Nephro Serdang

Nephro Serdang

Share

12/04/2023

Setakat ini, seramai 14,177 individu telah berikrar sebagai penderma organ pada tahun 2023 melalui aplikasi MySejahtera.

Ayuh mendaftar melalui modul Ikrar Derma Organ sekarang!

08/04/2023

🔊Segala bentuk eksploitasi pemindahan organ manusia adalah SALAH disisi undang-undang.

⚠️ Proses pemindahan organ hanya boleh dilaksanakan setelah menepati kriteria dan mendapat kebenaran bertulis daripada waris berdasarkan Akta Tisu Manusia 1974.

02/04/2023

Kolesterol merujuk kepada sejenis lemak yang diperlukan untuk membina tisu sel dan hormon tertentu serta melindungi saraf. Sumber utama kolesterol adalah secara semulajadi iaitu dihasilkan oleh organ hati kita sendiri yang mencukupi untuk keperluan tubuh. Sumber luaran adalah makanan seperti daging, telur dan produk tenusu.

Terdapat 2 jenis kolesterol, iaitu kolesterol baik dan kolesterol jahat. Kedua-dua kolesterol ini mempunyai fungsi yang berbeza yang memberi kesan kepada kesihatan.

Pengambilan makanan tinggi kolesterol yang terlalu banyak, boleh memudaratkan kesihatan. Kawal pengambilan kolesterol harian anda bagi memastikan kesihatan berada pada tahap optimum.

18/03/2023

Anda mempunyai anak remaja❓

🤵Pada usia remaja, proses pertumbuhan berlaku dengan pantas. Ini menyebabkan peningkatan keperluan tenaga dan nutrien-nutrien lain.

✌️Oleh itu kami kongsikan amalan pemakanan yang sihat bagi menjamin perkembangan fizikal yang optimum.

18/03/2023

🫶🏻 Cuci tangan anda dengan betul menggunakan air dan sabun atau pensanitasi tangan bagi mengelak penyebaran penyakit yang boleh membahayakan nyawa.

💯 Ikuti saranan KKM untuk mencuci tangan dengan betul dalam situasi yang tertentu bagi mengurangkan risiko jangkitan penyakit dari tangan yang tercemar.

Want your practice to be the top-listed Clinic in Serdang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address

Department Of Nephrology, Hospital Serdang
Serdang
43000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00