Izham Hashim

Izham Hashim

Share

Photos from Izham Hashim's post 22/06/2026

Selepas selesai Sidang Khas Dewan Negeri Selangor sesi pagi, saya mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Program MAHA 2026 bersama UPEN, jabatan dan agensi pertanian negeri Selangor.

MAHA 2026 yang akan berlangsung pada Ogos ini bakal menjadi platform penting untuk mempamerkan potensi sektor pertanian dan agromakanan negeri, di samping membuka peluang kepada usahawan, petani serta pemain industri untuk memperluaskan jaringan perniagaan dan memperkenalkan inovasi dalam bidang pertanian.

Semoga segala perancangan dan persiapan yang dirangka dapat dilaksanakan dengan sebaiknya demi memastikan penganjuran MAHA 2026 mencapai objektif yang disasarkan dan memberi manfaat kepada seluruh rakyat Selangor

Photos from Amirudin Shari's post 20/06/2026
17/06/2026

Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H kepada seluruh warga Selangor, khususnya warga DUN Pandan Indah.

Sempena tahun baharu hijrah ini, marilah kita bersama-sama berhijrah ke arah kebaikan dengan memperbaharui tekad, memperkukuhkan keimanan serta mempererat ukhuwah sesama insan.

Hijrah bukan sekadar perubahan waktu dan tahun, tetapi juga satu perjalanan untuk menjadi hamba yang lebih baik, masyarakat yang lebih prihatin dan negeri yang lebih maju serta sejahtera.

Semoga kehadiran 1 Muharram 1448H menjadi titik permulaan yang penuh keberkatan buat kita semua untuk terus menabur bakti, menyemai perpaduan dan memperkukuhkan semangat kebersamaan demi membina Selangor yang rahmah dan sejahtera.

Photos from Izham Hashim's post 15/06/2026

Alhamdulillah, hari ini Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 1 telah dilancarkan secara rasmi.

Sebanyak RM140 juta diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh program utama yang disusun untuk membantu meringankan kos sara hidup, memperkukuh keterjaminan bekalan makanan serta meningkatkan daya tahan ekonomi negeri.

Dibawah portfolio pertanian telah menerima peruntukkan sebanyak RM75 juta iaitu RM50 juta untuk Gudang Makanan Selangor dan RM25 juta untuk Bantuan Sokongan Sektor Pertanian.

Peruntukan ini akan dimanfaatkan bagi memperkukuh rantaian bekalan makanan negeri, meningkatkan kapasiti penyimpanan dan pengedaran bekalan makanan serta menyediakan bantuan dan insentif kepada para petani, penternak dan usahawan agro agar mereka terus berdaya saing dalam mendepani cabaran ekonomi semasa.

Saya yakin usaha ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri untuk memastikan agenda sekuriti makanan terus diperkasa dan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.

Semoga setiap inisiatif yang dilaksanakan menerusi Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 1 ini memberi manfaat yang menyeluruh kepada rakyat, seterusnya menjadikan Selangor sebuah negeri yang lebih berdaya tahan, makmur dan sejahtera untuk semua.

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Shah Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address


Shah Alam