Ustazah Raudhah Rozli
📌 PENGORBANAN MEMBERSIHKAN JIWA DARIPADA CINTA TERHADAP DUNIA
Nabi Ibrahim AS diuji dengan sesuatu yang paling dicintainya Nabi Ismail AS.
Namun baginda memilih taat kepada Allah melebihi perasaan dan dunia.
Daripada kisah itu, kita belajar bahawa pengorbanan bukan tentang kehilangan,
tetapi tentang membuktikan cinta kepada Allah.
Allah SWT berfirman:
“Daging dan darah korban itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu.” Surah Al-Hajj : 37
Kadang Allah meminta kita melepaskan sesuatu,
supaya hati ini tidak terlalu mencintai dunia.
Kerana hati yang terlalu penuh dengan dunia, sukar dipenuhi cinta kepada Allah. 🤍
muhasabah ceramahagama ustazahraudhah islamicreminder
📌 BERKATA BAIK ATAU DIAM
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau diam.”
(HR. al-Bukhari & Muslim)
Tidak semua perkara perlu diperkatakan.
Kadang diam lebih menyelamatkan hati,
lebih menjaga ukhuwah
dan lebih dekat kepada reda Allah.
Jagalah lidah…
kerana satu ucapan boleh menjadi pahala,
dan satu ucapan juga boleh menjadi sebab penyesalan di akhirat 🤍
Review Tandas Tingkat 2 di Mina, Maktab 69
Click here to claim your Sponsored Listing.