SIB Trinity Hill
23/05/2026
Shalom jemaat yang dikasihi Tuhan ✨
Mari bersama-sama hadir ke Ibadahraya Ahad SIB Trinity Hill pada 24 Mei 2026, jam 10 pagi untuk mengalami persekutuan, penyembahan dan Firman Tuhan yang menguatkan iman kita.
Dengan tema “Kasih” — Bertumbuh dalam Kasih (Filipi 1:9-11), kita diingatkan bahawa kasih bukan sekadar perasaan, tetapi kasih yang semakin bertambah dalam pengenalan akan Tuhan dan dalam hikmat rohani. Filipi 1:9 berkata:
“Dan inilah doaku, semoga kasihmu makin melimpah dalam pengetahuan yang benar dan dalam segala macam pengertian.”
Datanglah dengan hati yang rindu akan Tuhan, kerana melalui kasih Kristus, kita dipulihkan, dikuatkan dan dipersatukan sebagai tubuh Kristus.
Jangan datang sendiri — ajak juga keluarga dan sahabat untuk bersama-sama mengalami kasih Tuhan dalam ibadah ini ❤️
16/05/2026
Saudara-saudari yang dikasihi Kristus,
Setiap daripada kita adalah anggota dalam tubuh Kristus. Bukan hanya seorang pastor atau pemimpin muzik, tetapi anda — ya, anda juga — memiliki peranan yang penting. Gereja tidak akan bertumbuh dengan sempurna jika ada anggota yang tidak bergerak.
Mari kita bersama-sama memenuhi panggilan ini:
🔥 Jangan hanya menjadi penonton, tetapi pelaku dalam tubuh Kristus.
🔥 Satu tujuan: membangun gereja dalam kasih dan kesatuan.
🔥 Hadir, terlibat, dan layan — kerana setiap anggota diperlukan!
📖 Ibadah Raya Ahad
🗓️ Minggu ini, jam 10 pagi
📍 Gereja SIB Trinity Hill, Inanam
"Gereja bertumbuh bila semua terlibat. Jangan biarkan sendi ini lemah — anda adalah bahagian yang sangat berharga."
Mari kita bergerak bersama untuk satu tujuan: memuliakan Tuhan dan membangun tubuh Kristus!
✝️ Bawa keluarga, sahabat, dan hati yang siap melayani.
10/05/2026
09/05/2026
Saudara-saudari yang dikasihi, mari kita melangkah masuk ke medan rohani minggu ini! Dunia penuh dengan serangan yang tidak kelihatan, tetapi Tuhan sudah menyediakan senjata-Nya. Jangan lupa untuk “mengenakan seluruh perlengkapan senjata Allah”.
10hb Mei 2026
SIB TrinityHill, Inanam
Jam : 10.00 pagi
01/05/2026
Saudara-saudari yang dikasihi,
Dahulu kita berada dalam kegelapan, tetapi sekarang kita adalah terang di dalam Tuhan! Rasul Paulus mengingatkan kita untuk hidup sebagai anak-anak terang, kerana buah terang itu terdiri daripada segala kebaikan, keadilan, dan kebenaran.
Ayuh, kita bersama-sama berkumpul di rumah Tuhan untuk belajar erti sebenar “hidup dalam terang” dan bagaimana kita dapat menyenangkan hati Tuhan dalam setiap langkah kehidupan kita.
📅 Tarikh: 03 Mei 2026
⏰ Masa: 10:00 pagi
📍 Tempat: Gereja SIB Trinity Hill, inanam
“Terang yang sejati itu sudah bercahaya. Sesiapa yang berkata bahawa dia berada di dalam terang, tetapi membenci saudaranya, dia masih berada di dalam kegelapan.”
Jangan biarkan hidup kita diselubungi kegelapan lagi. Mari melangkah dalam terang-Nya dan memancarkan kasih Kristus kepada dunia!
✨ Jadilah pembawa terang. Bawa keluarga, jemput rakan. Sampai jumpa di sana! ✨
Tuhan Yesus memberkati
24/04/2026
Dalam dunia yang sering mengajar kita untuk bersikap keras dan mementingkan diri, Firman Tuhan memanggil kita untuk hidup sebaliknya—dengan kelemahlembutan yang mengalahkan amarah, dan belas kasihan yang meruntuhkan tembok permusuhan.
