Lajnah Dakwah & Iqra’ RAPI

Lajnah Dakwah & Iqra’ RAPI

Share

19/04/2022

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم,
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Pengajaran:

1. Rasulullah SAW adalah manusia yang paling baik, paling berani dan paling dermawan.

2. Mencontohi sifat Rasulullah SAW sebagai orang yang paling dermawan khususnya di bulan Ramadan.

عَنْ أَنَسٍ قَالَ سُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الصَّوْمِ أَفْضَلُ بَعْدَ رَمَضَانَ فَقَالَ شَعْبَانُ لِتَعْظِيمِ رَمَضَانَ قِيلَ فَأَيُّ الصَّدَقَةِ أَفْضَلُ قَالَ صَدَقَةٌ فِي رَمَضَانَ

Daripada Anas RA, Nabi SAW ditanya tentang puasa yang paling utama setelah puasa Ramadan. Baginda menjawab: "puasa di bulan Syaban untuk memuliakan Ramadan, " Baginda ditanya lagi, lalu sedekah apakah yang paling utama? Baginda menjawab: "Sedekah di bulan Ramadan." Sunan Tirmizi No 663 Dar Kutub Ilmiyyah. Status Hadis: Daif

3. Amalan bersedekah sebagai satu daripada cara untuk menjauhkan daripada api neraka. Rasulullah SAW bersabda

عَنْ عَدِيِّ بْنِ حَاتِمٍ قَالَ ذَكَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ النَّارَ فَتَعَوَّذَ مِنْهَا وَأَشَاحَ بِوَجْهِهِ … قَالَ اتَّقُوا النَّارَ وَلَوْ بِشِقِّ تَمْرَةٍ فَإِنْ لَمْ تَجِدْ فَبِكَلِمَةٍ طَيِّبَ

Daripada Adi bin Hatim dia berkata; "Nabi SAW menyebutkan tentang neraka, lalu baginda meminta berlindungan darinya sambil mengusap wajahnya, baginda bersabda …. "Takutlah kalian kepada neraka walau dengan setengah biji kurma, jika tiada, hendaknya dengan perkataan yang baik." (Sahih Bukhari No: 5677) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih

4. Sifat s**a bersedekah adalah pengikat dan penghubung kasih sayang kita dengan orang lain

5. Allah akan menggantikan apa yang disedekahkan dengan keberkahan harta di dunia dan pahala yang besar di akhirat. Firman Allah:

وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

“Dan apa saja yang kamu sedekahkan, maka Allah akan menggantinya, dan Dia-lah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya” (QS Sabaa’:39).

6. Sedekah akan menjadi penghindar daripada api neraka walaupun sebiji buah kurma.

Renunglah kisah ini:

Daripada Aisyah RA bahawa keluarga Rasulullah SAW pernah menyembelih seekor kambing, kemudian disedekahkan kepada orang-orang miskin, lalu Rasulullah bertanya: “Apa yang tertinggal daripada (daging) kambing tersebut?”. ‘Aisyah menjawab: “Tidak ada yang tertinggal darinya kecuali (bahagian) bahu (dari) kambing tersebut”. Maka Rasulullah SAW bersabda: “Itu bererti semua daging kambing tersebut tertinggal tetap dan kekal pahalanya kecuali bahagian bahunya”

Tingkatkan sedekah, derma, wakaf kerana itulah yang kekal dan menetap pahala kebaikannya untuk kita, meskipun secara mata kasarnya harta tersebut berkurang.

19 Ramadan 1443H
20 April 2022
Rabu

&iqra

14/04/2022

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم,
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Perkongsian Hadith:

Pengajaran:

1. Ibadah puasa yang diwajibkan ke atas umat Islam sama juga dengan ibadat puasa yang telah pun diwajibkan kepada ahli kitab (yahudi dan nasrani). Tetapi terdapat beberapa perbezaan di antaranya ialah :

a. Umat Islam diwajibkan berpuasa setahun sekali iaitu pada bulan Ramadhan.
b. Disunatkan bagi orang Islam yang hendak berpuasa makan sahur sebelum masuk waktu subuh.

