One Publication

One Publication

Share

21/06/2026

CINTA YANG SEMPURNA by IZA IMAN.

BLURB:

Takdir telah mempertemukan Fazrul Raymie, seorang duda beranak satu dengan Humaira, seorang gadis muda yang baru sahaja habis belajar. Ada sedikit salah faham yang berlaku hingga Fazrul Raymie menuduh Humaira mahu menculik anaknya, Faiz.

Ibu Fazrul Raymie yang memang tengah mencari baby sitter terus menawarkan diri untuk mengambil Humaira bekerja. Pelbagai perkara berlaku di kediaman mereka sehingga akhirnya Fazrul Raymie terpaksa berkahwin dengan Humaira.

“Pasal kau, hidup aku jadi petaka. Aku akan pastikan yang kau akan menyesal sepanjang honeymoon nanti.” – FAZRUL RAYMIE.

“Maira tak akan halang abang untuk buang segala kenangan manis bersama arwah Sara. Kerana kenangan itulah yang mempertemukan kita.” - HUMAIRA.

Bagaimana dengan perkahwinan yang dibina bukan berlandaskan cinta itu? Dapatkah mereka menyemai ikatan rumahtangga yang penuh onak dan duri? Semuanya bakal terjawab dalam ISTERI KESAYANGAN FAZRUL RAYMIE.

💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐

GELORA CINTA UNTUKMU, ARALINA

BLURB

Mereka merampas anaknya. Mereka menghancurkan hidupnya. Aralina pernah kehilangan segalanya, maruah, kebebasan, dan hak untuk memeluk anak kandungnya sendiri. Dikhianati oleh lelaki yang sepatutnya melindunginya, dia terpaksa bangkit daripada trauma dan luka yang hampir memusnahkan jiwanya.

Ketika harapan semakin pudar, hadir seorang doktor bernama Rio yang percaya bahawa Aralina masih berhak untuk bahagia. Namun, masa lalu tidak pernah benar-benar pergi. Mahone kembali dengan ancaman yang lebih berbahaya, memaksa Aralina memilih antara ketakutan atau perjuangan.

Dalam perjalanan mencari anak yang dirampas daripadanya, Aralina bakal menemui kebenaran, keadilan, dan mungkin, cinta yang selama ini tidak pernah disangkanya.

21/06/2026

LELAKI SELEPAS DIA | AYASHI

BLURB

Suaminya mati tujuh hari selepas dia melihat lelaki itu tidur dengan sahabat baiknya.

Dan sejak hari itu, Nathalie Hart tidak pernah menangisi cinta yang hilang.
Dia menangisi hakikat bahawa dia tidak sempat membencinya.

Tiga tahun kemudian, hidup Nathalie hanya tentang bunga, anak perempuannya, dan rutin yang selamat daripada perasaan.
Sehinggalah seorang lelaki asing muncul dan mula mengganggu segala yang telah susah payah dia bina.

Yuga.

Seorang lelaki yang membawa senyuman ketika Nathalie sudah lupa bagaimana rasanya bahagia.
Seorang lelaki yang terlalu sabar ketika Nathalie terus menolak.
Seorang lelaki yang membuatkan anak kecilnya ketawa.

Dan itu perkara yang paling menakutkan.

Kerana Nathalie tahu bagaimana kisah seperti ini berakhir.
Lelaki akan pergi. Mereka sentiasa pergi.

Tetapi bagaimana jika kali ini, orang yang pergi bukan Yuga?

Want your business to be the top-listed Media Company in Tapah?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address


Tapah