Hospital Yan
05/07/2026
🔔 𝐊𝐋𝐈𝐍𝐈𝐊 𝐏𝐀𝐊𝐀𝐑 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐘𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐁𝐀𝐋𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐒𝐄𝐏𝐄𝐑𝐓𝐈 𝐁𝐈𝐀𝐒𝐀
Alhamdulillah, setelah pelaksanaan Ruangan Rawatan Pesakit Sementara bagi mengurus peningkatan kemasukan pesakit ke wad, Klinik Pakar Hospital Yan akan kembali beroperasi seperti biasa pada Isnin, 6 Julai 2026 bagi semua temujanji pesakit yang telah dijadualkan.
Hospital Yan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pesakit, waris serta orang ramai atas kesabaran, kerjasama dan sokongan yang diberikan sepanjang tempoh pelaksanaan langkah sementara tersebut.
Komitmen kami adalah untuk terus memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang selamat, cekap, berkualiti dan berfokuskan pesakit.
Terima kasih atas kepercayaan anda kepada Hospital Yan.
Kesihatan Anda, Keutamaan Kami. 💙
🚭 🚭 𝐑𝐎𝐊𝐎𝐊 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐔𝐍𝐔𝐇 𝐒𝐄𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐃𝐈𝐀𝐌. 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐃𝐈𝐀𝐊𝐀𝐇 𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐄𝐍𝐓𝐈 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐈𝐍𝐈? 🚭
Setiap sedutan rokok bukan sekadar mengeluarkan asap, tetapi turut membawa pelbagai risiko kesihatan yang boleh mengubah kehidupan anda dan insan tersayang.
Merokok meningkatkan risiko:
🫁 Kanser paru-paru, bronkitis dan emfisema
❤️ Penyakit jantung dan strok
⚠️ Pelbagai jenis kanser seperti mulut, tekak dan esofagus
💸 Pembaziran wang yang memberi mudarat kepada kesihatan
✨ Berhenti merokok hari ini untuk masa depan yang lebih baik!
Apabila anda berhenti merokok:
✅ Jantung menjadi lebih sihat
✅ Paru-paru berfungsi dengan lebih baik
✅ Badan lebih cergas dan bertenaga
✅ Kualiti hidup meningkat bersama keluarga tersayang
Pilih kesihatan, bukan rokok.
Setiap langkah untuk berhenti adalah satu pelaburan terbaik demi diri sendiri, keluarga dan masa depan yang lebih sihat.
04/07/2026
🏥 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 | 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐇 𝐏𝐑𝐎𝐀𝐊𝐓𝐈𝐅 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐘𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐏𝐀𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐑𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐒𝐀𝐊𝐈𝐓
Hospital Yan sentiasa komited memastikan setiap pesakit menerima rawatan yang terbaik walaupun berdepan peningkatan mendadak jumlah pesakit yang memerlukan kemasukan ke wad.
📈 Trend Bed Occupancy Rate (BOR):
🔹 1 Julai 2026: 94.29%
🔹 2 Julai 2026: 100.00%
🔹 3 Julai 2026: 114.29%
Sehubungan itu, Hospital Yan telah mengambil langkah proaktif dengan membuka Ruangan Rawatan Pesakit Sementara di Ruangan Klinik Pakar bagi menampung pertambahan pesakit yang memerlukan kemasukan ke wad. Inisiatif ini dilaksanakan bagi memastikan kesinambungan rawatan dapat diteruskan dengan selamat, teratur dan berkesan sementara menunggu kekosongan katil wad.
Langkah ini bertujuan untuk:
✅ Mengurangkan kesesakan di Unit Kecemasan dan Trauma.
✅ Mempercepatkan proses penempatan pesakit ke wad.
✅ Mengoptimumkan penggunaan kapasiti hospital.
✅ Memastikan kualiti serta keselamatan perkhidmatan kepada pesakit terus terpelihara.
Hospital Yan turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga kerja hospital atas komitmen, dedikasi dan semangat berpasukan dalam menghadapi situasi ini. Terima kasih juga kepada para pesakit dan waris atas kesabaran serta kerjasama yang diberikan.
Kesihatan Anda, Keutamaan Kami.
