Shamsuddin Kadir
08/11/2025
Bismillah.
Kekalkan akaun 3 akaun flexible kerana itu adalah akaun kecemasan untuk rakyat.
Ianya seperti mana saya cadangkan kepada kerajaan semasa interview secara lisan dengan editor akhbar Sinar sekitar hujung tahun 2020 sewaktu i sinar hendak dilancarkan.
Itu akaun kecemasan untuk penjawat swasta mencipta tabung bantuan duit sendiri.
Shamsuddin Kadir
8 November 2025
07/10/2025
Bismillah. Bagi yang dapat surat cinta CP500 untuk YA 2025, Jika nak ubah terutama nak turunkan jumlah. bayarannya hubungi terus LHDN.
Mereka boleh runding, tiada masalah.
Masalahnya jika tidak tak bayar jumlahnya ataupun tak bayar langsung ikut jadual itu, tahun 2026 kita dapat denda 10%.
Mesejnya hubungi pihak lhdn jika kita tak mampu bayar jumlah ansuran ikut jadual, seberapa segera.
10% itu 2 tahun punya dividen jika letak tempat tertentu.
LHDN: Taxpayers reminded to apply to amend instalment amount by Oct 31 PUTRAJAYA: Taxpayers who have received the Instalment Payment Notice (CP500) for the Year of Assessment (YA) 2025 are reminded to submit an application to amend their instalment amount, if necessary, by Oct 31.
09/06/2025
Bismillah.
Dari masa ke semasa adalah orang bertanya kenapa SK tulis buku?
Setiap buku yang ditulis InsyaAllah adalah senjata ilmu untuk membebaskan rakyat daripada belenggu hutang, kejahilan dan ketamakan sistem.
Buku-buku yang ditulis itu bukan sekadar untuk dibaca, tetapi untuk membuka mata rakyat agar nampak peluang yang selama ini tersembunyi.
Dengan ilmu kewangan hidup, insya-Allah hidup jadi lebih tenang, rezeki lebih lapang.
Ilmu untuk Bebas. Emas untuk Selamat. Rumah untuk Bermaruah InsyaAllah
Miliki Hartanah seawal usia bawah 25 tahun atau 28 tahun InsyaAllah.
Jangan leburkan masa depan dengan majlis kahwin ikut-ikutan. Kerana hidup susah lepas kahwin itupun masih pilihan kita.
Setiap baris yang ditulis, setiap buku yang dicetak, setiap ceramah yang disampaikan InsyaAllah ianya bukan untuk mengejar dunia.
Tapi untuk memberi bekal kepada diri ini, dan kepada setiap insan yang mahu bangkit.
Kerana hidup ini sebentar. Kita semua sedang menuju kubur.
Maka biarlah sebelum jasad ini disemadikan, sempat memberi cahaya kepada mereka yang sedang meraba dalam gelap.
Ilmu itu cahaya. Dan tugas saya selagi hayat dikan ohdung badan, adalah menyalakan sebanyak mungkin pelita untuk rakyat.
InsyaAllah Demi Rakyat, Demi Masa Depan, sebelum p**ang ke kubur
Shamsuddin Kadir
Bismillah.
✅ Tip SK Nation
Untuk Kereta: Beli dan Berapa Lama Kena Pakai
1. Kereta bukan simbol kekayaan, tetapi alat pergerakan.
2. Beli kereta yang mampu dibayar sepenuhnya dalam tempoh 5 tahun atau kurang.
3. Elakkan ansuran melebihi 15% daripada pendapatan bersih bulanan.
4. Pilih kereta second hand yang berkualiti jika mahu bebas beban hutang lebih awal.
5. Kalau gaji kecil, beli kereta kecil. Kalau belum mampu, guna pengangkutan awam, e-hailing, atau kongsi kereta.
6. Tempoh penggunaan minimum kereta ialah 10 tahun. Kalau dijaga elok, 15 tahun pun masih jimat. Ada kereta yang sudah 25 tahun usianya SK masih pakai lagi🫢😁.
7. Semakin lama kereta digunakan selepas habis bayar ansuran, semakin cepat jadi orang berharta, bukan berhutang.
8. Elakkan tukar kereta kerana trend atau "nak nampak berjaya". Kereta mahal, hutang pun mahal.
Shamsuddin Kadir
Hidup Biar Berbakti, Mati Biar Bererti
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the public figure
Telephone
Website
Address
53300