Shamsuddin Kadir

Shamsuddin Kadir

Share

27/03/2026

Bismillah. Nabi Muhammad SAW

Dalam keadaan harga minyak dunia yang tidak menentu,
satu perkara yang wajar dihargai adalah usaha kerajaan (pentadbir - pemimpin + penjawat awam)
masih mengekalkan subsidi petrol bagi melindungi rakyat daripada lonjakan mendadak kos pengangkutan rakyat.

Ini bukan keputusan mudah.

Ia melibatkan beban kewangan yang besar kepada negara.

Namun dalam masa yang sama,
kita juga perlu mula beralih kepada pendekatan yang lebih mampan.

Cadangan saya:
1. Subsidi Bersasar Secara Dinamik (Bukan Statik)

Subsidi diberikan berdasarkan:

* Tahap pendapatan

*Corak penggunaan sebenar (dari 300 liter turun ke 200 liter, itu langkah pertama yang dah dibuat)

Golongan yang benar-benar memerlukan terus dilindungi,
manakala *ketirisan* dapat dikurangkan.

Kita sedar, masih ada rakyat tertentu menggadai subsidi untuk rakyat Malaysia kepada rakyat di negara sempadan ( semenanjung dengan Thailand dan Singapura) Sabah dan Sarawak kepada Indonesia , + Filipina (melalui laut)

2. Had Subsidi Mengikut Penggunaan Asas

Setiap isi rumah diberi kuota subsidi asas (contoh: penggunaan minimum bulanan). Sekarang secara individu

Jika penggunaan melebihi tahap tersebut,
harga pasaran dikenakan secara berperingkat. Ataupun kadar subsidi berkurangan.

👉 Ini adil, kita lindungi keperluan rakyat, bukan pembaziran yang dibuat oleh sebahagian rakyat tertentu.

3. Insentif Kurangkan Penggunaan, Bukan Sekadar Kawal Harga
Rakyat yang berjaya mengurangkan penggunaan minyak:

Diberi ganjaran (rebat / simpanan digital)

👉 Dari “guna banyak, dapat subsidi”

👉 kepada “guna bijak, dapat manfaat”

4. Salurkan Sebahagian Penjimatan Kepada Pengangkutan Awam

Kurangkan kebergantungan kepada minyak dalam jangka panjang:

Tambah kecekapan pengangkutan awam

Jadikan ia pilihan utama, bukan pilihan terakhir

Di sini saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada setiap rakyat yang sudah guna kenderaan EV Kerana saudara/i adalah wira negara ketika setiap negara berdepan dengan kenaikan kos minyak. Saya sendiri belum.

Subsidi (bantuan ketidakmampuan) adalah perlindungan jangka pendek.

Tetapi disiplin dan struktur adalah penyelesaian jangka panjang.

Kita bantu rakyat hari ini,
dan dalam masa yang sama,
kita bina sistem supaya negara tidak terus terbeban esok, InsyaAllah.

Shamsuddin Kadir
Wali Kota Kewangan Rakyat
28 Mac 2026

11/01/2026

As salam

Sy dalam keadaan agak tenat ( keewangan)

Gaji dlm 6500

Tp 2600 monthly byr loan
- 1200 cashlite loan
- 800 personal loan sbb trading forex
- 600 personal loan byr kereta ( Nafkah wife)

1100 byr rumah
300 Mak ayah
500 Takaful sy & anak
1600 kete, yuran anak, brg dapur
300 myk kereta
200 bil

Org nmpk mcm M40
Tapi hakikat kering lebih dri B40

Punca Hutang adalah Forex

Faktor lifestyle yang berharap dpt tambah income , tapi makin parah.

Jauhilah Trade forex or Saham or skim yg konon fix dpt tiap2 bulan..

Sy dah Insaf..

Doakan sy, boleh servive untuk tggung wife & Anak 3 org.

Sumber info di atas dari group bankrap.

-----

Komen Shamsuddin Kadir 👇👇👇

Ramai yang nampak M40, tapi realitinya kering lebih teruk daripada B40.

Gaji RM6,500 bukan kecil.

Masalahnya bukan pada jumlah gaji, tapi komitmen yang lahir daripada keputusan silap di masa lalu.

Dalam kes ini, punca utamanya jelas:

Forex & trading yang dijual atas nama “income tambahan”

Lifestyle expectation, harap cepat kaya, akhirnya hutang bertambah

Hutang yang berlapis, duit gaji jadi hamba bank

Ini realiti yang jarang orang berani cerita.

Bila:
RM2,600 habis untuk loan
RM1,100 rumah
RM500 takaful
RM1,600 keperluan hidup
Belum masuk minyak, bil, nafkah ibu bapa

Bukan muflis di kertas, tapi muflis aliran tunai.

Pengajaran besar yang orang perlu faham:

❌ Trading bukan solusi kewangan untuk orang biasa

❌ “Income pasif cepat” selalunya datang dengan risiko aktif yang menyakitkan

❌ Hutang untuk cari untung selalunya berakhir dengan rugi berganda

Bukan semua orang perlu ‘pandai melabur’.

Ramai sebenarnya hanya perlu pandai mengurus.

Langkah praktikal InsyaAllah:

Hentikan punca berdarah dulu
Apa-apa yang masih berbentuk trading / spekulasi, STOP.

Susun semula hutang ikut keutamaan hidup

Rumah, makan, nafkah keluarga, itu nombor satu

Hutang lain, runding, reschedule, atau kecilkan.

Jangan tambah hutang dengan harapan hutang lama selesai
Itu perangkap yang ramai tak sedar.

Terima hakikat: hidup sederhana bukan satu kegagalan

Ia selalunya jalan pulih.

Doakan saudara ini kuat.

Insaf itu mahal nilainya.

Yang penting, keluarga masih ada, nyawa masih ada, dan kesedaran sudah datang.

Mudahan kisah ini jadi pengajaran —
bukan untuk mengaibkan,
tetapi untuk menyelamatkan yang masih di tepi jurang.

Shamsuddin Kadir
11 Jan 2026

10/01/2026

11 Jan 2025

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in setapak?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address

Setapak
53300