Combi- Felda Ulu Tebrau

Combi- Felda Ulu Tebrau

Share

Photos from Combi- Felda Ulu Tebrau's post 24/06/2026

22/6/2026
Kami telah di maklumkan oleh pihak KKM terdapat 1 lagi kes denggi di Peringkat A,Jln Anggerik ,menjadikan 3 kes setakat ini.

Kami telah membuat tinjauan di kawasan sekitar rumah mangsa denggi, Keadaan rumah mangsa bersih dan tidak ada pembiakan jentik2.

Pemasalahan yg kami temui adalah didapati rumah jiran2 yg berhampiran lah yg menjadi tempat pembiakan jentik2.

Kami telah menaburkan ubat jentik2,spry dikawasan pembiakan,memberikan penerangan berkaitan bahaya denggi.

Perbincangan bersama ketua Peringkat A telah diadakan,1 gotong royong pembersihan kawasan terlibat akan diadakan dengan kadar segera demi membenteras denggi di sekitar kampung.

kebersihan dan kesihatan masyarakat.

Photos from Combi- Felda Ulu Tebrau's post 07/09/2025

Khidmat Nasihat tentang pemakanan sihat,cara mengatasi stress,pengambilan ubat yg betul ,senaman yg bersesuaian untuk pesakit pesakit kronik.
Semoga segala ilmu yg diberikan menjadi satu pelajaran yg bermanfaat untuk mereka.
Terima kasih Combi & KKM.

07/09/2025

FELDA Ulu Tebrau bebas Denggi..😌

Photos from Combi- Felda Ulu Tebrau's post 07/09/2025

8/9/2025
Gotong-royong & Santunan Kasih Combi FUT di dataran Niaga FELDA.
Hujan lebat pagi ini ,menyebabkan gotong royong membersihkan kawasan terpaksa di tunda pada minggu berikutnya.
Program kami teruskan dgn sesi taklimat dari Encik Zahrin
Pengerusi Combimychampion daerah Johor Baharu dan Pegawai Kesihatan,berkenaan denggi, punca pembiakan dan peranan komuniti .

Program kali ini ,Combi FUT menerima kehadiran istimewa dari 2 org mahasiswi dari Universitas Darul Ulum Gombang ,Jakarta bidang kejururawatan.
Dalam mempelajari Service Learning di Malaysia mereka kami bawa untuk berbagai aktiviti contohnya ,Santunan Kasih Combi yg memilih 10 orang individu pesakit kronik dan juga asnaf.

Terima kasih kepada semua yg terlibat dalam Program Kali ini ,Ketua Kampung,Ketua Peneroka,Tuan Pengurus,Pengerusi GPW, Pengerusi Combi FUT,Ajk dan warga setempat.

Semoga program2 sebegini dapat diteruskan dari masa ke semasa.

12/05/2024

Ucapan dan taklimat dari Encik Zarin dan Tuan Pengurus Encik Borhanuddin bin Sulaiman,juga ucapan alu aluan dari Ketua Peneroka Encik Nordin Akasha.

Photos from Combi- Felda Ulu Tebrau's post 12/05/2024

12 Mei 2024

Hari ini kami berprogram di blok 4 peringkat 3, 1 kes denggi di laporkan baru2 ini. Pesakit telah pulih sepenuhnya.

Susulan dari itu kami mengadakan sekali lagi gotong royong di blok 4,peringkat 3.

Kami sangat berbesar hati kerana Tuan Zahrin bin Saniman, Pengerusi Mychampion N.Johor) sama2 hadir memberi taklimat denggi,terima kasih juga kepada Tuan Pengurus Felda Ulu Tebrau,Encik Borhanudin bin Sulaiman,Cik Diyana bte Yussof ,SDA Felda Ulu Tebrau..juga Ketua Peneroka Encik Nordin Bin Akasha sudi hadir memberi sokongan kepada kami.

Terima kasih juga ahli blok ,ajk combi FUT..yg turut sama menjayakan program pada pagi ini.

01/01/2024

Alangkah bahayanya ....

Photos from Combi- Felda Ulu Tebrau's post 01/01/2024

Siapa sangka...tak terfikir pun kita...keduanya boleh jadi tempat pembiakan aedes..

Photos from Combi- Felda Ulu Tebrau's post 01/01/2024

31/12/2023

Gotong royong Combi bentras denggi di peringkat 3,blok 7 dan peringkat 6 ,blok 5.

Sekali lagi Unit Promosi dari KKM turun padang diwakil oleh Encik Mohd Noor,Encik Jupri dan Encik Heldy Rozanno memberi taklimat tentang denggi dan pembasmian.

Kami menyusuri sepanjang jln Kasturi yg di penuhi pohon2 teduh dan ada kawasan berpaya juga.

5 buah rumah didapati ada pembiakan jentik2 .
Khidmat nasihat dan amaran telahpun diberikan kepada mereka.

Tunjuk cara pembuatan perangkap nyamuk juga telah diajar kepada ahli blok.

Semoga ilmu yg diberi dapat di manfaatkan oleh mereka.

26/12/2023

Encik Mohd Hasni menujukan cara2 membuat perangkap nyamuk kepada perserta terkecil gotong royong kami..inilah yg perlu dipupuk didalam minda anak2 kita..betapa pentingnya persekitaran yg bersih untuk membentuk generasi yg sihat.

Telephone

Opening Hours

Monday 07:00 - 19:00
Tuesday 07:00 - 19:00
Wednesday 07:00 - 19:00
Thursday 07:00 - 19:00
Friday 07:00 - 19:00
Saturday 07:00 - 19:00
Sunday 07:00 - 19:00