Rozwan coner

Rozwan coner

Share

12/06/2021

BAWAL MASAM MANIS IN THE HOUSE!!!🤩🤩🤩

Nak masak bawal masam manis ni senang sangat dan pakai bahan-bahan semula jadi sahaja tak payah pakai buah dalam tin. Jom Mira share bahan-bahan dan cara penyediaan bawal masam manis atau bawal sweet sour.

Bahan-bahan :
👉 Bawal (digoreng)
👉 Buah Nenas (dipotong dadu)
👉 Bawang putih dan bawang merah (dikisar)
👉 Halia (dihiris halus)
👉 Sos
👉 Cili kering (direbus dan diblender)
👉 Minyak sotong
👉 Daun limau
👉 Bawang Holland
👉 Cili api(hiasan)
👉 Gula , serbuk perasa dan garam

Cara memasak :
1. Panaskan minyak sedikit dalam kuali.
2. Masukkan halia yang dihiris halus dan juga bawang putih dan bawang merah yang dikisar. Tumiskan bahan-bahan tersebut.
3. Masukkan cili kering yang telah direbus dan diblender dan minyak sotong. Tumiskan sekejap dan masukkan sos.
4. Kemudian, masukkan sedikit air, Daun limau dan juga nenas. Gaul dan tunggu sehingga mendidih.
5. Masukkan bawang Holland dan cili api untuk hiasan. Masukkan sekali gula garam Dan serbuk perasa secukup rasa.
6. Apabila kuah dah masak,tuang ke atas bawal yang sudah digoreng sampai masak.
7. Ikan bawal masam manis sudah siap sedia untuk dihidang 😍😍😍

Mudah bukan?? Boleh lah cuba buat kat rumah ... Kedai Rozwan Coner pun dah tambah menu ni sebagai menu Nasi berlauk.😊😊😊 Kalau tak sempat nak masak boleh beli di kedai kami 🤗🤗

12/06/2021

Sempena 9 tahun kami beroperasi, kedai kami membuat kempen " Makanan Percuma".😱😱😱🤩🤩🤩

Rozwan coner akan memberikan makanan percuma kepada pelanggan-pelanggan yang membeli di kedai kami untuk menghargai kesetiaan mereka membeli di kedai kami🤗🤗🤗

12/06/2021

KUALITI KAYANGAN HARGA MURAH!!!!

MAKANAN BOLEH DIBELI DENGAN HARGA SERENDAH RM 5.00😱😱😱😱
RASA MAKANAN HOTEL BERTARAF 5 BINTANG WALAUPUN MURAH 🤩🤩🤩🤩

Jangan lepaskan peluang...Ayuh membeli di kedai Rozwan Coner berlokasi di Parit Baru, Sungai Ayer Tawar 😄😄😄

10/06/2021

Ni adalah sarapan pagi yang paling laku keras...40 bungkus boleh habis dalam masa sejam lepas kedai dibuka🤩🤩🤩
Lontong yang kami jual ada dua kuah iaitu kuah kacang dan juga kuah lodeh..

Jangan tunggu lagi...ayuh datang ke kedai Rozwan Coner berlokasi di Parit Baru, Sungai Ayer Tawar...

Want your restaurant to be the top-listed Restaurant in Sabak?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address

Sabak
45200