Adlil Rajiah

Adlil Rajiah

Share

05/04/2026

Kali kedua dijemput berceramah di Masjid Sri Sendayan. So dah boleh panggil usazahh ke camane? 😂

InsyaAllah Khamis ni (7 Mei) saya akan berkongsi sikit tentang kekeluargaan, sempena hari ibu.

Siapa free jemput la datang, masuk PERCUMA. Siap ada Mental Health Screening PERCUMA by The Hour Mental Care ! Boleh berbual-bual dengan kaunselor & psychologist THMC.

So datang ajak mak, kakak, nenek, kak leha jiran sebelah, kawan-kawan dalam wasap group. Jangan lupa pakai cantik-cantik. Sebab bila pergi Masjid Sri Sendayan ni terus rasa macam pelancong. Lain macam vibe luar negara hahah.

Kalau tetiba terdengar orang sebelah sembang loghat nogori, buek pokak yo lah, teruskan feeling pelancong dengan selfie stick masing2. 😆

So datang tau khamis ni. Kita raikan diri sesekali dalam majlis begini. Kita mak2 ni jarang penat sebab urus rumah / urus family. Tapi kita penat sebab tak sempat tanya khabar diri sendiri.

Bangun pagi terus kena "function". Mengurus emosi semua orang. Sampai lama2 kita rasa "Mana diri aku yang dulu? Yang positif, yang lembut, yang penyayang. Kenapa aku yang sekarang cepat marah, cepat sentap, cepat penat?"

So please come. Program ni bukan untuk mak2 yang “teruk”, yang "gagal". Tapi untuk mak2 yang masih memilih untuk bertahan, masih memilih untuk show up everyday. No matter how exhausting, walau bertubi-tubi rasa gagal.

I will see you soon ok!

📍 Masjid Sri Sendayan
🗓 Khamis, 7 Mei 2026
⏰ 9.00 pagi – 11.30 pagi
🎟 Terbuka untuk Muslimat
💛 Saringan Kesihatan Mental PERCUMA

Also, boleh tonton LIVE di Facebook:

