ST Burger

ST Burger

Share

10/10/2025

Kalau kedai kita setakat brew 200 gram je sehari tak payahlah acah-acah nak tampal poster “no Matcha”. Ada banyak cara untuk buktikan kedai kita real jual kopi.

Sekali orang tanya kedai ada jual coklat tak, ada jual teh tak, pandai pulak kau kesipuan nak sebut “ada.”

Kenapa tak tampal “no Chocolate” sekali sebelum ni? Kenapa baru sekarang nak folo sentimen anti-Matcha?

Orang sembang idealis dalam meniaga biasa ada tiga je:

Pertama, dia ada talian hayat. Pak dia boleh support, atau dia ada kerja lain.

Kedua, dia memang ada strong punya tribe, dia extract tak timbang pun fans dia kata kopi dia best. Silap-silap dia kentut pun ribu-ribu fans kata best.

Ketiga, jenis bodo. Terikut-ikut. Bukan nak studi market & audien setempat nak apa.

Kau bukan dalam tiga-tiga jenis itu, kau upsell je signature menu kopi tu betul-betul. Bagi keyakinan yang kopi kau lagi layak dari menu lain.

Kalau kastemer bawak bini nak minum matcha, anak dia nak coklat, kau anggap je bonus buat bayar bil. Buat cross-sale sebanyak yang boleh untuk tampung 200 gram kopi sehari misalnya. Cross-sale produk berkaitan adalah bantuan terbesar bila kau di fasa struggle & pre-sustain.

Tak perlulah buat statement sabotaj kedai sendiri. Maaf ayat tegas sikit, ini peringatan kepada semua rakan-rakan agar tak gali lubang sendiri dalam hyper-competition sekarang, kerana company francais besar tak folo sentimen yang merugikan.

Support sesama lokal, dengan cara lokal.

19/08/2025

Masa adalah keuntungan semasa yang kita gunakan setiap hari tanpa kita tahu berapakah bakinya. Maka gunakanlah dengan bijaksana.

Telephone

Website

Opening Hours

Monday 17:00 - 22:00
Tuesday 17:00 - 22:00
Wednesday 17:00 - 22:00
Thursday 17:00 - 22:00
Friday 17:00 - 22:00
Saturday 17:00 - 22:00