03/07/2026
📢 𝗧𝗔𝗦𝗞 𝗙𝗢𝗥𝗖𝗘 𝗣𝗘𝗠𝗨𝗧𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗔𝗦𝗘𝗧 𝗛𝗢𝗦𝗣𝗜𝗧𝗔𝗟 𝗬𝗔𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲 📢
"𝑷𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝒂𝒔𝒆𝒕 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒕𝒆𝒍𝒖𝒔 𝒅𝒂𝒏 𝒆𝒇𝒊𝒔𝒊𝒆𝒏 𝒂𝒅𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒄𝒆𝒓𝒎𝒊𝒏𝒂𝒏 𝒌𝒆𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒌𝒖𝒂𝒍𝒊𝒕𝒊 𝒑𝒆𝒓𝒌𝒉𝒊𝒅𝒎𝒂𝒕𝒂𝒏 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒌𝒊𝒕𝒂 𝒃𝒆𝒓𝒊𝒌𝒂𝒏 𝒌𝒆𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒓𝒂𝒌𝒚𝒂𝒕. 𝑴𝒆𝒍𝒂𝒍𝒖𝒊 𝒑𝒆𝒍𝒂𝒌𝒔𝒂𝒏𝒂𝒂𝒏 𝑻𝒂𝒔𝒌 𝑭𝒐𝒓𝒄𝒆 𝑷𝒆𝒎𝒖𝒕𝒊𝒉𝒂𝒏 𝑨𝒔𝒆𝒕 2026 𝒊𝒏𝒊, 𝒔𝒂𝒚𝒂 𝒎𝒆𝒏𝒚𝒆𝒓𝒖 𝒔𝒆𝒍𝒖𝒓𝒖𝒉 𝒘𝒂𝒓𝒈𝒂 𝒌𝒆𝒓𝒋𝒂 𝑯𝒐𝒔𝒑𝒊𝒕𝒂𝒍 𝒀𝒂𝒏 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒌 𝒎𝒆𝒎𝒃𝒆𝒓𝒊𝒌𝒂𝒏 𝒌𝒆𝒓𝒋𝒂𝒔𝒂𝒎𝒂 𝒑𝒂𝒅𝒖 𝒅𝒂𝒍𝒂𝒎 𝒎𝒆𝒎𝒂𝒔𝒕𝒊𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒕𝒊𝒂𝒑 𝒓𝒆𝒌𝒐𝒅 𝒅𝒂𝒏 𝒊𝒏𝒗𝒆𝒏𝒕𝒐𝒓𝒊 𝒌𝒊𝒕𝒂 𝒃𝒆𝒓𝒂𝒅𝒂 𝒅𝒂𝒍𝒂𝒎 𝒌𝒆𝒂𝒅𝒂𝒂𝒏 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒕𝒆𝒑𝒂𝒕, 𝒌𝒆𝒎𝒂𝒔, 𝒅𝒂𝒏 𝒕𝒆𝒓𝒂𝒕𝒖𝒓. 𝑰𝒏𝒕𝒆𝒈𝒓𝒊𝒕𝒊 𝒅𝒂𝒍𝒂𝒎 𝒑𝒆𝒏𝒈𝒖𝒓𝒖𝒔𝒂𝒏 𝒂𝒔𝒆𝒕 𝒃𝒖𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒌𝒂𝒅𝒂𝒓 𝒕𝒖𝒈𝒂𝒔𝒂𝒏, 𝒕𝒆𝒕𝒂𝒑𝒊 𝒕𝒂𝒏𝒈𝒈𝒖𝒏𝒈𝒋𝒂𝒘𝒂𝒃 𝒌𝒊𝒕𝒂 𝒌𝒆𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒏𝒆𝒈𝒂𝒓𝒂."
— 𝑫𝒓. 𝑻𝒆𝒏𝒈𝒌𝒖 𝑵𝒖𝒓𝒔𝒉𝒂𝒉𝒓𝒊𝒍 𝒃𝒊𝒏 𝑻𝒆𝒏𝒈𝒌𝒖 𝑲𝒆𝒄𝒉𝒊𝒍.
𝑷𝒆𝒏𝒈𝒂𝒓𝒂𝒉 𝑯𝒐𝒔𝒑𝒊𝒕𝒂𝒍 𝒀𝒂𝒏
Selesai sudah Taklimat Pelaksanaan Pemutihan Aset! ✅
Alhamdulillah, sesi taklimat telah pun berlangsung dengan jayanya. Fokus kita kini bukan lagi sekadar pada perancangan, tetapi kepada pelaksanaan di lapangan.
Mesej daripada Pengarah Hospital jelas, kita perlu bergerak sebagai satu pasukan yang mendukung prinsip Integriti, Akauntabiliti, Telus, dan Efisien dalam setiap urusan aset.
Apa yang perlu diberi perhatian selepas taklimat ini?
🛒🗄 Penyelarasan Inventori:
Setiap jabatan diminta untuk mula membuat semakan rapi bagi memastikan semua aset berada di lokasi yang betul dan direkodkan dengan kemas.
🔎📋 Audit Dalaman:
Proses audit akan dijalankan secara berperingkat; jadi, pastikan semua dokumentasi aset anda lengkap dan mudah diakses.
✍️🤝 Budaya Kerja Berintegriti:
Ingat, aset kerajaan adalah amanah. Memastikan aset ini dijaga dengan baik bermakna kita membantu melancarkan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada pesakit kita.
📌 Info Penting:
Pelaksanaan ini adalah bagi tahun 2026 dan melibatkan semua aset yang berada di bawah seliaan Hospital Yan. Sekiranya terdapat kekeliruan atau keperluan bantuan teknikal, sila berhubung terus dengan Unit Pengurusan Aset Hospital Yan.
Terima kasih kepada semua warga kerja yang telah hadir dalam sesi taklimat tadi. Mari kita buktikan bahawa Hospital Yan mampu menjadi penanda aras bagi pengurusan aset yang cemerlang! 💪🏥✨
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Telephone
Website
Address
Yan
06900