MR. AYAM Penyet

MR. AYAM Penyet

Share

08/07/2025

Sesungguhnya rezeki kita telah ditentukan oleh Allah.

Dalam berniaga ni memang kita kita perlu percaya bahawasanya tiada yang pasti.

Ada masanya kedai kita ramai orang, ada masanya sunyi sepi. Ada masa panas, ada masanya hujan ribut.

Walau apa pun keadaan kita perlu terus istiqomah dan berusaha mencari jalan supaya kedai kita dapat terus bertahan walau apa jua rintangan mendatang.

Susana petang semalam di MR. AYAM Penyet (Pasir Putih), hujan dan angin yang kuat.

Itu cerita semalam, cerita hari ni kami buka macam biasa mula jam 11 pagi hingga 6 petang. Jumaat cuti.

Nak makan boleh dan nak bungkus pun boleh. Nak order dengan foodpanda, grabfood dan misi pun boleh.

Untuk tempahan boleh hubungi 013-956 6628 /017-9142274.

Photos from MR. AYAM Penyet's post 03/07/2025

Nasi lauk sotong banyak macam ni Rm15 ada orang kata mahal.

Saya rasa setakat ni di MR. AYAM Penyet harga untuk nasi sotong cryspy ni paling berbaloi dari tempat lain.

Saya pernah pergi ke beberapa tempat lain untuk sepinggan yang macam ni harganya tidak kurang rm25.

Setakat ni alhamdulillah boleh dikatakan menu ni juga merupakan menu yang sangat laris di kedai kami.Dia ada rasa dan keunikannya tersendiri.

Yang belum cuba boleh la datang cuba di kedai kami. Mana tahu kena dengan selera anda juga.

Kami buka mula jam 11 pagi hingga 6 petang. Jumaat cuti.

02/07/2025

Satu hari ada seorang pak cik datang ke kedai MR. AYAM Penyet (Pasir Putih).

Dia belum pernah cuba makanan di kedai kami. Hari tu dia order nasi ayam penyet crispy biasa sambal pedas berapi.

Saya perhatikan dia dari jauh macam tak berapa selera nak makan.

Dalam hati saya tertanya-tanya ada masalahkah dengan makanan dia

Sebab sekejap dia makan dia tengok ke kaunter macam ada sesuatu yang tak kena.

Dah selesai dia makan saya bertanyakan padanya nampak macam tak selera makan je pak cik?

Dia bagitau sebenarnya dah banyak hari dia tak ada selera nak makan nasi, kurang sihat katanya.

Dia bagitau lagi, dia datang kedai kami ni pun ada orang bagitau dia supaya datang cuba makan di kedai kami kot terbuka seleranya.

Tapi dia makan nasi tetap juga tak habis. Separuh je dia makan. Dalam hati tak kena selera dia lah kot. Tak apalah kami sudah cuba buat yang terbaik .

Keesokan harinya masa kami sedang kemas nak tutup kedai tiba-tiba pak cik tu datang lagi. Dia tanya boleh order lagi ke? Kami bagitau boleh lagi tapi untuk bungkus sahaja

Dia order nasi ikan keli crispy sambal pedas berapi p**a. Dah siap kami pun bagi padanya dan dia balik dengan muka yang gembira.

Maka bermula hari itu sampai sekarang boleh dikatakan setiap hari dia akan datang singgah sambil balik dari kerja untuk bungkus nasi ikan keli cryspy sambal pedas berapi.

Alhamdulillah selera makannya sudah ada semula dan hati saya berasa lega kerana makanan kami dapat buat selera makan pak cik tu pulih semula.🤗

Nak makan nasi ayam penyet dan pelbagai pilihan menu lain lagi boleh la datang ke kedai kami.

Buka bermula jam 11 pagi hingga 6 petang.
Jumaat Cuti.

Culinary Team

Attire

Telephone

Website