Mukhsin Ben Rasheed ND
04/02/2025
Alhamdulillah selesai sudah ...
*"Kelas Praktikal F2F siri ke 5 dan 6 Program Sijil Profesional Perubatan Oriental (Akupunktur) Batch 23/24"* berlokasi di PPAS Daerah Gombak, pada 1hb & 2hb Februari Minggu lepas ...
Hari ni baru ada kelapangan nak update 😬
Bian Que (pakar perubatan TCM, 407-310 SM)
*6 jenis pesakit yg tak dapat diubati:*
- 1. Seorang yg sombong/angkuh, memandang remeh teori perubatan tanpa sebab. Org sebegini tak akan bekerjasama dgn rawatan yg diberikan, sebaliknya dia akan mengarahkan doktor bagaimana untuk merawat dirinya. Doktor akan berada dlm keadaan yg sgt sukar jika pesakit seperti ini. Sebelum merawat fizikal, perkara yang utama mesti dirawat ialah mental. Sebelum fizikalnya sakit, pesakit jenis ini sudah sgt sakit, & harapannya utk pulih sgt kecil.
- 2. Orang yg lebih menghargai hartanya drpd kesihatannya. Kerana kegairahannya mengumpul kekayaan, pesakit jenis ini tidak akan teragak-agak untuk mengabaikan kesihatannya. Apabila berjumpa doktor, dia akan memegang dompetnya dengan kukuh, takut hartanya diambil oleh doktor. "Saya ingin berjumpa doktor, tetapi saya tidak mahu menghabiskan wang". Akhirnya, pesakit jenis ini hanya akan dirawat secara luaran bukannya punca penyakit, ini menyebabkan sakit tidak akan sembuh.
- 3) orang yg bersikap tidak peduli penjagaan kesihatan dirinya sendiri. Rawatan bukan sahaja mengambil ubat, tetapi juga perlu memberi perhatian kepada penjagaan diri & pemakanan yg sihat. "BAYI BESAR" ini tidak boleh mengawal diri & sering tidak mendengar nasihat doktor, dan masih memakan makanan yang tidak sihat. Dia juga enggan berehat daripada kesibukannya demi penyembuhan. Pesakit jenis ini tak mempunyai cinta pada diri sendiri, jadi doktor pun tak dapat berbuat apa-apa lagi untuk membantu.
- 4. seseorang dlm keadaan tenaga Yin & Yang nya sudah teruk. Keadaan yg sgt kritikal atau parah. Kebanyakan penyakit terminal tak dtg secara tiba-tiba, tetapi harus melalui proses dari ringan hingga berat. Fitrah manusia mempunyai tabiat sering mengabaikan masalah kecil, dan membiarkannya terkumpul sehingga menjadi masalah yang serius, pada tahap ini doktor yg paling hebat pun tak akan dapat membantu.
- 5. Seseorang yg tak dapat menerima rawatan. Kanak-kanak & orang tua adalah yang paling mudah dijangkiti penyakit ini. Kebiasaannya mereka tidak mempunyai yg kuat utk sembuh drpd penyakit, jadi pesakit jenis ini amat memerlukan perhatian & kepakaran daripada doktor yg berpengalaman utk menanganinya..
- 6. seseorang yg lebih percaya kepada sihir, & tak percaya kpd perubatan. Pesakit jenis ini sudah mempunyai masalah dengan kepercayaan mereka, dan sudah tidak ada harapan.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Shah Alam
53200