01/23/2026

Kita pening tengok perangai budak-budak Gen Z & Gen Alpha. Kita rasa generasi kita dulu lagi better. Lebih kental, lebih sopan, lebih beradab, lebih rajin, lebih 'tough'.
Inilah yang dipanggil sebagai Generational Critics. Dan ini bukan benda baru. Ia skrip yang dah diulang-ulang berkurun lama sepanjang sejarah tamadun manusia.
Atok nenek kita dulu pun pernah kena label "lembik", "pemalas", "takde adab" oleh generasi atok nenek diorang.
Dan hari ni kita pulak yang duk bising kata dak-dak Gen Z & Gen Alpha "tak beradab, lembik, mengada".
Kita pulak yang duk kalut "jangan normalisekan jadi kawan kepada anak, nanti diorang pijak kepala".
Konon macam terpaling teruk la Gen Z & Gen Alpha sekarang.
Padahal Socrates (ahli falsafah Greek) yang hidup 400 tahun sebelum masihi pun pernah complain benda yang sama.
Socrates cakap: Generasi muda sekarang s**a bermewah, adab teruk, s**a hina autoriti, tak hormat orang tua, s**a sembang kosong. Mereka jadi 'tyrants' (tuan) di rumah mereka.
Wah bunyi dah macam status acik-acik kat facebook je kan?😆 Padahal Socrates cakap tu dah 2400 tahun dulu.
Ada satu ukiran artifak Mesir Purba (berusia 3000 tahun) yang diterjemah dan bermaksud: Zaman sekarang ni susah. Budak-budak dah tak hormat mak bapak.
Lahhh rupanya budaya kutuk mengutuk generasi muda ni memang dah wujud sejak azali ke macam mana? 😌
Tahun 1911, ada seorang veteran American Civil War ni pernah menulis dalam satu majalah. Kata dia, generasi muda dah hilang nilai patriotisme, takde disiplin, tak kental macam generasi askar dulu-dulu.
"Generasi muda" yang dia maksudkan tu ialah Silent Generation, iaitu atok nenek kepada generasi Baby Boomers. 😆
Nampak tak? Sebijik macam kita kutuk anak remaja hari ni kan? Konon tak kental macam kita dak-dak era 80-90an. Rupanya atok nenek moyang onyang kita pun pernah experience kutukan yang sama hahah.
Sekitar tahun 1950an, ramai parents waktu tu mengalami 'moral panic', sebab terlampau risaukan anak-anak diorang yang mula ada budaya s**a baca komik Superman & Batman.
Dan seorang pakar psikologi masa tu, Fredric Wertham tulis dalam buku dia 'Seduction of the Innocent', mengatakan komik adalah punca utama juvenile delinquency (budak-budak jadi jahat dan ganas bila baca komik). Wohhh!
So parents zaman tu punya 'moral panic' pasal pendedahan komik kat anak-anak diorang, sama la macam kita punya 'moral panic' hari ini pasal pendedahan TikTok, K-Pop, Roblox dan sebagainya.
Interesting kan?
So kenapa kitaran "Generational Critics" ni sentiasa berlaku? Yang pasti, bukanlah sebab generasi baru makin teruk.
Tapi sebab 4 faktor ni:
1. MANUSIA MENGALAMI 'ROSY RETROSPECTION'
Kadang otak kita ni brilliant dalam menipu kita.😌 Bila makin tua, otak secara automatik akan tapis memori. Kita cenderung untuk ingat zaman muda kita dulu sebagai "susah tapi best".
Kita ingat part kita naik basikal pergi sekolah, bawa beg berat, main luar berkaki ayam, panjat pokok, main bendang. Dan kita cenderung untuk “lupa” part-part yang kita malas belajar, lawan cakap mak ayah, tipu cikgu, 'koyak' bila kena usik dgn kawan-kawan.
So kita “anggap” zaman kita dulu best je semuanya.
2. 'KIDS THESE DAYS' EFFECT
Dr. John Protzko kata 'Kids These Days' effect ni adalah satu bentuk memory bias.
Kita kutuk budak-budak sekarang “tak beradab, malas belajar, lembik”, sebab kita LUPA yang kita dulu pun ada je momen tak hormat mak ayah, kutuk cikgu, memberontak, hilang motivasi belajar.
Kita biased sebab kita menilai budak-budak Gen Z & Gen Alpha harini menggunakan perspektif kita yang dah matang / dah dewasa, bukan perspektif kita masa umur sebaya diorang dulu.
Padahal kita dulu pun lebih kurang sama je. Cuma persekitaran membesar berbeza.
3. FENOMENA 'MORAL PANIC'
Ini terma sosiologi yang dipopularkan oleh Stanley Cohen (seorang biochemist yang pernah dapat Noble Prize pada tahun 1986).
Kata dia, setiap generasi tua akan ada satu 'benda baru' yang diorang 'target' sebagai punca kerosakan generasi muda. Antara contoh,
Zaman 1900: Novel dianggap merosakkan anak
Zaman 1950s: Komik & muzik Rock n' Roll dianggap merosakkan
