Andy Syamsuddin - Tips Bisnes F&B

Andy Syamsuddin - Tips Bisnes F&B

Share

28/02/2025

Kalau Serius Nak Mulakan Bisnes Kedai Makan, Tanya Diri Anda 20 Soalan Ini Dahulu.

1. Modal, Bagaimana Anda Akan Perolehi?

Adakah anda sudah buat perancangan untuk dapatkan modal? Adakah daripada simpanan sendiri, pinjaman, atau pelabur?

2. Kemahiran Diri Apa yang Akan Anda Gunakan Pada Peringkat Awal?

Adakah anda ada kemahiran memasak, mengurus akaun, atau memasarkan produk secara online? Bagaimana anda akan manfaatkan kemahiran ini untuk jimat kos?

3. Sejauh Mana Anda Tahu Tentang Pengiraan Kos?

Adakah anda tahu cara kira kos bahan mentah, utiliti, gaji pekerja, dan sewa kedai? Bagaimana anda akan pastikan margin keuntungan cukup?

4. Jika Lokasi Kedai Jauh Dari Orang Ramai, Apa Plan Anda?

Adakah anda sudah fikirkan tentang delivery online atau pemasaran digital untuk tarik pelanggan dari jauh?

5. Bagaimana Anda Akan Pastikan Menu Anda Relevan dan Laris?

Adakah anda buat kajian pasaran dan ikut trend makanan terkini? Bagaimana anda akan sesuaikan dengan selera tempatan?

6. Adakah Anda Tahu Break-Even Point (BEP) Bisnes Anda?

Bilakah bisnes anda akan mula untung? Adakah anda sudah buat kiraan BEP untuk elakkan kerugian?

7. Bagaimana Anda Akan Urus Stok?

Seberapa kerap anda akan periksa stok? Adakah anda guna sistem stok yang efektif untuk elak pembaziran?

8. Adakah Anda Peka dengan Kepuasan Pelanggan?

Bagaimana anda akan pantau maklum balas pelanggan? Adakah anda ambil serius komen2 di media sosial?

9. Bagaimana Anda Akan Jaga Kualiti Bahan Mentah?

Adakah anda ada pembekal yang konsisten? Bagaimana anda akan pastikan bahan mentah berkualiti dan harga kompetitif?

10. Pemasaran: Adakah Anda Hanya Fokus Pada ‘Post & Pray’?

Adakah anda akan guna strategi pemasaran berbayar dan analisis prestasi iklan? Bagaimana anda akan tarik pelanggan baru secara efektif?

11. Berapa Banyak Anda Tahu Tentang Kompetitor Anda?

Adakah anda kaji menu, harga, dan strategi pemasaran pesaing? Bagaimana anda akan rancang untuk bersaing dengan lebih baik?

12. Bagaimana Anda Akan Latih Pekerja?

Adakah anda akan beri latihan menyeluruh termasuk layanan pelanggan? Bagaimana anda pastikan pekerja faham standard operasi kedai?

13. Adakah Anda Mengambil Kira Perubahan Selera Pelanggan?

Bagaimana anda pantau trend makanan? Adakah anda akan sedia untuk tukar menu jika perlu?

14. Bagaimana Anda Akan Kawal Kos Operasi?

Adakah anda sentiasa kaji kos operasi seperti utiliti, gaji, dan penyelenggaraan? Bagaimana anda akan kurangkan pembaziran?

15. Adakah Anda Bersedia dengan Pelan Kecemasan?

Sekiranya berlaku krisis seperti pandemik, adakah anda sudah ada pelan B seperti delivery atau jualan online?

16. Bagaimana Anda Akan Manfaatkan Feedback Pelanggan?

Adakah anda guna feedback untuk perbaiki menu dan servis? Bagaimana anda akan tunjuk pada pelanggan yang pendapat mereka dihargai?

17. Adakah Anda Tahu Cara Maksimumkan Untung Tanpa Menaikkan Harga?

Adakah anda fikirkan tentang upsell seperti side dishes atau minuman istimewa? Menu mana yang akan beri margin keuntungan tinggi?