Hubungan yang sihat tidak diukur dari seberapa sering kita bertemu, tetapi dari seberapa dalam kerendahan hati kita untuk saling mengasihi.
Mari datang beribadah bersama kami. Kasih Kristus menjadi pengikat yang menyempurnakan Kesatuan kita.
“Dan di atas semuanya itu: kenakanlah kasih, sebagai pengikat yang mempersatukan dan menyempurnakan.” (Kolose 3:14)
Tarikh : 26 April 2026
Masa : Jam 10 Pagi
Tempat : SIB Trinity Hill, Inanam
10/04/2026
"Berbeza bukan untuk dipisahkan, tetapi untuk dilengkapi. Seperti banyak anggota namun satu tubuh. Seperti banyak suara namun satu nada pujian. Mari kita nyatakan kesatuan sejati dalam kepelbagaian saat kita beribadah kepada satu Tuhan yang sama.
🕯️ 'Hendaklah kamu selalu rendah hati, lemah lembut, dan sabar.' — Efesus 4:2
Ibadah Raya Ahad
🗓️ 12 April 2026 | ⏰ 10.00am
📍SIB Trinity Hill Inanam
(Scan QR untuk lokasi Gereja kami)
Semua saudara/saudari diundang. Karena kita adalah satu tubuh, satu Roh. 🕊️
"
03/04/2026
Dia mati, dan Dia Hidup!
Inilah kasih itu: Bukan kita yang telah mengasihi Allah, tetapi Allah yang telah mengasihi kita dan yang telah mengutus Anak-Nya sebagai pendamaian bagi dosa-dosa kita.
1 Yohanes 4:10
Salam Jumaat Agung untuk kita semua.
02/04/2026
Saudara-saudari yang dikasihi Tuhan,
Ayat firman Tuhan hari ini mengingatkan kita:
“Di dalam Kristus, kita telah ditebus oleh darah-Nya, iaitu pengampunan atas segala pelanggaran kita, menurut kekayaan kasih kurnia-Nya yang telah dilimpahkan-Nya kepada kita dengan segala hikmat dan pengertian.”
— Efesus 1:7-8 (Terjemahan Berita Baik)
Betapa besarnya kasih kurnia Tuhan yang telah dilimpahkan ke atas kita! Oleh darah Kristus, kita menerima pengampunan dan ditebus daripada dosa. Inilah saatnya kita datang bersama-sama untuk bersyukur, memuji kebesaran Tuhan, dan menerima firman-Nya yang penuh hikmat.
Marilah kita hadir ke Ibadah Raya Ahad minggu ini:
📅 Hari: Ahad
⏰ Masa: jam 10.00 pagi
📍 Tempat: Gereja SIB Trinity Hill, Inanam
*Perhatian : Tidak ada Ibadah Jumaat Agung akan diadakan di SIB Trinity Hill. Saudara boleh kunjungi gereja yang berdekatan untuk mengikuti Ibadah Jumaat Agung. Terima kasih*
21/03/2026
Jemaat yang di kasihi Tuhan,
Kita hidup di dunia yang serba instant, semuanya mahu dilihat dan diraba sekarang juga. Tetapi Tuhan mengajar kita satu prinsip iman yang sejati melalui Roma 8:24-25: "Sebab kita diselamatkan dalam pengharapan... jika kita mengharapkan apa yang tidak kita lihat, kita menantikannya dengan tekun."
Iman yang teguh tidak lahir dari apa yang sudah kita capai, tetapi dari keyakinan akan apa yang belum kita lihat. Mungkin ada di antara kita yang saat ini lelah menanti, putus asa menantikan janji Tuhan. Mari pegang teguh imanmu! Jangan biarkan keadaan memadamkan pengharapanmu. Mari bangkit dan beribadah di gereja, mari kita saling menguatkan dan menantikan janji Bapa dengan sukacita. Allah setia dan tidak pernah ingkar janji!
Sampai jumpa di sana!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Sabah
Opening Hours
| Saturday | 18:00 - 22:00 |
| Sunday | 07:00 - 12:00 |