PENN Fishing
09/06/2026
PENN Battle IV merupakan reel yang telah lama dipercayai ramai pemancing kerana satu sebab mudah, ia tahan lasak pada harga yang berpatutan.
Daripada memancing bottom, jigging hinggalah ke eging, ketahanannya jelas merentasi pelbagai teknik. Teknologi gear CNC memastikan reel ini mengekalkan prestasi yang lancar, manakala sistem pengedapan Hydro Armor PENN melindungi komponen penting daripada keadaan yang mencabar. Hasilnya, prestasi kekal konsisten walaupun selepas penggunaan yang panjang di atas air.
Sebab itu Cik Ein mempercayai PENN Battle IV. Walaupun sedikit lebih berat berbanding reel dengan badan bukan logam, kekuatan tambahan ini memberikan keyakinan untuk memancing tanpa risau tentang kegagalan di saat kritikal.
Klik link di bawah untuk lebih maklumat tentang produk kami.
🛍️Shopee: https://my.shp.ee/2yvEQbMc
03/06/2026
Rangkaian PENN Saltwater Duffle Bag bukan hanya untuk kegunaan memancing. Ia juga sesuai digunakan ketika perjalanan jauh, pengembaraan jalanan dan kegunaan harian. Beg ini direka untuk menghadapi persekitaran yang mencabar dengan binaan PVC tahan lasak serta kalis air. Zip nilon yang diperkukuh menambah ketahanan untuk penggunaan harian.
Ruang simpanan dalaman yang luas, kompartmen khas dan tali bahu yang selesa menyediakan ruang mencukupi untuk menyimpan peralatan memancing, pakaian serta keperluan perjalanan.
PENN Saltwater Duffle Bag tersedia dalam dua saiz untuk memenuhi keperluan simpanan yang berbeza, sama ada anda menuju ke laut atau ke luar bandar.
Klik link di bawah untuk lebih maklumat tentang produk kami.
🛍️Shopee: https://shopee.com.my/product/99764641/45310240356/
26/05/2026
Memperkenalkan PENN Mariner Mono yang baharu.
Tali monofilament ini dibina untuk pemancing yang mengutamakan kebolehpercayaan. Mariner Mono menawarkan kekuatan yang konsisten, regangan rendah serta ketahanan terhadap geseran yang tinggi. Ia direka untuk kegunaan harian dan sesuai untuk pelbagai situasi memancing.
Warna kuning dengan keterlihatan tinggi memudahkan anda memantau tali, sangat sesuai untuk sesi pacak di kolam
Dengan memori yang lebih rendah serta lontaran yang lebih lancar, PENN Mariner Mono memang berbaloi untuk dicuba. Kini tersedia di kedai dalam pilihan 6lbs hingga 50lbs
Klik link di bawah untuk lebih maklumat tentang produk kami.
🛍️Shopee: https://my.shp.ee/odsFTbdQ
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 18:00 |
| Tuesday | 09:00 - 18:00 |
| Wednesday | 09:00 - 18:00 |
| Thursday | 09:00 - 18:00 |
| Friday | 09:00 - 18:00 |