18. Adakah Anda Fokus pada Pengalaman Pelanggan?

Bagaimana anda akan tingkatkan pengalaman pelanggan di kedai? Adakah suasana dan layanan cukup mesra dan selesa?

19. Bagaimana Anda Akan Urus Masa Operasi?

Adakah waktu operasi anda sesuai dengan peak hour pelanggan? Bagaimana anda akan atur shift pekerja untuk optimumkan perkhidmatan?

20. Apa Perancangan Anda untuk Kembangkan Bisnes?

Adakah anda sudah fikirkan tentang cawangan baru, franchising, atau perluasan menu? Bagaimana anda akan kembangkan bisnes dalam tempoh 2-3 tahun?

Fikirkan soalan-soalan ini secara serius sebelum melangkah ke dalam bisnes F&B khususnya kedai makan atau restoran.

Jawapan yang jelas dan strategi yang tepat akan bantu anda kekal relevan dan untung dalam industri yang semakin kompetitif ini.

28/02/2025

Pramusaji juga di ambil kira sebagai kos dalam pengurusan. Besar majlis semakin ramai pramusaji diperlukan.

25/02/2025

OWNER BISNES MAKAN, NAK KEMBANGKAN MODAL & TARAF HIDUP? AMALKAN TEKNIK KEWANGAN NI – "DELAYED GRATIFICATION"!

Ramai usahawan F&B rajin bekerja, rajin berusaha dan bekerja keras, tapi akhirnya duit bisnes macam air lalu—masuk banyak, keluar pun laju!

Bila nak kembangkan modal atau upgrade taraf hidup, duit sentiasa tak cukup.

Pernah ke rasa macam ni?

Salah satu teknik kewangan yang boleh ubah cara anda urus duit adalah “Delayed Gratification” atau menunda kepuasan.

Konsep ini diperkenalkan oleh Walter Mischel, seorang pakar psikologi terkenal yang menjalankan eksperimen "Marshmallow Test" pada tahun 1970-an.

Kajian ini membuktikan bahawa mereka yang mampu menahan diri daripada kepuasan segera lebih berjaya dalam hidup, termasuk dalam pengurusan kewangan.

SEBAGAI OWNER BISNES MACAM MANA NAK AMALKAN?

1. Bezakan antara "KEPERLUAN" vs. "KEHENDAK"

Kenaikan jualan bulan ni tinggi? Jangan terus tukar telefon baru atau beli kereta mewah. Simpan modal untuk stok, marketing, atau tambah pekerja dulu.

Anda perlu mesin kopi baru sebab mesin lama rosak (keperluan) atau hanya nak model terbaru sebab nampak lebih canggih (kehendak)?

2. Guna Prinsip "Simpan Dulu, Belanja Kemudian"

Setiap kali ada untung, asingkan sebahagian untuk simpanan & modal pusingan sebelum belanja lain.

Bina dana kecemasan 3-6 bulan supaya tak perlu korek duit bisnes bila ada hal tak dijangka.

3. Laburkan Keuntungan, Bukan Habiskan Semua

Kalau bisnes makin stabil, cari cara untuk kembangkan—buka cawangan baru, tambah menu premium, atau invest dalam training staff.

Wang yang dilabur dengan bijak akan beri p**angan lebih besar berbanding memuaskan kehendak sekejap.

4. Amalkan Disiplin Kewangan

Tulis bajet bisnes & peribadi, jangan guna akaun bisnes macam akaun sendiri.

Tetapkan gaji tetap untuk diri sendiri, jangan "curi" duit bisnes ikut s**a.

APA KESANNYA JIKA TIDAK PRAKTIKKAN?

Tanpa kesabaran & disiplin kewangan, bisnes nampak maju tapi hakikatnya kosong.

Ramai jak owner kedai makan nampak berjaya, tapi hutang keliling pinggang.

Nak naikkan taraf hidup?

Belajar sabar & urus duit dengan bijak.

Teknik Delayed Gratification ni memang perlukan mental yang kuat.

Tapi percayalah, hasilnya sangat berbaloi untuk bisnes & kehidupan anda!

Andy Syamsuddin

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Putatan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address

G25, Ground Floor Golden Centre Putatan
Putatan
88200