Asmuni Awi
24/06/2026
SUMBANGAN PENDIDIKAN UNTUK ANAK-ANAK DUN MANJOI
Bagi saya, pendidikan anak-anak memang sentiasa dekat di hati. Sebab itu, apa sahaja yang mampu kita bantu, kita akan usahakan. Apa yang kita boleh bantu hari ini, insyaAllah akan jadi bekalan untuk masa depan anak-anak kita.
Sebab itu saya sentiasa cuba beri perhatian kepada keperluan sekolah dan juga anak-anak yang melanjutkan pelajaran. Hari ini, saya sempat menyampaikan sumbangan pendidikan kepada 23 orang anak DUN Manjoi yang berjaya menyambung pengajian ke IPTA dan IPTS.
Saya tak pesan banyak. Belajar elok-elok, jaga diri bila berjauhan dengan keluarga, jangan tinggal solat dan sentiasa ingat ibu bapa yang banyak berkorban untuk melihat anak-anak berjaya.
Yang dah mendaftar awal, ibu bapa hadir mewakili menerima sumbangan.
Semoga sedikit sumbangan ini dapat membantu permulaan perjalanan mereka di kampus. Saya doakan semoga semua anak-anak DUN Manjoi dipermudahkan urusan, berjaya dalam pengajian dan suatu hari nanti pulang membawa ilmu untuk berbakti kepada keluarga, masyarakat dan negara.
Kongsi Cerita: Dari Majistret, timbalan pendakwa raya, peguam dan pemimpin masyarakat
Telephone
Website
Opening Hours
| Monday | 10:00 - 16:30 |
| Tuesday | 10:00 - 16:30 |
| Wednesday | 10:00 - 16:30 |
| Thursday | 10:00 - 16:30 |
| Friday | 10:00 - 12:30 |