Fara LaiQa

Fara LaiQa

Share

03/06/2026

Simpan 27 tahun, habis licin dalam 7 tahun? Seram tapi ini realiti.

Bayangkan kita dah kerja keras, ikat perut, kutip sikit-sikit selama 27 tahun sampai berjaya kumpul RM750,000.

Rasa macam dah selamat sangat kan untuk pencen?

Tapi tahu tak, ada kisah benar di Malaysia ni, duit sebanyak tu habis licin dalam masa 7 tahun je lepas bersara.

Sedih, tapi ini pengajaran mahal untuk kita semua.

Mana pergi RM750k tu?

Bila dapat duit sedebuk lepas pencen, ramai yang tersilap langkah sebab "terlampau teruja".
Antara punca utama dana bocor:

- Renovate rumah: Sekali buat, terbang RM200,000.

- Kahwin anak: Nak jaga hantaran dan buat majlis grand, kena lagi RM70,000.

Dua benda ni dah telan hampir RM300k!

Itu belum kira kos sara hidup harian, bil, makan minum yang berjalan macam biasa setiap bulan.

Sebab itu kita kena beringat sekarang.

Masa depan ada 3 cabaran besar:

1. Inflasi: Duit RM50 kita sekarang pun dah rasa kecil, apatah lagi 10–20 tahun akan datang. Nilai duit makin menyusut.

2. Kos Kecemasan: Sakit pening atau benda luar jangka di hari tua, waktu tu simpananlah benteng terakhir kita.

3. Ketenangan Minda: Takkan umur 60-an baru nak pening kepala fikir mana nak cari duit beli beras, betul tak?

Sebab tu penting untuk kita agihkan (diversify) siap-siap dana persaraan kita.

Jangan simpan kat satu tempat je. Macam saya sendiri, saya pecahkan portfolio siap-siap:

a. KWSP: Untuk dividen tahunan dan dana asas persaraan.

b. Tabung Haji: Untuk simpanan tunai yang selamat, patuh syariah, dan urusan haji/umrah.

c. Emas 24K: Ini benteng paling kuat untuk lawan inflasi. Duit kertas boleh susut nilai, tapi emas maintain kuasanya jangka panjang.

Belajarlah daripada kesilapan orang lain sebelum kita sendiri yang terduduk nanti.

Korang p**ak macam mana?

Dah mula diversify simpanan untuk hari tua?

https://linktr.ee/faralaiqa

01/06/2026

"Senang buat, sesak nak bayar." 🤔

Masa nak apply loan atau swipe kad kredit, dia punya proses punya lah smooth?

Rasa macam bangga sebab sekejap je permohonan lulus.

Tapi plot twist dia datang masa tarikh kena bayar bulan-bulan.

Masa tu lah baru sedar, duit gaji singgah kejap pastu lesap!

Sebab tu kalau sembang pasal hutang ni, kita kena realistik.

Nak ambik hutang ratusan ribu ringgit ni bukan macam beli barang dapur.

Ini komitmen yang kita wajib tanggung sampai 10, 20, malah 30 tahun akan datang.

Sebelum korang turunkan tanda tangan kat borang pinjaman tu, jom kita semak 3 benda penting ni dulu:

1. Keperluan vs Kehendak (Betul-betul terdesak ke?)

Kalau hutang ratusan ribu untuk beli rumah pertama yang kita memang nak duduk, itu okay lagi sebab rumah tu aset.

Tapi kalau hutang besar sbb nak tukar kereta import baru semata-mata sbb bosan dengan kereta lama, tolonglah tarik brek tangan cepat-cepat.

2. 'Sakit' Jadi Hamba Hutang

Bila komitmen bulanan dah terlalu tinggi, emosi kita pun boleh terganggu.

Nak makan sedap sikit rasa bersalah, nak pergi bercuti lagilah tak tenang.

Hujung bulan je mula lah sesak dada tengok baki akaun bank.

3. Risiko Masa Depan

Kita tak tahu apa jadi tahun depan.

Syarikat kecilkan saiz pekerja ke, ekonomi meleset ke, atau masalah kesihatan.

Kalau simpanan kecemasan pun tak ada, hutang yang besar tadi tu boleh jadi tiket ekspres untuk bankrap.

Biar hidup nampak biasa-biasa, asalkan tidur malam kita lena tanpa diganggu panggilan collector.

Nak berhutang tu tak salah, tapi biar bertempat dan ukur baju di badan sendiri.

Jangan sebab nak dipuji orang, kita yang menanggung seksa sorang-sorang.

Korang p**ak macam mana?

Ada pengalaman tak tersalah ambik komitmen besar masa muda-muda dulu?

https://linktr.ee/faralaiqa

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Seremban?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address

Seremban

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00