Tok Mat Hasan
11/05/2026
08/05/2026
rakaman penuh
Ucapan Perasmian Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan di Konvensyen UMNO Enjoy the videos and music you love, upload original content, and share it all with friends, family, and the world on YouTube.
22/04/2026
Sekolah Patriotik UMNO Malaysia Buka Pengambilan Pelajar Kumpulan Ke-5
Sekolah Patriotik UMNO (SPU) Malaysia kini membuka permohonan kepada seluruh warganegara Malaysia yang berminat untuk menyertai sesi pengajian bagi Kumpulan Patriot Ke-5 (Patriot 5) yang dijadualkan bermula pada pertengahan Mei 2026.
Program yang berpangkalan di Kampus SPU, Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur ini menyasarkan pembentukan jati diri dan semangat aktivisme dalam kalangan generasi muda.
Syarat Kelayakan
Calon-calon yang berminat perlu memenuhi kriteria berikut:
Berumur antara 18 hingga 30 tahun (pada 1 Januari 2026).
Mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi.
Memiliki semangat asas aktivis dan minat mendalam dalam kerja kemasyarakatan.
Keutamaan diberikan kepada pimpinan Pemuda, Puteri (peringkat negeri/bahagian/cawangan), pimpinan NGO, serta mahasiswa.
Cara Memohon
Individu yang berminat dikehendaki menghantar permohonan melalui e-mel ke [email protected] dengan melampirkan dokumen berikut:
Resume terkini.
Salinan sijil-sijil pengajian.
Keterangan pengalaman NGO (jika ada).
Tiga (3) keping foto berwarna berukuran pasport.
Selain itu, calon juga boleh mengimbas kod QR yang tertera pada poster rasmi untuk mencetak borang permohonan pengajian.
Tarikh Tutup
Tarikh akhir bagi penerimaan permohonan adalah pada 1 Mei 2026.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pemohon boleh menghubungi urus setia di talian +60 11-2076 8083 atau hadir terus ke pejabat SPU di Tingkat 20, Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur.
22/04/2026
Buat semua yang telah berjaya mendaftar Ahli UMNO secara atas talian (online) di laman sesawang https://myumno.org/ saya ucapkan Terima kasih dan Tahniah.
Kalian dialu-alukan untuk mendapatkan KAD KEAHLIAN secara PERCUMA, di Ibu Pejabat UMNO di WTC Kuala Lumpur bermula 1 hingga 5 Mei sempena sambutan ulang tahun UMNO ke-80.
Turut disediakan pilihan kad dengan kemudahan Touch ‘n Go dengan bayaran minimum.
Jom semua, pendaftaran menjadi Ahli UMNO kini lebih mudah dan pantas melalui laman sesawang https://myumno.org/.
Bersatu • Bersetia • Berkhidmat
Click here to claim your Sponsored Listing.