Duit Dapuq.com

Duit Dapuq.com

Share

27/06/2025

Ada orang, setiap kali pakai sunscreen, mesti naik jerawat.

Kulit mula merah-merah. Gatal. Dan lama-lama penuh bintik kecil yang buat rasa serik nak pakai lagi.

Bukan tak nak jaga kulit. Tapi bila sunscreen pun jadi punca breakout, rasa macam hilang arah.

Hari demi hari, kulit makin terdedah. Tambah p**a dengan cuaca panas, jeragat pun mula nampak.

Sampai satu masa, rasa give up.

Tapi segalanya berubah bila jumpa sunscreen yang betul-betul diformulakan untuk kulit sensitif.

Ringan. Tak menyumbat pori. Dan paling penting, tak buat kulit meradang lagi.

Sekarang, keluar rumah pun rasa tenang. Sebab tahu kulit sedang dilindungi, bukan dibebani.

Jika anda pun pernah alami perkara sama, ketahuilah… kulit sensitif bukan bermakna tak boleh pakai sunscreen.

Cuma perlu cari yang betul-betul faham kulit anda.

Hartini Hamid

25/06/2025

Sunscreen bukan hanya perlindungan, ia juga skincare.

Kenapa?
Sebab setiap kali kita pakai sunscreen, kita bukan saja halang sinar UV daripada rosakkan kulit kita tetapi sebenarnya kita sedang bantu kulit kita untuk kekal sihat, cerah dan awet muda.

Ramai sangka sunscreen cuma penting masa keluar rumah. Tapi hakikatnya, sinar UVA boleh tembus dalam rumah dan dalam pejabat juga. Dan sinar inilah yang mempercepatkan penuaan, naikkan tompok gelap, buat kulit jadi kusam dan cepat berkedut.

Kalau konsisten pakai sunscreen, kulit kita lebih terlindung daripada kerosakan dalaman. Kolagen lebih terjaga. Jeragat susah nak naik. Tekstur kulit pun lebih sekata dan berseri. Inilah fungsi skincare sebenar. Mencegah sebelum merawat.

Dan lagi best, sunscreen sekarang bukan macam dulu. Banyak yang dah ringan, tak berminyak, cepat meresap, siap ada bahan tambahan macam niacinamide dan hyaluronic acid untuk rawat kulit sekali.

Jadi kalau anda serius nak jaga kulit, sunscreen bukan pilihan tetapi ia adalah kewajipan. Tanpa sunscreen, rutin skincare anda takkan cukup kuat untuk lawan kerosakan harian.

Nak kulit sihat, glowing dan awet muda? Mulakan dengan satu langkah paling penting.

GUNA SUNSCREEN.

Hartini Hamid

25/06/2025

Bila kulit muka glowing walau tanpa makeup, rasa confident tu automatik datang.

Sebab kita tahu, kita tak sorok apa-apa.
Tak perlu ‘filter’ muka sendiri depan orang.
Tak perlu touch-up sebelum buka kamera.
Tak perlu cermin untuk rasa cantik.

Kita jadi tenang. Kita jadi diri sendiri.

Dan dari situ, keyakinan tu bukan datang dari pujian tapi dari penerimaan.

Penerimaan diri dan tubuh yang kita jaga.
Bukan sebab nak cantik untuk orang, tapi sebab kita layak rasa selesa dan confident dengan kulit muka sendiri.

Itu ‘self-love’ yang sebenar.
Simple, tapi mahal nilainya.

Hartini Hamid

31/08/2023

Selamat meraikan sambutan hari ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke 66.

Sejarah Nabi sendiri membuktikan bahawa Rasulullah SAW adalah wargenagara yang amat menyayangi Mekah, tanah tumpah darah Baginda.

Dalam perjalanan baginda, baginda bersabda:
“Aku tidak temui negeri yang lebih baik dari engkau(wahai Mekah), dan tidak ada negeri yang lebih aku sayangi dari Mekah. Kalaulah bukan kerana kaummu(iaitu Quraish) telah menghalauku, aku tidak akan tinggalkan negeri ini.”(HR al-Tirmizi).

Asbab terlalu cintakan negara, baginda bersungguh membangunkan Madinah, membentuk suasana harmoni dikalangan semua kaum serta menyemaikan rasa cintakan Madinah.

Sehingga ada 1 doa yang baginda ucapkan:
“Wahai Tuhan kami, lahirkanlah rasa cinta kami kepada Madinah seperti mana kami mencintai Mekah.” (HR al-Bukhari).

"Walau Kita Berbeza, Tetapi Tetap Teguh Bersama"

Want your business to be the top-listed Grocery Store in Sepang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address

Sepang