APM Putatan
10/06/2026
YAS Pj. (PA) Ghazali bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menyatakan bahawa Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA) bukan sekadar pasukan khas, tetapi merupakan aset strategik APM yang memerlukan anggota berjiwa kental, berdisiplin tinggi, berani serta mampu membuat keputusan secara pantas dan tepat dalam situasi yang mencabar dan berisiko tinggi.
Sumber : Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi IPPA
Jabatan Perdana Menteri
Bahagian Pengurusan Bencana & Operasi IPPA
*
09/06/2026
๐๐๐ฆ ๐๐๐๐๐ ๐๐ง ๐๐๐ ๐๐ก๐จ๐ฆ๐๐๐๐ก (๐ฆ๐๐ง) ๐จ๐
๐ฃ๐จ๐ง๐๐ง๐๐ก, ๐ญ๐ฌ ๐๐จ๐ก ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ (๐ฅ๐ฎ๐ฏ๐) - โPusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Putatan telah menerima panggilan kecemasan daripada orang awam melalui talian Pusat Kawalan Operasi Negeri (PKON) SABAH berkaitan Kes Orang Sakit (SKT). Pengadu memaklumkan bahawa mangsa telah mengalami masalah kesihatan di sebuah kediaman di Taman Desa Ketiau, Putatan pada jam 1.19 petang semalam.
Susulan laporan tersebut, seramai empat orang dari skuad Alpha bergegas ke lokasi untuk memberikan bantuan awal dan pemeriksaan awal. Setibanya di lokasi, anggota bertugas mendapati seorang lelaki dewasa berada dalam keadaan sesak nafas. Atas faktor keselamatan dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kesihatan yang ditetapkan, anggota yang memakai set lengkap Peralatan Perlindungan Diri (Full PPE) telah melakukan pemeriksaan awal ke atas mangsa sebelum menghantar mangsa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) 1, Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut.
APM Putatan menasihati orang awam bahawa kes sesak nafas merupakan satu kecemasan perubatan yang amat kritikal dan memerlukan tindakan yang pantas. Sekiranya anda berhadapan dengan situasi di mana ahli keluarga atau jiran mengalami sesak nafas, segera hubungi talian kecemasan ๐ต๐ต๐ต atau menghubungi Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM Putatan di talian ๐ฌ๐ด๐ด๐ณ๐ฒ๐ฎ๐ฎ๐ฎ๐ฌ.
Syabas dan Tahniah kepada Skuad Alpha Apm Putatan atas bantuan pantas dan profesional.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia sentiasa komited dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara. Like ๐ Follow โ
and Share ๐ untuk info seterusnya.
SEDIA | PANTAS | BERINTEGRITI
Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah
08/06/2026
AMARAN AWAL TSUNAMI DI SABAH
Kenyataan media MET Malaysia bertarikh 8 Jun 2026 memaklumkan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 telah berlaku di Mindanao, Filipina pada jam 7.37 pagi.
Gegaran turut dirasai di beberapa kawasan sekitar Tawau dan Semporna, Sabah.
Berdasarkan analisis MET Malaysia, tsunami setinggi 0.4 meter dijangka melanda kawasan pantai di Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu antara jam 10.30 pagi hingga 12.00 tengah hari hari ini.
Penduduk di kawasan pantai terlibat dinasihatkan supaya kekal tenang, jangan panik, jauhi kawasan pantai buat sementara waktu dan patuhi segera arahan keselamatan atau evakuasi daripada pihak berkuasa.
Jangan sebarkan maklumat yang belum disahkan. Dapatkan maklumat terkini melalui saluran rasmi MET Malaysia, aplikasi myCuaca atau talian Hotline 1300-22-1638.
Keselamatan diri dan keluarga lebih utama.
Dengar arahan. Jauhi pantai. Jangan tunggu sehingga keadaan menjadi cemas.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Telephone
Website
Address
Putatan
88200