2. Ibadat puasa kita perlu berbeza dengan ibadat puasa ahli kitab iaitu dengan kita makan sahur sebelum fajar.

3. Bersahurlah walaupun dengan seteguk air atau sebiji kurma.

4. Umat Islam yang berpuasa dengan niat ikhlas kerana Allah akan mendapat ganjaran pahala yang melimpah-limpah di akhirat dan beroleh berbagai-bagai pertolongan di dunia lagi.

Bagi yang berpuasa sebaiknya bersahurlah sebagai mencontohi amalan Rasulullah SAW dalam ibadat puasa dan ia membezakan ibadat puasa orang Islam dengan puasa ahli kitab.

13 Ramadan 1443H
15 April 2022
Jumaat

&iqra

08/04/2022

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم,
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Pengajaran:

1. Setiap amalan yang dilakukan oleh anak Adam adalah untuknya kecuali puasa. Puasa itu adalah untuk Allah dan hanya Allah yang akan memberi ganjaran pahalanya.

2. Puasa itu adalah perisai atau pendinding seseorang dari melakukan perkara yang dilarang serta melaksanakan sesuatu yang diperintah.

3. Bagi orang yang berpuasa, mereka perlu menjaga puasanya dari dirosakkan dengan sebab rafats (perhubungan suami isteri di siang hari) termasuk perbuatan dan perkataan sama ada yang diucapkan atau yang ditulis dan ditularkan yang kotor, lucah dan buruk serta hina.

4. Orang yang berpuasa, jika dihina, dimarah ataupun diserang, maka katakanlah: Sesungguhnya saya sedang berpuasa.

5. Bagi orang yang berpuasa, mulutnya mungkin akan berbau yang kurang menyenangkan, namun bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat kelak daripada wanginya kasturi.

6. Untuk orang yang berpuasa, mereka akan dikurniakan dengan dua kebahagiaan:

a. Gembira ketika berbuka puasa
b. Gembira ketika berjumpa dengan Allah kerana ibadat puasanya yang diterima.

Semoga Ramadan pada tahun ini lebih baik untuk kita dengan kualiti dan kuantiti amal yang bertambah. Marilah kita semarakkan ibadah kita agar ia menjadi pemacu perubahan diri kita kepada yang lebih baik. Berusahalah melakukan amalan terbaik. Memburu Taqwa Menyebar Rahmah. Andaikan Ramadan Tahun Ini Terakhir Buat Kita.

6 Ramadan 1443H
8 April 2022
Jumaat

&kebajikan

30/03/2022

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم,
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Pengajaran:

1. Sedekah dalam apa jua bentuk seperti wang ringgit, barangan, makanan tidak sama sekali mengurangkan harta malah menambahkannya.

عَنْ أَسْمَاءَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَنْفِقِي وَلَا تُحْصِي فَيُحْصِيَ اللَّهُ عَلَيْكِ وَلَا تُوعِي فَيُوعِيَ اللَّهُ عَلَيْكِ

Dari Asma RA Rasulullah SAW bersabda: Bersedekahlah, jangan engkau menghitung-hitungnya, agar Allah tidak menghitung-hitung pemberian-Nya kepadamu dan janganlah engkau mengumpul-ngumpulkannya (tidak bersedekah) agar Allah tidak kikir kepadamu” (HR Bukhari No: 2402) Status: Hadis Sahih

2. Orang yang pemaaf, Allah akan menambahkan kemuliaan untuknya di sisi Allah. Ambillah kesempatan untuk saling bermaafan sesama kita.

3. Pemaaf dapat menghilangkan rasa permusuhan dan memperbanyak sahabat

4. Pemaaf akan melahirkan sifat tawaduk, menghilangkan sifat sombong dan angkuh. Firman Allah:

خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ الْجَاهِلِينَ (١٩٩)

Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta berpalinglah dari pada orang-orang yang bodoh. (Al-A’raf 7:199)

5. Orang yang rendah hati, Allah mengangkat darjat kepada orang yang tawadukk.
Tawaduk ialah bersikap rendah hati iaitu sifat yang diperintahkan di dalam Islam. Di dalam Al-Quran Allah berfirman:

وَاخْفِضْ جَنَاحَكَ لِمَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ

“Dan rendahkanlah dirimu kepada kaum mukminin yang mengikutimu.” (Al Hijr: 88)

27 Sya'ban 1443H
30 Mac 2022
Rabu

&kebajikan

Want your place of worship to be the top-listed Place Of Worship in Sabah?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address

Politeknik Kota Kinabalu
Sabah