JuanJerman.com
02/07/2026
SALJI - NAMPAK COMEL TAPI MENYUSAHKAN
dulu semasa kanak kanak kita selalu dibasuh minda dekat TV melihat betapa syioknya musim salji dalam cerita kartun dan movie kan? Sampaikan hero Hollywood Shah Rukh Khan dan Rani Mukherjee guling-guling atas salji kat Switzerland atau New Zealand.
Hakikat sebenar duduk negara 4-musim? Oh tidakla seromantik itu. Salji masa dia gebu gebas tu memangla comel, boleh kepal kepal dan main baling baling tapi bila die mengeras sebab suhu sekitar sejuk, die beku jadi ais. ni tak kelakar okay? Nak jalan kaki payah, berbasikal apetah lagi. Kereta pun boleh tergelincir kalau jalan tak ditolak dengan jentolak salji. Jalan yang dulunya 3 lane dah jadi satu lane setengah je. Habis jem sana sini trafik.
Pihak berkuasa tempatan pun walaupun dah cuba sebaik mungkin, masih lagi ada bottleneck untuk tolak 'ais' yg membeku atas jalan ni untuk memudahkan orang awam guna jalan. Yerla, bende jadi sekali dua je setahun, so bilangan mesin pun takderla banyak sangat kan? so bila serentak kene ribut salji.. ini la rupenye.
Amerika, oh indahnya (tak)
Juan
Maryland, USA
Click here to claim your Sponsored Listing.