Zaman 1990s: Video games dianggap merosakkan
Dan zaman sekarang: Internet, Media Sosial, Smartphones dianggap merosakkan
Maksudnya bila ada teknologi atau budaya baru yang generasi tua tak faham atau tak boleh kawal, maka instinct pertama mereka ialah melabelkannya sebagai 'ancaman' kepada generasi muda.
4. DEFINISI "SUSAH" BERUBAH-UBAH
Ini paling penting. Kita kata generasi budak-budak hari ni lembik, cepat koyak, ‘naik kepala’ sebab diorang tak pernah kena rotan, tak main lumpur, tak pernah rasa hidup susah macam kita bla bla bla..
Tapi kita lupa bahawa 'toughness' (kekuatan) mereka hari ini diuji dengan cara dan suasana yg berbeza.
Kita dulu mungkin susah secara fizikal. Tapi anak-anak hari ni susah secara mental dan digital.
Kita dulu tak pernah hadap cyberbullying, sensory overstimulated, non-stop dopamine release daripada digital devices.
Kita dulu tak pernah rasa pressure untuk capai hidup 'perfect' macam dalam social media.
Kita dulu tak pernah compare hidup kita dengan 500 orang “kawan” yang kita hanya kenal secara online.
Kita dulu tak pernah dibanjiri dengan maklumat, expectation, dan social pressure se-dahsyat yang budak-budak harini alami.
Again, jangan nilai semua ni ikut perspektif kematangan yang kita ada sekarang. Tapi cuba nilai seolah kita berada pada umur anak-anak hari ni.
'Koyak' mereka hari ni berbeza dengan koyak kita dulu. Dan koyak bukan weakness. Ia cuma tanda seseorang itu sedang struggling and surviving.
Anak-anak hari ini bukan lembik, tapi dunia yang mereka lalui hari ini sangat tidak mudah dan memenatkan.
So sebagai generasi yang lebih matang, kita kena decide, NAK KUTUK KE NAK FAHAM? Next time bila kita rasa nak label Gen Z atau Gen Alpha begitu begini, sabaj*p.
Cuba tanya diri, "Adakah label yang kita bagi ni sohih, atau hanya generational critics yang dibisingkan oleh masyarakat sejak turun temurun?"
"Adakah budak-budak hari ni betul-betul biadap, atau kita yang tak realistik sebab anggap challenges & boundaries zaman sekarang sama macam zaman dulu?"
Gen Z & Gen Alpha tak perfect.
Generasi kita dulu pun tak perfect.
Generasi mak ayah atok nenek moyang onyang kita dulu pun tak perfect.
Betul, kritikan itu perlu untuk 'check and balance'. Tapi kritikan tanpa empati dan kefahaman hanyalah nostalgia yang bising, tak berasas, tak membina, dan sia-sia.
Maka memahami anak-anak Gen Alpha bukan pilihan, tapi kemestian.
Macam mana nak navigate dunia baru mereka, tanpa guna 'map' zaman kita dulu? Macam mana nak bentuk disiplin dan boundaries yang berkesan untuk dak-dak zaman sekarang?
Semua tu dah dibincang dalam Bengkel ‘Raising Gen Alpha’ haritu. Bengkel ni dah tamat, tapi still boleh tonton rakaman videonya (3 jam 20 minit). Boleh tengok bila-bila masa:
https://ezy.la/genalpha
https://ezy.la/genalpha
Satu hari nanti, Gen Alpha pulak yang akan tengok anak-anak diorang, yang mungkin dah guna Neuralink Brain Chip untuk berhubung atau apa-apa teknologi ‘menakutkan’ pada masa akan datang.
Dan Gen Alpha akan cakap, "Haihhh budak-budak sekarang ni pelik betul la. Cepat koyak, pemalas, tak kenal erti susah. Zaman kita dulu main TikTok elok je." 😆
Kitaran ni takkan berhenti.
Yang boleh berubah, ialah kita.
Sama ada kita pilih untuk jadi pengkritik yang pokpekpokpek bising, atau jadi 'bridge' yang memahami dan menghubungkan perbezaan antara generasi.
Salam “generational critics” 😂,
Adlil Rajiah
(Your not-so-average family therapist)

01/04/2026

Bina keluarga dan besarkan anak-anak bukan satu perlumbaan.
Kadang bila skrol media sosial, tengok keluarga lain serba serbi perfect, auto rasa down dan rasa kurang. Padahal hakikatnya setiap keluarga ada battle yang kita tak nampak.
So breathe. Biar slow, biar tak perfect. Asalkan kita hadir dan genuine untuk yang di depan mata. Bukannya sibuk jaga “air muka” dan stres nak capai unrealistic fantasy.
You are doing enough, insyaAllah. 💪
Adlil Rajiah
(Parenting & Family Counselling)

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Elizabeth?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone