Pentagon Math

Pentagon Math

Share

Photos from Pentagon Math's post 08/07/2025

Juara Pentas Jual Jiwa SME Perak 2025.

Pada 28 dan 29 Jun 2025 yang lalu, Pentagon Math telah berpeluang menyertai program Jiwa SME Perak 2025 yang berlangsung dengan meriah di AEON Kinta City, Ipoh. Program selama dua hari ini berjaya menarik kehadiran lebih 3,000 pengunjung, sekali gus menghimpunkan semangat keusahawanan, inovasi dan jaringan niaga tempatan yang luar biasa.

Program anjuran bersama Unifi Business dan Astro AWANI ini menampilkan sebanyak 20 reruai usahawan dan agensi sokongan, termasuk MATRADE dan Bursa Malaysia yang mempamerkan pelbagai produk dan perkhidmatan dalam sektor makanan, tekstil, teknologi, pendidikan dan kewangan.

Antara acara kemuncak ialah pertandingan “Pentas Jual”, di mana Pentagon Math telah dinobatkan sebagai juara menerusi pembentangan produk pendidikan inovatif yang disampaikan dengan penuh yakin dan bertenaga oleh Cikgu Rashid dan pasukan Pentagon. Pembentangan ini bukan sahaja memikat hati juri, malah turut menarik perhatian ramai pengunjung yang hadir.

Jiwa SME Perak 2025 bukan sekadar medan pameran, malah menjadi bukti bahawa platform sebegini mampu mencetus inspirasi dan membuka peluang sebenar kepada usahawan tempatan untuk melonjakkan potensi perniagaan ke tahap lebih tinggi.

Kami dari Pentagon Math ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Astro AWANI dan Unifi Business atas penganjuran program yang begitu bermakna ini. Semoga lebih banyak inisiatif seperti ini dapat diteruskan demi memperkasakan ekosistem usahawan negara.

Untuk mendapatkan buku Pentagon Math iaitu Pentagon Sifir, Congak Tambah Tolak dan Congak Darab Bahagi serta buku Congak Asas 3P (Peratus/Perpuluhan/Pecahan), boleh tekan link shopee di bawah dengan harga promo
https://bit.ly/3Pn4hwH
Moga bermanfaat

Photos from Pentagon Math's post 08/07/2025

Seminar Bijak Sifir Matematik.

Alhamdulillah, pada 18 Jun 2025 (Rabu) yang lalu, lebih 100 orang pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3 SMK Dato’ Abdul Samad telah menyertai Seminar Bijak Sifir Matematik yang berlangsung meriah di dewan sekolah. Seminar ini merupakan hasil kerjasama bersama Pentagon Math antara pihak sekolah, Jabatan Sains dan Matematik SMK Dato’ Abdul Samad.

Seminar ini menampilkan Coach Jemputan, Che Man Congak, yang dikenali dengan pendekatan pembelajaran matematik yang luar biasa dalam membantu pelajar menguasai asas matematik tanpa kebergantungan kepada kalkulator. Melalui gaya penyampaian yang santai dan menghiburkan, Che Man berjaya memecahkan mind block pelajar bahawa subjek Matematik itu sebenarnya mudah dan menyeronokkan.

Antara pengisian utama seminar ini ialah:
✅ Menguasai asas Matematik tanpa penggunaan kalkulator
✅ Pendedahan kepada formula mudah dan cepat
✅ Pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar minda

Program ini bukan sahaja memberi impak positif terhadap kefahaman pelajar, malah berjaya menyuntik semangat dan keyakinan mereka untuk mendekati Matematik dengan lebih yakin dan seronok.

Pentagon Math sebagai rakan kolaboratif utama berhasrat untuk meneruskan inisiatif seperti ini ke sekolah-sekolah lain sebagai usaha berterusan dalam meningkatkan penguasaan asas Matematik di kalangan pelajar sekolah menengah.

Sememangnya, Seminar Bijak Sifir Matematik ini menjadi bukti bahawa pendekatan yang kreatif, menyeronokkan dan mesra pelajar mampu mencetuskan minat dan kecemerlangan dalam Matematik!

Untuk mendapatkan buku Pentagon Math iaitu Pentagon Sifir, Congak Tambah Tolak dan Congak Darab Bahagi serta buku Congak Asas 3P (Peratus/Perpuluhan/Pecahan), boleh tekan link shopee di bawah dengan harga promo
https://bit.ly/3Pn4hwH
Moga bermanfaat

Want your school to be the top-listed School/college in Puchong?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address

14-1, Jalan PUJ 3/2, Taman Puncak Jalil
Puchong
43300

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:30
Tuesday 08:30 - 16:30
Wednesday 08:30 - 16:30
Thursday 08:30 - 16:30
Friday 08:30 - 12:30
14:30 - 16:30