Aerna Collection

Aerna Collection

Share

02/06/2026

Kemalangan di Simpang Renggam.
Ini Yang Perlu Anda Tahu

- Dua beradik yang juga anak kepada tauke judi di Simpang Renggam berlumba haram
- Abang berusia 22 tahun memandu BMW 530e
- Adik berusia 19 tahun memandu Mercedes Benz A250
- Kereta si abang masuk ke laluan bertentangan dan merempuh Perodua Alza, Toyota Vios, Proton Wira dan sebuah lagi Mercedes Benz.
- 4 individu dalam Toyota Vios maut di tempat kejadian iaitu Mohd Aiman Mohd Rashid, 36, Nor Azlina Abd Latif, 33, Semek Mat Soh,75, dan Nur Airish Syifa Sidek, 10.
- Pemandu BMW 530e meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital
- Polis telah menahan Mercedes Benz A250 untuk siasatan.

02/06/2026

Seorang Remaja Lelaki Berusia 19 Tahun Ditahan Reman Selama Dua Hari Bermula Hari Ini Bagi Membantu Siasatan Berhubung Kemalangan Maut Yang Mengorbankan Lima Nyawa,Termasuk Empat Sekeluarga Di Jalan Renggam-Simpang Renggam, Semalam.

Suspek Yang Juga Pemandu Kereta Jenis Mercedes-Benz A250,Tiba Di Pekarangan Mahkamah Kira-kira 10.20 Pagi Dengan Diiringi Pegawai Polis.

01/06/2026

BAPA DIPENJARA 21 TAHUN DAN 24 SEBATAN KERANA PENDERAAN SEKSUAL TERMASUK ROGOL DAN LIWAT TERHADAP ANAK PEREMPUAN 6 TAHUN DI JOHOR BAHRU!

1. FAKTA KES

- Identiti Tertuduh: Lelaki berusia 43 tahun yg bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah.
- Identiti Mangsa: Anak perempuan kandung tertuduh berusia enam tahun. Status mangsa adalah anak tidak sah taraf hasil hubungan tertuduh dengan kekasihnya.
- Lokasi Kejadian: Sebuah rumah setinggan di sekitar daerah Johor Bahru, Johor.

- Sifat Jenayah: Tertuduh melakukan penderaan mental, fizikal, dan seksual secara ekstrem dan berulang. Kesalahan merangkumi sentuhan seksual, paksaan menonton aksi tidak senonoh, liwat, rogol, serta merakam video tubuh mangsa untuk penghasilan bahan pornografi kanak². -Keterlibatan Pihak Lain: Kekasih tertuduh (ibu mangsa) turut didakwa di mahkamah berasingan atas pertuduhan berkaitan, namun wanita tersebut mengaku tidak bersalah dan dibenarkan ikat jamin sebanyak RM8,000.

2. KRONOLOGI DAN GARIS MASA KES

22 Januari 2026
- Permulaan Siri Jenayah: Rentetan pertama kes salah laku dan penderaan seksual fizikal mula dilakukan oleh tertuduh terhadap anak kandungnya di rumah setinggan mereka.

22 Januari – 17 Februari 2026
- Jenayah Berulang Dn Eksploitasi: Dalam tempoh hampir sebulan ini,tertuduh melakukan siri jenayah secara berulang kali.Ini merangkumi amang seksual fizikal, amang seksual bukan fizikal,rogol, liwat, serta aktiviti merakam gambar dan video mangsa.

17 Februari 2026
- Insiden Terakhir: Tarikh akhir berlakunya gangguan dan serangan seksual oleh tertuduh ke atas mangsa sebelum kegiatan tersebut berjaya dikesan.

18 Februari 2026
- Serbuan dan Tangkapan: Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyelamatkan kanak² perempuan tersebut. Tertuduh ditangkap secara rasmi pada hari yg sama dan ditahan reman. Tarikh ini diisytiharkan oleh mahkamah sebagai tarikh permulaan pengiraan hukuman penjara.

2 Mac 2026 (Isnin)
- Pendakwaan Pertama: Tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru di hadapan Hakim Mohd Zamir Suhaimee. Kesemua 13 pertuduhan berat dibacakan secara rasmi dan tertuduh mengaku bersalah atas kesemua pertuduhan. Tiada jaminan diberikan.

4 Mac 2026 (Rabu)
- Hari Penjatuhan Hukuman: Kes dikendalikan di dua kamar Mahkamah Sesyen berasingan di Johor Bahru untuk pembacaan fakta penuh dan penjatuhan hukuman:

• Kamar 1 (Hakim Madihah Zainol): Menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan 14 kali sebatan bagi pertuduhan di bawah kendalian beliau.
• Kamar 2 (Hakim Nor Aziati Jaafar): Menjatuhkan hukuman penjara 21 tahun dan 10 kali sebatan bagi baki pertuduhan komprehensif yg lain.
• Ketetapan Akhir: Mahkamah memerintahkan hukuman penjara bagi kedua² kamar tersebut berjalan secara serentak bermula dari tarikh tangkapan (18 Februari 2026).

3. PECAHAN PERTUDUHAN

Tertuduh didakwa di bawah Akta Kesalahan² Seksual Terhadap Kanak² (AKSTK) 2017 dan Kanun Keseksaan yg melibatkan 13 pertuduhan:

- 4 Pertuduhan: Amang seksual fizikal (Seksyen 14(b) Akta AKSTK 2017) kerana melakukan sentuhan fizikal yg membawa maksud seksual ke atas mangsa.

- 4 Pertuduhan: Amang seksual bukan fizikal (Seksyen 15(c) Akta AKSTK 2017) kerana memaksa atau melakukan perbuatan seksual di hadapan mangsa.

- 5 Pertuduhan: Kesalahan meliwat (persetubuhan bertentangan aturan tabii), merogol mangsa, serta merakam dan menghasilkan video penganiayaan seksual menggunakan tubuh mangsa (bahan pornografi kanak²).

4. STRUKTUR HUKUMAN MAHKAMAH Berdasarkan prinsip hukuman berjalan serentak, ketetapan akhir hukuman yg perlu dijalani oleh tertuduh adalah:

- Hukuman Penjara Muktamad: 21 tahun (dikira bermula dari tarikh tangkapan 18 Februari 2026).

- Hukuman Sebatan Muktamad: 24 kali sebatan (jumlah maksimum sebatan yg dibenarkan di bawah undang² jenayah Malaysia).

- Perintah Pemulihan Mandatori: Wajib menjalani sesi kaunseling pemulihan akhlak dan psikologi di dalam penjara sepanjang tempoh penahanan.

- Perintah Pengawasan Mandatori: Dikenakan perintah pengawasan polis secara ketat (parol) selama dua tahun sebaik saja dibebaskan dari penjara.

31/05/2026

M***i Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin menjelaskan haiwan halal yang sukar ditangkap untuk disembelih dibenarkan berbuat demikian dengan syarat lafaz Bismillah dibaca terlebih dahulu.

Jika haiwan itu mati, dagingnya boleh dimakan. Jika masih hidup, ia perlu disembelih seperti biasa.

Penjelasan itu dibuat susulan tular video membabitkan Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah sebelum ini.

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Tawau?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address

Jalan Pasar
Tawau
UTCTAWAU

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00