The Mahabbah
02/02/2026
Amalan Malam Nisfu Syaaban
Malam ke 15 Syaaban
Semoga Allah mudahkan kita untuk menghidupkan Malam Nishfu Sya'ban dalam keadaan apapun🤲🏻
Sumber :Shofa arrabithah
18/01/2026
Takdir yang dipelajari.
Innalillah hiwainna ilaihirojiun.
Sejak kehilangan pelakon Nadiah Kesumawati di Lapangan Terbang Jeddah beberapa hari yang lalu, saya mengikuti perkembangan berita tersebut agak rapat.
Beliau bersama kump**an kecil seramai 21 orang dalam perjalanan ke London, Paris dan umrah. Beliau bersendirian dalam kump**an tersebut kerana tidak mengenali sesiapa pun.
Ketika transit di lapangan terbang itu, pihak agensi travel memberikan sedikit taklimat sebelum masing-masing diberikan masa untuk aktiviti bebas. Semua peserta diminta berkumpul semula pada masa yang telah ditetapkan.
Itulah kali terakhir Nadiah Kesumawati dilihat. Selepas itu beliau tidak muncul lagi.
Pihak agensi travel mencari dan pengumuman suara dibuat tiga kali di lapangan terbang itu tetapi Nadiah tetap hilang dan penerbangan ke London terpaksa diteruskan tanpa dirinya.
Usaha mencari Nadiah diteruskan oleh famili dan pihak agensi. Pelbagai spekulasi juga mula timbul.
Insan berhati mulia sarat dengan doa.
Insan berhati kuman mula menuduh.
Apatah lagi selepas ada kenyataan media mengeluarkan kenyataan Nadiah Kesumawati disahkan sudah meninggalkan airport itu.
Maka semakin rancak spekulasi yang bertebaran.
Bagasi tangan yang ditemui dan telefon bimbit yang dikesan masih berada di lapangan terbang itu menjadi tanda tanya.
Jika beliau sudah meniggalkan tempat itu mengapa beg dan telefon bimbit ditinggalkan?
Realitinya ketika semua pihak sibuk mencari keberadaannya bersama kemungkinan demi kemungkinan, rupa-rupanya beliau telah rebah di airport itu lalu dikejarkan ke hospital oleh orang awam dan meninggal dunia pada hari yang sama.
Allahuakbar!
Sedih dan pilu.
Bayangkan saat rebah, tidak ada sesiapa orang yang mengenalinya berada hampir dengan arwah.
Beliau benar-benar sendiri. Beliau berkemungkinan jatuh dan tidak sedarkan diri di tengah-tengah kelompok yang asing.
Rakan-rakan jemaah yang 20 orang lagi mungkin belum ada yang rapat. Maka ada atau tidak dirinya tidak ada sesiapa yang peduli. Malah mungkin ketika aktiviti bebas, arwah hanya menapak sendiri tanpa berteman.
Semuanya sudah takdir.
Perginya mudah, di bumi berkat, dalam bulan yang mulia bersama reda suami yang amat tinggi nilainya di sisi Tuhan.
Namun kita kutiplah sedikit ibrah daripada apa yang terjadi.
Sekiranya ada orang baru yang tidak dikenali masuk ke dalam kump**an kita dan kelihatan dia seperti keseorangan, maka cepat-cepatlah menjadikan dirinya kawan kita.
Sekiranya kita p**a yang keseorangan maka cepat-cepatlah mencari teman yang boleh bergerak seiring. Jika ke tandas sekurang-kurangnya ada yang menanti di luar.
Namun jika kita benar-benar sendiri, pastikan pengenalan diri sentiasa melekat di tubuh.
Yang terbaik, elakkan bermusafir sendirian kerana itu yang agama sarankan.
Kepada pihak agensi travel, jika tetamu anda mendaftarkan diri bersendirian maka berikan lebih perhatian kepadanya.
Semoga arwah Nadiah Kesumawati diampunkan semua dosa dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan diredai.
Buat keluarga arwah, semoga kalian diberikan kesabaran yang bukan sedikit atas ujian yang berat ini.
Al-Fatihah.
16/01/2026
Insha Allah Malam ini Malam 27 Rejab 1447H Israk Mikraj...
Antara Amalan² yang boleh dibuat.
Kredit Tt zakiahhijab
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 18:00 |
| Tuesday | 09:00 - 18:00 |
| Wednesday | 09:00 - 18:00 |
| Thursday | 09:00 - 18:00 |
| Friday | 09:00 - 18:00 |
| Saturday | 09:00 - 13:00 |