'el madhi (past tense) dan fe'el amar (ayat suruhan) untuk kategori jama' mudzakkar salim, jika huruf terakhir dalam wazan fa-'a-la atau if-ta-'a-la atau is-taf-'a-la itu bukan huruf 'illah (alif, wau, ya), kebiasaannya huruf tersebut akan berubah menjadi baris depan. Contoh: katabuu, darasuu, zhahabuu.

Ia hanya kekal menjadi baris atas jika huruf terakhir dalam wazan-wazan tersebut adalah huruf 'illah, atau lebih dikenali sebag*i fe'el naqis. Contoh:

سعى menjadi سعَوْا [sa'au]
دعا menjadi دعَوْا [da'au]

Namun, dalam dialek khaliji, khususnya Kuwait dan Bahrain, perkataan fe'el yang bukan ma'lul huruf akhirnya juga dikekalkan berbaris atas. Contoh:

Katabuu menjadi katabau.
Galuu menjadi galau.

30/03/2023

Segmen Dialek Arab Khaliji (GCC) 101 #6

Dalam bahasa Arab fusha, ada banyak perkataan yang boleh digunakan untuk mengekpresikan makna banyak dari segi kuantiti atau kualiti (yang boleh juga membawa maksud kata penguat seperti sangat, teramat).

Dalam lahjah negara-negara Syam, perkataan yang biasa digunakan adalah kteer (كتير), yang berasal dari katheer (كثير). Huruf tha diubah bunyi menjadi ta'.

Di Mesir p**a, perkataan yang sangat pop**ar adalah awi (قوي). Huruf qaf diubah bunyi menjadi alif/hamzah.

Di Saudi, mereka menggunakan perkataan marrah (مرة).

Adapun di negara-negara timur Semenanjung Tanah Arab dari Kuwait hingga ke UAE, mereka biasa menggunakan perkataan waayid (وايد), yang berasal dari waajid (واجد) yang bermaksud kaya, banyak, melimpah. Seperti dalam episod 1 dulu, huruf jim diubah bunyi kepada ya. Ia benar-benar perkataan bahasa Arab asli, bukan 'corrupted pronunciation of the English word 'wide'.

Ada sebuah hadis yang menggunakan perkataan waajid bagi merujuk kepada seseorang yang berkemampuan dari sudut harta. Sabda Rasulullah s.a.w:

لَىُّ الْوَاجِدِ يُحِلُّ عِرْضَهُ وَعُقُوبَتَهُ

“Penundaan hutang oleh seorang yang mampu membayar hutang menghalalkan dia untuk dikenakan tindakan dari sudut maruah dan hukuman.” (Riwayat Imam Ahmad)

Selamat beramal dan jumpa lagi dalam episod akan datang.

Want your school to be the top-listed School/college in Dubai?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Dubai