Bersatu Merah

Bersatu Merah

Share

03/05/2024

BILA ANWAR HENDAK AMBIL TINDAKAN TERHADAP BLOOMBERG?

Beberapa hari telah berlalu sejak penyiaran berita mengenai rancangan pembinaan kasino di Forest City oleh portal berita Bloomberg . Portal itu menyatakan telah ada perjumpaan antara wakil Perdana Menteri dan wakil YDPA dalam pertemuan tersebut .

Tetapi berita ini di nyatakan sebagai palsu oleh Anwar Ibrahim dan di nafikan dengan sekeras-kerasnya .Tetapi sehingga saat ini hanya Vincent Tan dari Berjaya Group yang membuat lapuran Polis mengenai penyiaran berita yang di anggap fitnah ini .

KEMANA ANWAR DAN PENYOKONG KERAJAAN ?

Apa yang menghairankan ialah ke manakah perginya penyokong kerajaan dalam isu ini ? Mengapa mereka tidak membuat lapuran Polis secara beramai-ramai iatu sepertimana yang mereka selalu lakukan sebelum ini? Padahal isu ini melibatkan fitnah besar terhadap negara dan Yang Di Pertuan Agong . Kesemua wartawan Bloomberg yang terlibat beserta semua portal yang mengulang siar berita fitnah ini masih boleh bergoyang kaki senang lenang tidur di rumah tanpa di sentuh hingga ke saat ini ?

Tetapi yang telah di seret ke mahkamah cuma seorang aktivis politik dari pembangkang iatu Che Gu Bard . Beliau cuma mengulang siar apa yang telah di nyatakan oleh portal Bloomberg di dalam beritanya . Jika ulang siar ini di anggap suatu jenayah di bawah Akta Hasutan, mengapa wartawan dari beberapa portal yang mengulang siar berita ini masih bebas dan bersenang lenang tanpa di seret ke mahkamah ?

Mengapa ?

Malah portal utama yang menjadi sumber berita fitnah ini iatu Bloomberg hingga ke saat ini masih langsung tidak di sentuh ? Di khabarkan hanya pada Isnin depan wakil dari portal tersebut akan di panggil untuk memberi keterangan akibat dari lapuran Polis oleh Vincent Tan . Tetapi dalam kes Che Gu Bard kecepatan nya seperti kilat menyambar . Hari ini siar dan sepantas kilat terus di tahan reman . Seterusnya sepantas kilat terus di dakwa di mahkamah?

PORTAL YANG MENGULANG SIAR BERITA BLOOMBERG

Berikut adalah portal yang telah membuat ulang siar

1. Straits Times Singapura
2. The Edge Singapura

Maklumat yang di terima menyatakan pejabat Bloomberg di Malaysia terletak di KLCC . Tiga orang wartawannya telah terbabit dalam menulis lapuran untuk Bloomberg iatu Niki Koswanage , Chanyaporn Chanjaroen dan Ram Anand. Mereka di bantu oleh lima lagi wartawan dari Bloomberg iatu Shirley Zhao, Anders Melin, Netty Idayu Ismail, Kok Leong Chan dan Joy Lee.

Ram Anand , Anders Melin , Netty Idayu Ismail dan Kok Leong Chan di percayai berpengkalan di pejabat Bloomberg di Malaysia . Dua wartawan p**a terbabit dalam menulis lapuran untuk The Straits Times iatu Zunaira Saieed dan Shannon Teoh. Kedua -dua mereka di percayai berpengkalan di Pejabat SPH Media di Malaysia .

TAKUT ATAU PSIKOPAT ?

Persoalan yang bermain di fikiran rakyat ialah mengapa Anwar Ibrahim masih belum bertindak ke atas wartawan Bloomberg yang berada di Malaysia dan juga wartawan Straits Times di Pejabat SPH media . Begitu juga dengan The Edge Singapura . Apakah kerajaan ada dua piawaian berbeza di sini ? Piawaian yang pertama untuk media luarnegara dan piawaian kedua untuk rakyat yang menjadi pembangkang ?

Adakah Anwar takut untuk bertindak ke atas media yang berpusat di Amerika Syarikat dan Singapura ? Tetapi memiliki semangat yang berapi-api ke atas rakyat sendiri ? Adakah Anwar jaguh kandang ? Tidak seperti bekas bos nya Tun Mahathir yang sedikitpun tidak gentar dengan negara kuasa besar termasuk Britain dan Amerika . Ketakutan Anwar terhadap kuasa besar luarnegara tidak ubah seperti ketakutannya terhadap DAP .

Apabila tokoh Perikatan Nasional menyentuh mengenai perjuangan agama dan bangsa , dengan cepat beliau mendakwa konon pembangkang memainkan isu 3R . Tetapi apabila muncul pemimpin DAP yang bermulut celupar cuba mencampuri hal ehwal umat Islam di negara ini , Anwar hanya diam menikus .

Namun begitu bagi pembaca yang ingin mengetahui secara keseluruhan masalah kerajaan di bawah Anwar , boleh baca artikel saya mengenai Dark Triad dan manusia bersifat psikopat di Page www.facebook.com/bersatured. Artikel ini menjelaskan fakta berunsur kerohanian mengenai masalah kepimpinan negara pada hari ini . Anda akan sedar negara pada hari ini sedang di uruskan oleh sebuah kerajaan sakit .

MENUTUP MULUT WAKIL KEPADA SUARA RAKYAT ADALAH SUATU ' BIG BLUNDER '

Sebenarnya Anwar harus berterimakasih kepada aktivis politik yang tidak pernah jemu membawakan suara rakyat yang sedang menderita ke pentas umum . Anwar harus berterimakasih kepada Che Gu Bard , Bozz J***t , Azri , Salim Iskandar , dan rakan-rakan sejawat mereka di saluran Youtube Yb Viral. Anwar mungkin telah lupa apa akibatnya apabila suara rakyat cuba di sekat secara ekstrem.

Anwar langsung tidak mengambil iktibar dari Perhimpunan raksaksa pelajar di Dataran Tiannanmen China pada tahun 1989 dahulu . Sebagai sebuah negara komunis , China tidak mengamalkan kebebasan bersuara . Russia juga hampir menerima nasib yang sama . Hanya apabila Presiden Mikhail Gorbachev mengadakan pembaharuan pada tahun 80an, barulah wujud sedikit kebebasan di negara tersebut .

TETAPI APA YANG BERLAKU DI MALAYSIA HARI INI ?

Ketika di mahkamah , pihak Pendakwa mohon agar Che Gu Bard dan Azri di sekat untuk bersuara . Mujurlah mahkamah menolak permohonan ini . Begitulah akibatnya apabila di perintah oleh sebuah kerajaan yang bersifat psikopat . Kerajaan yang di penuhi dengan para penasihat bebal . Jika seandainya tiada lagi aktivis politik yang boleh bersuara , apa akan terjadi kepada suara rakyat bawahan ?

Ahli Parlimen dan wakil rasmi rakyat tidak akan mahu turun padang menjadi whistle blower pembawa suara rakyat . Mereka cukup segan untuk bertegur sapa dengan pijat dan lipas di dalam lokap. Jika ini berlaku ibarat sebuah empangan yang menahan air yang tidak boleh di lepaskan bagi mengurangkan tekanan. Akhirnya empangan akan pecah dan hancur.

Inikah yang Anwar Ibrahim mahukan berlaku kepada negara ini?

- Rayyan Adam-
4 Mei 2024

Want your business to be the top-listed Media Company in Shah Alam?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address

Shah Alam