NK Age-Reverse UTM
16/10/2022
Menghasilkan buku memberi kepuasan yang berbeza berbanding menulis jurnal. Alhamdulillah buku kedua tahun ini akan diterbitkan dalam masa terdekat. Congrats and thank you Zarith Aziz for make it happened. Kami hantar dua draft buku kepada UTM Press tapi hanya satu dapat disiapkan tahun ini. Sebaik sahaja dapat tahu berita gembira ini, saya telah berjumpa Puan Zalina, Pegawai Penerbitan bagi menghargai bantuan beliau.
14/10/2022
Hari ini saya berfikir, betullah kata seorang sahabat bahawa setiap kesusahan kita pada hari ini adalah sebagai jalan kejayaan di masa akan datang.
Ingat lagi 20 tahun lepas, saya struggling untuk menyiapkan Master degree dalam bidang micellar nanotechnology (chemical engineering). Saya malahan pernah berfikir untuk tidak menamatkan pengajian. Tapi saya teruskan juga.
Selepas itu setiap langkah perjalanan; menjalani PhD dalam bidang yang sama, melakukan penyelidikan, membina bisnes, memformulasi produk.. bukan calang-calang cabaran yang dihadapi.. Apatah lagi dunia bisnes yang merupakan sesuatu yang amat jauh dari comfort zone saya.
Ada perkara yang hanya Allah yang tahu betapa beratnya dugaan yang dihadapi.. Kerana orang yang tidak mengalaminya tidak akan dapat memahami sepenuhnya.
Apabila kembali ke masa kini, melihat apa yang ada di depan mata, saya berfikir bahawa inilah hasil kerja keras ketabahan selama ini. Pastilah dengan bantuan banyak pihak dan beberapa orang yang rapat yang sudi bersusahan bersama-sama.
Tiada apa yang dikesalkan. Saya amat bersyukur dengan segala-galanya. Kepahitan dan kemanisan semuanya adalah s**a duka perjalanan hidup. Lihat semuanya dengan positif, dan semoga Allah terus beri kekuatan untuk terus berusaha melakukan yang terbaik.
15/09/2022
Apa yang paling s**a mengenai NK kerana produk-produknya tidak overclaim dan saya dapat maintain kulit muka yg awet muda walaupun usia dah 40an. Formulation NK yang dihasilkan sendiri memberi lebih keyakinan pada saya tentang keselamatan menggunakan produk ini. - Puan Kimi
Terima kasih Puan Kimi kerana telah menggunakan skin care NK sejak ia mula-mula dikeluarkan.
Link :
info.nkagereverseasia.com
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Address
Subang Jaya